Kisah pemuda berusia 29 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Abang Viva membawa bot angin dengan menaiki Perodua Viva ke Selangor bagi menyelamat mangsa banjir mencuri perhatian ramai yang bangga dengan keikhlasan ditunjukkannya.

“Sambut Dengan Air Mata, Lega Dapat Peluk & Cium.” Takut Bila Anak Jadi Fenomena, Ibu Harap Abang Viva Tak Bangga Diri
Gambar Ihsan Harian Metro

Menurut Norbibah, 66, dia tidak menyangka tindakan anaknya itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai kerana ramai lagi individu yang turut tampil membantu mangsa banjir.

“Sambut Dengan Air Mata, Lega Dapat Peluk & Cium.” Takut Bila Anak Jadi Fenomena, Ibu Harap Abang Viva Tak Bangga Diri

Katanya, dia hanya mengetahui kisah anaknya tular selepas terbaca di Facebook sebelum menghubungi dan bertanya kepada Azwan apa yang berlaku.

“Walaupun saya tahu dia lasak dan mampu lakukan tetapi jauh di sudut hati bimbang akan keselamatan dirinya.

“Sambut Dengan Air Mata, Lega Dapat Peluk & Cium.” Takut Bila Anak Jadi Fenomena, Ibu Harap Abang Viva Tak Bangga Diri

“Setiap kali terfikir dirinya, saya akan mendoa agar Allah lindunginya kerana sebarang kemungkinan boleh berlakunya dengan keadaan arus deras dan paras air yang tinggi,” luah Norbibah Hashim, ibu kepada Azwan Omar.

“Sambut Dengan Air Mata, Lega Dapat Peluk & Cium.” Takut Bila Anak Jadi Fenomena, Ibu Harap Abang Viva Tak Bangga Diri

Ads

“Ketika hubunginya dan bertanya kenapa sampai gambarnya ada di Facebook dia sendiri tidak tahu. Memang saya tidak sangka dia akan mendapat perhatian sebegitu.

“Sebenarnya apabila dia jadi seperti ini saya agak takut kerana dulu orang tidak kenal, sekarang lain,” katanya.

“Sambut Dengan Air Mata, Lega Dapat Peluk & Cium.” Takut Bila Anak Jadi Fenomena, Ibu Harap Abang Viva Tak Bangga DiriKatanya, sebagai ibu dia amat berharap dengan apa yang berlaku ini anaknya tidak akan membangga diri.

“Dia sebenarnya tidak banyak cakap tetapi tegas. Apa yang saya harap dia tidak membangga diri tetapi jangan merendah sehingga dipijak.

Ads

“Bagi saya bila sudah jadi seperti ini dia ibarat berada di ‘highway’ (lebuh raya) di jalan yang besar, lebar, cantik dan terang tetapi jangan lupa untuk menoleh ke belakang lihat dari lembah mana kita datang,” katanya.

“Sambut Dengan Air Mata, Lega Dapat Peluk & Cium.” Takut Bila Anak Jadi Fenomena, Ibu Harap Abang Viva Tak Bangga DiriMenurut Norbibah lagi, kepulangan Azwan pada petang Rabu selepas dia menamatkan misi menyelamat amat dinantikan dan meninggalkan kesan buat dirinya.

“Semalam memang lain, kepulangan dia disambut dengan air mata, lega rasanya dapat peluk dan ciumnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ads

ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!

ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!

“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI