Sambut Anniversary Di Hospital, Suami Ifa Raziah Hidap Masalah Jantung Tersumbat

Share

Setiap manusia diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup. Sakit juga antara ujian yang boleh menghapus dosa.

Baru-baru ini, penyanyi otai Ifa Raziah memuat naik hantaran di laman Instagram mengenai keadaan suaminya yang telah menjalankan pembedahan di sebuah hospital.

Menerusi perkongsiannya itu, pasangan ini terpaksa menyambut ulang tahun perkahwinan mereka di hospital sebelum suaminya melakukan pembedahan.

“Semalam sambut anniversary kat hospital harini akan buat operation. Doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.

Memetik laporan mStar, suami kepada penyanyi dangdut ini sudah lama menghidap masalah jantung dan menjadi teruk apabila kurang dapat rehat yang cukup.

“Dia dah lama dah ada masalah jantung, cuma kali ini teruk sikit mungkin sebab tak dapat rehat yang cukup disebabkan karnival Starvendor yang berlangsung selama 100 jam tempoh hari.

“Dia baru dapat rehat pada hari raya terus jatuh sakit,” katanya.

Lapor mStar lagi, Ifa juga tidak menerima terlalu ramai kedatangan tetamu untuk melawat demi memberi ruang rehat kepada suaminya itu.

“Kali ini nampaknya beraya dekat hospital dengan anak-anak sahaja, tetamu pun saya tak terima sangat sebab keadaan suami yang masih lemah.

“Lagipun kes Covid-19 pun sedang meningkat jadi saya bimbang sikit untuk terima tetamu,” tambahnya.

Walaupun setelah berjaya menjalankan pembedahan, Ifa turut memberitahu keadaan suaminya yang masih belum sedarkan diri dan memohon doa orang ramai.

“Syukur Alhamdulillah dah keluar bilik OT. Tapi masih tak sedarkan diri. Mohon Doakan Suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh,” luahnya.

Sumber: mStar & Instagram Ifa Raziah