Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, dan bekas isteri, Nina Ismail Sabri, di lihat menyambut hari jadi anak mereka yang ke-7 iaitu Jeanelle Nika Mandagie. Nyata menunjukkan kematangan dalam menjaga kebahagian anak kesayangan mereka.
Melalui perkongsian di Instagram milik Nina telah memuat naik video bersama Jovian dan Jeanelle berserta kapsyen ucapan hari jadi buat anaknya kala status hubungan mereka telah berubah.
“Ayahnya tiada pada hari lahirnya tahun lepas, jadi kami memberitahu ayahnya hanya akan kembali untuk makan malam hari jadinya tahun ini.”
“Saya memberitahunya dia (Jeanelle) boleh berjaga lewat kerana ia adalah malam hari lahirnya, tetapi semua kejutan hanya akan bermula hari ini.”
“HAPPY 7TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.”
Ads
“Daddy dan mommy mungkin mempunyai perbezaan pada ini, tetapi satu perkara yang pasti ialah kami akan sentiasa bersama mu.”
“Rain or shine you know you can count on us and abah. We love you so much sayang!”
NETIZEN PUJI CARA NINA & JOVIAN
Usaha Nina dan Jovian ini untuk mencipta momen bahagia dan istimewa untuk anak mendapat pujian para netizen.
Ads
“Pasangan contoh..walaupun dh xbersama tp masih bersama memberikan yg trbaik utk anak mereka..good job Nina & Jovian.”
“Mereka berpisah tetapi tetap bersikap profesional di hadapan anak mereka “Warmest love and hug to this beautiful relationship.”
“Awesome co parenting. Happy birthday little one.”
“Happy birthday princess! But y am I crying to this!
Di sebalik kesakitan yang ditanggung, seorang bapa tetap cekal melakukan latihan pernafasan menggunakan ‘Nemo Incentive Respiratory Exerciser’. Kasih seorang ayah, tiada penghujung, sanggup berjuang demi keluarga walaupun tubuh sendiri lemah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik anaknya yang dikenali sebagai Dr Zulkifli, bapanya sedang bersiap sedia untuk menjalani operasi pemindahan buah pinggang buat dirinya pada hari ini (19 November).
Menerusi kapsyen, paling menyentuh hati apabila Dr Zulkifli mendedahkan bapanya pada awalnya adalah seorang perokok.
“Bapa adalah bekas perokok yang sangat suka Gudang Garam. Apabila dia mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggangnya kepada saya, dia berhenti merokok sepenuhnya.”
Difahamkan, Dr Zulkifli mengalami kegagalan buah pinggang tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis sejak tahun 2020.
Lebih menarik perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kecekalan seorang bapa yang tidak mengenal erti lelah demi kesihatan anaknya.
Dalam masa yang sama, ramai menitipkan doa agar pembedahan tersebut berjalan lancar dan bapa itu dikurniakan kesihatan yang baik di masa hadapan.
Wanita nyaris kena jual di Bangkok, dapat tawaran kerja sebagai pengasuh. Seorang pengasuh berusia 41 tahun nyaris diseludup ke Myanmar selepas menerima tawaran pekerjaan sebagai pengasuh di Bangkok dengan kadar upah sebanyak RM2000 bagi empat hari, minggu lalu.
Wanita Nyaris Kena Jual Di Bangkok, Dapat Tawaran Kerja Sebagai Pengasuh
Nurul Huda Ahmad dari Taman Melawati berkata, dia sudah menjalankan pekerjaan tersebut selama lima tahun dan sering mengiklankan perkhidmatannya di media sosial termasuk Facebook.
“Kira-kira pukul 10 malam, saya dapat tawaran sebagai pembantu rumah dan pengasuh pelancongan melalui aplikasi WhatsApp yang memerlukan saya ke Bangkok bersama pelanggan. Saya bersetuju dan berlepas ke sana pada 13 Oktober serta tiba pada pukul 12.45 tengah hari.
“Ia kelihatan sangat semulajadi malah saya juga berkomunikasi dengan pelanggan itu bersama isterinya menerusi Zoom. Saya juga tidak syak apa-apa kerana pernah menerima tawaran serupa yang memerlukan saya ke Dubai dan Jepun sebelum ini,” katanya ketika sidang akhbar, di sini hari ini.
Setibanya di lapangan terbang Nurul berkata, dia telah ditahan oleh seorang lelaki dipercayai pegawai kastam dan diarahkan untuk mengikutinya ke meja pemandu pelancong.
Nurul (dua kanan) dan Hishamuddin (kanan)ketika bercakap pada sidang media berhubung sindiket pemerdagangan manusia di Megan Avenue, Jalan Tun Razak, hari ini. – Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!
“Kemudian saya dijemput oleh seorang pemandu menaiki sebuah kereta. Saya sepatutnya dibawa ke sebuah hotel di Bangkok, tetapi dibawa ke daerah Tak Mae Sot iaitu sempadan negara Myanmar pula,” ujarnya.
Tambahnya, sebaik tiba di sempadan Myanmar, dia diarahkan pemandu berkenaan supaya menyerahkan pasport untuk dicop seterusnya dibawa ke Myanmar tetapi wanita itu enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku kekecohan.
“Polis sempadan mengarahkan pemandu yang bawa saya supaya berhenti di tepi jalan. Kemudian saya jelaskan bahawa saya cuba diseludup ke Myanmar kepada polis berkenaan.
“Polis itu meminta pemandu terbabit beredar dan bantu saya dengan membelikan tiket bas ke Bangkok semula. Saya terus pulang ke Malaysia dari Hatyai ke Padang Besar, Perlis. Saya tidak pulang melalui penerbangan kerana bimbang ditangkap scammer semula,” tambahnya.
Dalam pada itu Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, scammer pemerdagangan manusia kini semakin bijak memperdaya dan oleh kerana itu, orang ramai perlu lebih berhati-hati.
“Saya nampak masalah ini tidak akan habis. Mereka tidak lagi guna taktik lama sebab itu kami di MHO memanggil mangsa untuk bercerita supaya tidak ada lagi yang terjebak dengan modus operandi sama.
“Kami nak beritahu masyarakat, apa yang patut dilakukan jika kenalan atau ahli keluarga kena tipu atau terkandas di sana akibat ditipu sindiket. Paling penting, jangan sesekali membayar wang tebusan yang diminta sindiket,” tegasnya.
Hajat seorang anak kecil yang ingin membuang air kecil tidak berjaya apabila cedera selepas dipatuk ular sawa yang bersembunyi di mangkuk tandas di rumahnya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati.
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat itu.
Ibunya, Adibah Aziz berkata anak lelakinya itu dipatuk ular berkenaan ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.
“Masa itu saya sedang memasak di dapur sebelum terdengar anak saya menjerit dan meluru keluar dari bilik dengan darah sedang menitik-nitik.
“Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah,” katanya kepada BH lewat malam tadi.
Adibah berkata, anaknya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.
“Hadi mengalami kecederaan pada celah kelengkang dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu. Alhamdulillah doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil.
“Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” katanya.
Sementara itu, APM Daerah Gombak memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi pada jam 12.45 tengah hari sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...