
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.
Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa lalu.
Dia yang kini berusia 44 tahun meluahkan rasa syukur dan terharunya atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
“Bismillah, Masya-Allah, Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah syukur.
“Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang dan kakak.
“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun,” kongsinya.
Poyeng juga turut memohon doa dari semua agar cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sentiasa dilindungi malah dipermudahkan jalan hidupnya untuk membesarkan buah hati tersayangnya itu.
“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, Aamin,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan-rakan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan agar bayi kesayangan itu sentiasa dilindungi malah membesar dengan sihat.
Sumber: Instagram Saifulnizam Miswan
Nak Jadi Pasangan Suami Isteri Yang Romantik, Kena Alert 10 Cara Ni. Barulah Makin Kekal Bahagia.

Sesungguhnya dalam perkahwinan, haruslah disirami kebahagiaan yang berpanjangan agar kekal sehingga ke akhir hayat. Untuk memastikan hubungan itu kekal, suami isteri haruslah sedar bahawa perlu ada ‘pemanis’ dalam rumahtangga antaranya bersikap romantik.
Bukan sukarpun untuk menjadi pasangan yang romantik. Justeru, ikuti tip ini agar menjadi amalan untuk kekal menjadi sebagai suami isteri yang romantik walaupun usia perkahwinan sudah melebihi 10 tahun.
TIP 1
Ciuman ‘goodbye’ atau ‘kiss goodbye’ pada setiap pagi adalah perkara yang sangat romantik. Supaya kita lebih semangat masa menjalani kerja harian di tempat kerja.
TIP2
Mengucapkan perkataaan ‘I Love U’ setiap kali terasa ingin ucapkannya. Pasangan anda pasti akan rasa sangat di sayangi apabila anda selalu mengucapkan perkataan tersebut. Selain itu, anda juga akan rasa sangat lega kerana dapat melepaskan perasaan sayang di hati menerusi ucapan ‘I Love U’ tersebut. Ucapan ini juga pelru dilakukan ketika berada dalam suasana tenang dan nyaman.
TIP3
Duduk berdua – duaan dengan pasangan . Anda boleh memeluk pasangan anda dari belakang dan ucapkan kata – kata cinta pada dia selama lima minit. Sebenarnya inilah waktu yang sesuai untuk bermadu kasih, dan sebab itu ia juga ditegah untuk dilakukan pada masa sebelum perkahwinan. Anda dan pasangan anda telah sah ikatan, jadi kenapa siakan peluang untuk anda berdua-duan bermadu kasih? Adakah anda berdua mempunyai tarikh luput dalam berasa cinta romantik?
TIP4
Lakukan perkara bersama-sama seperti memasak, mengemas rumah dan bercuti. Aktiviti riadah memberikan peluang yang sangat sesuai untuk anda berasa mesra. Hal ini kerana fikiran anda berdua dalam keadaan yang ‘Relaks’ tanpa dibebani masalah seperti ditempat kerja.
TIP5
Bergurau senda antara satu sama lain. Ketawa yang terhasil dari lawak anda berdua pasti akan merapatkan hubungan dan membuka hati untuk lebih menyayangi pasangan masing -masing.
TIP6
Raba pasangan anda ketika dia tidak sedar anda akan lakukannya pasti menerbitkan rasa sayang yang amat antara anda berdua dan sekali lagi inilah masa sesuai untuk dilakukan bagi menjadikan hubungan makin intim.
TIP7
Sentiasa menyentuh pasangan anda seperti berpegangan tangan, memeluk pasangan anda dan menari bersama. Walaupun isteri atau suami sedang memasak, pun anda boleh menunjukkan betapa anda begitu sayanginya.
TIP8
Makan bersama – sama dengan pasangan anda. Suap makanan ke mulut pasangan anda. Berusahalah untuk kreatif dalam cinta romantik anda berdua.
TIP9
Urut pasangan anda jika anda lihat dia berada dalam keadaan letih. Urutan mewujudkan suasana yang nyaman dan relaks.
TIP10
Kongsi setiap perkara bersama – sama pasangan anda termasuklah hal –hal rahsia peribadi. Tiada tempat terbaik untuk meluahkan apa yang anda simpan selain pasangan anda itu sendiri.
Sumber: panduansuamisteri.blogspot.com
“Umur Masuk 5 Siri Tetap Jelita. Suka Tengok Wajah Cantik & Klasik.” Wann Kongsi Gambar Bersama Anak-Anak Raih Perhatian Ramai!

Kali terakhir dia muncul adalah ketika menyertai Gegar Vaganza musim keenam, waktu itu nama Wan Rashidah atau lebih mestra di sapa Wann kembali melonjak. Manakan tidak sudah lama peminat merindui kemuculannya.
Walaupun tidak berjaya muncul juara dalam program berkenaan, namun sedikit sebanyak kehadirannya mengubati rindu para pminatnya sekli gus membuatkan dia mula mendapat undangan untuk menyanyi.
Pun begitu, Wan tetap aktf dalam media sosial. Terbaru, dia memuat naik gambar bersama anak-anaknya membuatkan ramai yang tidak menyangka anaknya sudah besar.
Wan berkahwin dengan Wan Mohamed Thazah hamzah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Mohd Israfael dan Natasha.
apa yang menarik perhatian ramai adalah wajah anak perempuan saling tak tumpah dengan wann. Bahkan, apabila bergambar berdua nampak seperti adik-beradik kerana dalam usia yang mencecah 50 tahun Wann tetap awet muda.
Manakala anak lelaki Wann pula ramai yang memuji wajahnya mirip pelakon Esma Daniel. Lebih-lebih lagi ketika memakai cermin mata.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ada Sanggup Berhenti Kerja Demi Luangkan Masa Bersama Keluarga…”- Dr Ni Kongsi Cerita & Memang Banyak Terjadi!

Mengimbangi antara kerjaya dan keluarga agak susah pada zaman moden ini, umum ramai yang lalui pengalaman berkerja dengan terpaksa memberi lebih masa kepada kerja hingga ada keluarga yang terabai. Sedangkan tujuan kita sebagai ibu ayah berkerja untuk keluarga tercinta.
Bila berada di persimpangan antara keluarga dan kerjaya, sebenarnya kuncinya ialah kita sendiri perlu memutuskan apa yang penting untuk diri pada waktu sekarang dan menyesuaikan kerjaya dan kehidupan berkeluarga dengan sewajarnya.
Berkongsi kisah tentang itu, seorang doktor ini berkongsi pengalaman dan pandangannya berkaitan kerjaya dan keluarga di akaun facebook Khairy Malik. Bersama kita baca dan renung-renungkan untuk panduan bersama.
Ramai Orang Pilih Keluarga Dari Kerjaya
Ni luahan aku sendiri. Aku selalu baca kat facebook tentang ramai orang pilih keluarga dari kerjaya. Ada yang sanggup berhenti kerja demi meluang masa bersama anak dan keluarga. Ada yang sanggup tidak sambung belajar sebab nak dekat dengan keluarga.
Aku perasan, ada sesetengah kerja, yang majikan atau orang atasan suka panggil staf di luar waktu kerja.
Ada satu hari tu, keluarga dah plan nak pergi bercuti sama-sama. Tiba-tiba bos anak saudara aku buat meeting tergempar selepas habis kerja. Suruh dia minta excuse tapi tak boleh katanya sebab wajib hadir.
Aku pun geram juga, sudahlah last minute, wajib pula. Sedangkan orang lain pun ada plan dengan keluarga juga.
Pernah Juga Terkena
Dulu aku pernah juga kena. Dulu la. Kerja shif pagi, keluar sepatutnya pukul 3 petang. Ada member datang dari jauh nak jumpa ajak lepak minum. Tiba-tiba waktu pukul 2.50 petang tu, bos datang ajak round. Siap cakap “orang shif pagi jangan balik lagi, saya nak round”. Padahal lagi 10 minit nak balik. Pesakit pula ada ramai.
Aku pun hmm okaylah. Ingatkan sekejap rupanya seorang pesakit tu round lama gila. Satu pesakit tu ada lah 20 minit. Aku pun jenuh nak reject “call” dari member yang dah tunggu aku. Aku pun mesej, “kejap bos aku round. Nanti dah habis aku datang”.
Penyudahnya 4 lebih baru habis. Aku pun call la member aku balik,
“Tak apalah khairy. Lain kali lah kita jumpa. Aku rushing nak pergi KL pula ni. Ada hal”.
Waktu tu sedih, marah , geram semua ada. Sudahlah dah bertahun tak jumpa kawan lama. Dah janji nak jumpa, tiba-tiba last minute jadi macam tu. Tak sempat nak jumpa.
Dan aku tanya kawan-kawan aku di tempat lain pun pernah mengalami perkara yang sama, time nak habis shif tu lah tiba-tiba bos datang nak buat rondaan. Kalau lebih masa tu boleh claim tak apa juga. Kadang tu pernah juga saja berseloroh , “alaaa bos ni orang nak balik dah ni”.
Karang tak pepasal kena, “ala kejap je pun. Bukan lama pun.”
Atau ” saya pun busy, banyak lagi kerja lain. Ni je masa saya ada. Kalau saya yang pakar ni pun sanggup luang masa takkan kamu tak boleh?”.
Pernah tu paling sedap , “ala balik rumah awal-awal pun bukan buat apa pun kan? Bukan ada anak bini pun kat rumah”.
Dia lupa aku masih ada keluarga selain anak bini yang tunggu aku di rumah untuk makan bersama dan buat aktiviti lain bersama.
Merajuk Anak Bini
Eh aku ada kawan yang bini dia merajuk tau. Dia patut balik pukul 5 petang, dah janji nak bawak bini dan anak dia jalan-jalan makan angin waktu petang.
Tiba-tiba pakar dia ajak round last minute. Pukul 6.30 baru balik. Merajuk anak dan bini dia sebab tak dibawa berjalan. Mengeluh member aku luah cerita kat aku, katanya sampai menangis bini dia merajuk cakap dia mungkir janji. Kasihan. Padahal orang dah ada plan bersama keluarga, tapi batal sebab kerja.
Fokus Kepada Keluarga
Tu lah, aku pernah juga fikir patut berhenti ke. Tapi kalau berhenti aku nak mengemis kat kaki lima mana haha.
Kalau kat negara barat, majikan memang tak boleh kacau staf di luar masa kerja. Meeting ke apa pun dibuat waktu masa kerja. Kalau dibuat luar waktu kerja pun, ada bayaran atau insentif.
Tapi tu lah, karang orang cakap kerja tak ikhlas. Nak cakap pasal ikhlas ni, memang geram. Menunggang agama sungguh orang yang cakap macam tu. Ikhlas tu ikhlas juga, tapi ikhlas tak mampu membayar bil aku.
Sekarang bila makin meningkat dewasa, aku faham kenapa ada kawan-kawan doktor yang berhenti sebab tak nak oncall, nak luang masa bersama keluarga.
Ada kawan yang tak nak sambung belajar sebab susah nak berjauhan dari keluarga dan susah nak bahagi masa.
Dan ada kawan yang nak tukar kerja shif ke waktu pejabat, dan ada yang nak tukar jabatan, dan ada yang minta tak nak oncall sebab senang nak fokus kepada keluarga.
Aku harap, majikan dan orang atasan faham, selepas shif kita habis, mungkin kita sudah ada plan dan aktiviti lain yang kita dah rancang bersama keluarga dan rakan. Janganlah buat perjumpaan mengejut atau rondaan last minute sebegitu rupa.
Sekian luahan hati dari manusia tak penting.
*belum ada anak bini tak bermaksud balik rumah awal tak buat apa-apa atau tak ada sesiapa tunggu.
Sumber : Khairy Malik
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club