Setiap kali ada sambutan hari ulang tahun kelahiran pasti kek yang menjadi pilihan pertama seisi keluarga. Kek brownies antara kek yang sangat digemari ramai kerana rasa coklatnya yang sangat pekat dan sedap.
Kek brownies juga sangat terkenal dengan lapisan kedutan yang lebih membuatnya nampak menarik dan cantik. Jadi, bagi penggemar kek brownies bolehlah mencuba resipi yang paling simple oleh Adinie Syahadinie ini.
– Cairkan coklat masakan secara double boil dah cair masukkan butter kacau sampai sebati dan butter cair siap tutup api dan biar suam sekejap.
– Campur telur dan gula perang dlm bekas kacau biasa-biasa je agak-agak dua tu sebati, guna senduk kayu pun boleh.
Ads
– Ayak tepung gandum dengan serbuk koko dan masukkan bancuhan coklat masak ke dalam bahan campuran telur dan gula tadi, kacau dengan senduk agak sebati.
– Dah sebati masukkan tepung gandum dan serbuk koko sikit-sikit. Kacau agak-agak bahan sebati je sehingga tiada tepung ketul-ketul.
– Dah siap boleh sapu butter pada loyang dan masukkan adunan dan ratakan. Nak tabur badam atau chocolate chip terpulang.
Ads
– Panaskan oven dalam 10 minit, bila oven dah panas boleh terus bakar pada suhu 160 dan selama 35 minit mengikut oven masing-masing.
– Dah masak jangan terus keluarkan dari oven, biarkan dalam oven dan renggangkan pintu oven sedikit selama 10 minit untuk dapatkan kedut brownies.
Info Tambahan: saya guna loyang 8 inci, kalau guna kertas minyak tak perlu sapu butter.
Salah satu resipi kuih kukus yang popular yang digemari ramai adalah kuih kaswi. Ia merupakan kuih yang sering menjadi hidangan minum petang atau sarapan pagi. Rasanya memang enak di makan dengan kepala parut.
Walaupun nampak simple je nak buat, jika salah sukatan dan cara, kuih ni boleh jadi berketul dan tidak cantik bentuknya. Malah boleh jadi keras.
Nak tahu cara buat kaswi yang mudah. Ikuti resipi ini tular ini sehingga 35K share. Menarikkan. Ayuh cuba buat!
Kuih yg senang dibuat dan sedap dimakan. Kuih kaswi @ kosui
Bahan
*2 cwn tpg gndm
*1/2 cawan tepung ubi
*1 sudu air kapur
(secubit kapur/sesudu air kapur yg siap dibancuh)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
5 cawan air
Cara penyediaan:
Kelapa parut yg putih saja +garam (kukus kejap utk tahan lama)
Larutkan gula pasir dan gula merah dgn 2cwn air (masak atas api kejap utk hancurkan gula, letak sehelai daun pandan utk aroma) tggu sejuk kejap.
Campurkan bahan yg bertanda * bersama 3cawan air..kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8..kukus selama 30 – 40 minit..
**tunggu sejuk baru potong, bolehla di gaul dgn kelapa parut…
**tips utk potongan kuih yang cantik, tggu kuih betul2 sejuk, potong dgn pisau plastik yg disapu sedikit minyak..
Kalau lalu berdekatan kiosk Auntie Anne, sudah bau harum membuatkan penggemarnya tak sabar nak makan. Terbayang rasanya yang enak terus rasa teringin nak makan pretzel kan, malangnya sekarang dah tak boleh nak masuk kedai.
Tak payah pening kepala, ibu-ibu cuba pula buat di rumah. Barulah puas makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Echot Aisyah Meor Zahid.
lama dah xmkn pretzel auntie anne’ kan?
Jom try..
sis ambik resepi dlm group nie jgk.
Bahan
2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar yis
6 sudu besar gula perang
4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam halus
1/3 cawan baking soda
3 cawan air suam
1/4 cawan garam kasar
8 sudu besar mentega (dicairkan) Cara Penyediaan:
Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari) Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit. Masukkan mentega dan gula.
Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar. Preheat oven ke 230ºC.
Bahagi doh kepada 12 bahagian
Uli supaya doh memanjang.
Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
Renjis dengan garam kasar. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya. Just follow #resepidotcom next buat sos pula ok..
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.