Makan nasi berlauk ikan masin dikatakan boleh memecah selera dan sekali gus boleh buat makan bertambah. Bahkan saat menggoreng ikan masin di kuali sahaja, sudah boleh membuatkan kita kecur liur dan tidak sabar untuk menikmatinya.
Menyebut tentang ikan masin ini kalau ingin disenaraikan memang banyak jenisnya, antaranya ikan masin bulu ayam yang sangat digemari kerana kerangupannya. Manakala ikan masin talang kebiasaannya akan dimasak sebagai menu ikan masin talang masak lemak nanas. Ikan masin tenggiri pula memang biasa dimasak bersama sayur kailan. Bahkan ikan masin kurau dan ikan masin gelama sedap pula jika digoreng begitu sahaja.
Selain itu ikan masin juga enak dimasak sambal tumis ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris. Jika sebelum ini belum pernah menikmatinya, bolehlah kali ini sediakan menu ringkas seperti ini.
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
4 sudu makan cili kisar
2 keping asam keping
Belacan
Gula Melaka
Ads
I cawan air
Cara Penyediaanya:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan masin sampai garing. Angkat dan ketepikan dulu.
2.Guna minyak yang sama, masukkan 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang telah dihiris. Tumis sampai kekuningan.
3.Masuk 4 sudu besar cili kisar. Tumis sekejap.
Ads
4.Kemudian masuk belacan dan masuk gula Melaka
5.Tumis sampai pecah minyak
6.Setelah itu barulah masuk 2 atau 3 keping asam keping.
7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih dan kuahnya pekat.
8.Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Kacau sebati
Bila tengok drama korea, selalunya rata-rata akan mengagumi jalan cerita dan semestinya akan ‘cuci mata’ melihat pelakon mereka. Betul tak?
Bila dah ‘in love’ dengan wataknya, apa yang mereka buat semua benda kita suka, termasuklah babak semasa mereka makan. Gittew!
Dari makanan tu biasa-biasa je kat negara mereka, bila kita tengok kesungguhan mereka makan terus rasa macam sedap level melampau! Haha. Waktu tu jangan cakap la, perut dari dah diisi penuh pun boleh berubah bunyi keroncong balik tau!
Yang mana mudah sangat terpengaruh makanan korea tu, apa kata jom cuba salah satu menu yang mudah untuk kita cuba iaitu daging bulgogi dari Steak and Teeth ni. Mudah je rupanya, yang pasti lepas makan terus lancar cakap Korea. Kihhh ok tak min tipu je. Hehe. Jom cuba!
RESEPI DAGING BULGOGI
Bahan:
– 400-500g daging
– kucai (dihiris)
– bawang (dihiris)
– lobak merah (dihiris)
– daun bawang (dihiris)
– 2 sudu minyak bijan
– 1 sudu bijan
Bahan perap:
– 3 sudu besar gulang perang
– 1 sudu besar minyak bijan
– 8 sudu besar kicap
– 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
– 2 sudu kecil bawang putih cincang
– 2 sudu kecil halia cincang
– 1 buah pir yang telah diparut
– 1/2 sudu kecil lada hitam
Cara penyediaan:
1. Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.
3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasak ni memang satu sesuatu yang menyeronokkan. lagin lagi dapat menjamu keluarga dengan air tangan sendiri. Masalahnya dalam kalut memasak itu, ada kala terlepas botol kicap atau minyak tertumpah atas lantai tu perkara biasa berlaku.
Kalau tak cuci ada pulak tak tersungkur bila terpijak kesan minyak atas lantai ni. Kalau kita mop terus dengan air yang di campur pencuci lantai memang akan bertambah licin lantai jadinya. Jenuh nak basuh nak hilangkan kesan minyak tu. Memang susah kalau terus mop dengan air ni.
Jadi bagaimana nak bersihkan tumpahan cecair ini? Jadi apa kata cuba tip yang dikongsikan ini.Caranya dengan menggunakan tepung je. Letak tepung atas minyak yang tertumpah atas lantai tu biar serap seketika. Kemudian barulah mop lantai tersebut. Confirm hilang kesan minyak tu dan lantai tak licin lagi.
Nak raya-raya ni masa sibuk berkemas, terpecah pulak botol minyak gamat. Kalau kat dapur tu terlepas pulak plastik minyak masak. Adoi, habis banjir lantai dengan minyak.
Ni ha tips dan tutorial cara nak bersihkan minyak atas lantai. Kome pakat share la reramai. Bermanfaat ni. Chef dah try. Hehe
Memasak sambal dengan menggunakan cili kisar yang halus teksturnya akan menjadikan masakan nampak lebih menarik dan enak dimakan. Bahkan tidak dinafikan buat penggemar masakan bersambal ini, sangat cerewet dalam pembuatan sambal untuk memastikan sambal yang dimasak menepati citarasa. Bukan sekadar cili dikisar semata-mata, ada cara tipnya yang tersendiri.
Menghasilkan cili kisar untuk nampak lebih menarik teksturnya, bukan boleh dibuat sesuka hati tetapi ada tipnya. Untuk itu, ini dikongsikan tips untuk mendapatkan cili kisar yang halus yang dikongsikan oleh Ya Norma dan bolehlah dipraktikan.
RAHSIA CILI KISAR TAHAN LAMA
“hi,assalamualaikum..ok hari ni saya nak share rahsia cili kisar tahan lama kalau simpan dalam peti ais..tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan. Tips ni saya dapat dari MIL saya..bila saya praktikkan sendiri,memang betul tahan lama..yang penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangat..dan paling best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu jerr..”–Ya Norma
Nampak tak hasilnya? Cili tu macam agar-agar kan bentuk dia? Ok, yang ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam, memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut macam agar-agar..
Folow setiap gambar di bawah step by step:
1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan biji..saya gunting nipis dan serong.
2. Letakkan cili yang digunting tadi ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni. Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.
3. Kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip. Kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.
4. Rebus sehingga mendidih ya, api dapur sedehana sahaja..sebab nanti kalau api kuat, air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.
5. Biarkan mendidih seketika. Tips saya,saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.
6. Ok dah selesai tutup api dapur,tapis balik cili tadi tu ke dalam penapis ni balik.
7. Ini penting..kemudian korang basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampaii HILANG warna air basuhan cili tu..ala kalau korang tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah laa..jangan pula korang tunggu sampai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang korang basuh tu cili berwarna merah..dah settle basuh, korang letak dalam belender yer.
p/s : tips basuhan ini penting taw,ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak..tips dari MIL saya juga.
8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR..dengan kuasa bawang aku menghukum mu..hihihihi masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender,potong-pootng besar dulu yaa..jangan lerr p masukkan seketul besor tu pulak..rosak blender hang sat g.
Ikut suka korang la nak letak bawang holland ke bawang besar biasa,kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis..Kali ni cili kisar saya buat tak banyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar.
9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu..agak-agak paras cili tu sudah la air..nanti bila dah blend sekali bawang, memang jadi likat elok.
10. Taraaaa ini lah hasil blender nya,tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah kat rumah sebab itu lah sikit sahaja..ehehhee..
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.