Sambung Ayat Al-Quran Dapat RM50, Adik 6 Tahun Ni Raih Perhatian

Share

Anak-anak adalah amanah Allah. Perlu dijaga, dididik dengan ilmu kebaikan dengan sebaiknya. Dalam hal ini, anak-anak boleh kita ibaratkan seperti kain putih, ibu bapa khususnya yang perlu mencorakkannya kearah kebaikan.

Baru-baru ini tular sebuah video seorang kanak-kanak ini dengan berani menyambung bacaa ayat Al-Quran. Hebatnya anak ini adalah didikan daripada ibu bapanya.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Menerusi halaman tiktok @qawiyaro, video berkenaan memaparkan di mana seorang lelaki membuat konten di mana dia akan memberikan RM50 kepada sesiapa yang menyambung ayat Al-Quran yang dibacanya.

Video berdurasi 3.32 minit tersebut mendapat 4 juta tontonan dan lebih 500 ribu sukaan dirakamkan di sekitar  Setia City Mall Selangor.

Salah satu video yang meraih perhatian adalah seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Akif berusia enam tahun.

Kanak-kanak ini dengan lancar dapat menyambung bacaan dengan baik. Sikapnya yang berani dan yakin membuatkan ramai kagum kepadanya.

 

 

@qawiyaro MasyaAllah adik ni comel gila,baca pun lancar sangat 😍 @AF7ECH.OFFICIAL #quranrecitation #sambungayatqurandapatrm50 #tebukngaji ♬ original sound – qawiyaro

 

WARGAMAYA KAGUM 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendapat komen yang positif daripada netizen. Hal ini kerana, konten sedemikian sedikit sebanyak dapat mengajak orang ramai untuk mencintai dan menghafal kitab suci Al-quran.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club