Sambal Tumis Ikan Masin, Resipi Orang Dulu-dulu Biarpun Ringkas Tapi Buat Makan Berselera!

Share

Makan nasi berlauk ikan masin dikatakan boleh memecah selera dan sekali gus boleh buat makan bertambah. Bahkan saat menggoreng ikan masin di kuali sahaja, sudah boleh membuatkan kita kecur liur dan tidak sabar untuk menikmatinya.

Menyebut tentang ikan masin ini kalau ingin disenaraikan memang banyak jenisnya, antaranya ikan masin bulu ayam yang sangat digemari kerana kerangupannya. Manakala ikan masin talang kebiasaannya akan dimasak sebagai menu ikan masin talang masak lemak nanas.  Ikan masin tenggiri pula memang biasa dimasak bersama sayur kailan. Bahkan ikan masin kurau dan ikan masin gelama sedap pula jika digoreng begitu sahaja.

Selain itu ikan masin juga enak dimasak sambal tumis ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris. Jika sebelum ini belum pernah menikmatinya, bolehlah kali ini sediakan menu ringkas seperti ini.

 

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar-dihiris

3 ulas bawang putih-dihiris

4 sudu makan cili kisar

2 keping asam keping

Belacan

Gula Melaka

I cawan air

Cara Penyediaanya:

1.Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai garing. Angkat dan ketepikan dulu.

2.Guna minyak yang sama, masukkan 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang telah dihiris. Tumis sampai kekuningan.

3.Masuk 4 sudu besar cili kisar. Tumis sekejap.

4.Kemudian masuk belacan dan masuk gula Melaka

5.Tumis sampai pecah minyak

6.Setelah itu barulah masuk 2 atau 3 keping asam keping.

7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih dan kuahnya pekat.

8.Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau sebati

9.Siap dan sedia untuk dihidang.

 

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my