Kisah pemuda berusia 29 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Abang Viva membawa bot angin dengan menaiki Perodua Viva ke Selangor bagi menyelamat mangsa banjir mencuri perhatian ramai yang bangga dengan keikhlasan ditunjukkannya.
Menurut Norbibah, 66, dia tidak menyangka tindakan anaknya itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai kerana ramai lagi individu yang turut tampil membantu mangsa banjir.
Katanya, dia hanya mengetahui kisah anaknya tular selepas terbaca di Facebook sebelum menghubungi dan bertanya kepada Azwan apa yang berlaku.
“Walaupun saya tahu dia lasak dan mampu lakukan tetapi jauh di sudut hati bimbang akan keselamatan dirinya.
“Setiap kali terfikir dirinya, saya akan mendoa agar Allah lindunginya kerana sebarang kemungkinan boleh berlakunya dengan keadaan arus deras dan paras air yang tinggi,” luah Norbibah Hashim, ibu kepada Azwan Omar.
“Ketika hubunginya dan bertanya kenapa sampai gambarnya ada di Facebook dia sendiri tidak tahu. Memang saya tidak sangka dia akan mendapat perhatian sebegitu.
“Sebenarnya apabila dia jadi seperti ini saya agak takut kerana dulu orang tidak kenal, sekarang lain,” katanya.
“Dia sebenarnya tidak banyak cakap tetapi tegas. Apa yang saya harap dia tidak membangga diri tetapi jangan merendah sehingga dipijak.
“Bagi saya bila sudah jadi seperti ini dia ibarat berada di ‘highway’ (lebuh raya) di jalan yang besar, lebar, cantik dan terang tetapi jangan lupa untuk menoleh ke belakang lihat dari lembah mana kita datang,” katanya.
“Semalam memang lain, kepulangan dia disambut dengan air mata, lega rasanya dapat peluk dan ciumnya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!