Sambal Terung Bilis, Menu Ni Kalau Buat Memang Tak Cukup Nasi Sepinggan Dibuatnya!
Menjamah terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu, meskipun menu ini nampak simple sedar-sedar sudah 2 kali menambah nasi dibuatnya.
Jika anda tidak percaya, apa kata anda sediakan menu ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Nak lagi mudah, jadikan sahaja resipi yang dikongsikan Nasriah Ramli ini sebagai rujukan.
SAMBAL TERUNG + BILIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung-dibelah dua dan dipotong
Ikan bilis
Ads
1 labu bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili hidup
9-10 biji cili padi
2 biji tomato
Ads
Cara memasak:
1.Blend atau tumbuk, cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
Kemudian terung yang telah dibelah, lumur garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga layu dan ketepikan.
3.Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan kemudian masukkan bahan tumbuk atau yang telah diblend tadi. Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan garam secukup rasa dan sikit gula.
Ads
6.Masukkan hirisan dadu bawang besar dan tomato.
Kemudian masukkan terung yang sudah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan kemudian tutup api dan sedia untuk dihidang.
Susu pekat antara barangan ‘wajib’ ada di dapur. Sama ada untuk digunakan dalam minuman, kuih muih atau masakan lain. Sebab itu, harganya boleh tahan juga jika dibeli di kedai kan.
Nak belajar buat sendiri susu pekat? Tak ada masalah, ini mudah je. kali ini admin kongsikan cara buat sendiri dengan menggunakan tiga bahan je. Mudah dan cepat siap.
Cara buat susu pekat ini hasil perkongsian dari Zan Zafirah Zainal ni. Senang je, cuba ni!
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya. Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Waktu nak masak, benda paling malas sekali nak tunggu bahan mentah defrost. Dah direndam berejam pun kadang masih lagi beku, tak cair sepenuhnya. Ye la waktu simpan pun tak sejat sepenuhnya air tu, satu hal lah melekat satu sama lain.
Haaa jangan stress, ikut je cara mudah ni! Bukan sahaja cepat defrost, nak masak banyak mana yang kita nak pun ambil gitu je. Tiada lagi masalah ayam melekat antara satu sama lain! Nak tahu macam mana? cerrrr tengok kaedah kat bawah ni!
TEKNIK BIJAK SIMPAN AYAM DALAM PETI SEJUK SUPAYA NAK MASAK TAK PERLU TUNGGU LAMA!
Benda utama yang anda perlu ada, dua ni iaitu :-
MUSLIHAT MENYIMPAN AYAM KE DALAM PETI SEJUK:
1. Anda perlu sediakan kertas minyak pembalut makanan terlebih dulu. Biasanya, bewarna coklat yang digunakan untuk membalut nasi lemak.
2. Kemudian kertas pembalut makanan perlu dilipat dua mengikut saiz bekas. Pastikan permukaan kertas yang licin di bahagian luar untuk mudahkan ayam tidak melekat.
3. Susun ayam yang telah dibasuh cantik-cantik di atas lipatan kertas tersebut. Bila disusun kemas barulah boleh letak banyak ayam.
4. Boleh buat lapisan kedua pembalut kertas jika bekas disediakan itu tinggi. Letak sampai tiga lapisan pun boleh, jadi boleh simpan ayam yang banyak dalam satu bekas.
5. Sesudah itu, jangan lupa simpan dalam peti sejuk.
Dah siap! Cara ini sangat mudahkan anda, apabila bekas ayam dikeluarkan daripada peti sejuk. Tak perlu nak rendam lama-lama ayam kerana ayam tadi amat mudah dipisahkan. Nak Ambil berapa ketul pun mudah, tak percaya? tengok video bawah ni! Sebelum dan selepas simpan
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut Kuih Tepung Pelita tentu sahaja ramai bersetuju menu nan satu ini adalah antara kuih muih yang dicari-cari ketika membeli juadah di bazar Ramadan.
Namun disebabkan tahun ini tiada bazar Ramadan dibuka, apa kata kita buat sendiri kuih Tepung Pelita ini, agar tiada pula ahli keluarga yang terasa terkilan tidak dapat menikmatinya.
Nak tahu resipi detail dan langkah demi langkahnya, jom kita buat seperti perkongsian daripada Aisha Shukor ini.
“Tepung Pelita” in d’ house. Kuih yg wajib kami carik mase bulan pose. G bazar ramadhan semata2 nk beli ni je hihihi.
Memandangkan tahun ni xdpt nk g Bazar, So kita buat sendiri..Alhamdulillah3 sedapppp
Cara Aisha Shukor yg senang n cepat,xpayah kukus2,siap je blh terus ngapp..
Now everyone can make Tepung Pelita ecewahh.
Bahan2:
Tepung beras (apa2 cap pun boleh. Saya cuba cap teratai, tak ada gajah gajah hihi)
Daun pandan wajib (kalau nak warna terang boleh titiskan warna hijau. Tapi saya memang suka warna pandan asli)
Santan
Hula
Garam
Air
P/s: Tak kisah kita guna cawan jenis apa dan besar mana,yang penting gunakan cawan yang sama untuk sukat semua di atas. Boleh
faham ye. Sila ambil maklum
ya,tekstur tepung pelita hanya
likat, tak sama macam tepung talam atau seri muka okey
Step 1 : 3 helai daun pandan diblend dgn 4cawan air. xyah guna pewarna sbb sy suka warna neutral pandan tu je dh ok..
Step 2 : Tapis
Step 3 : Masuk air pandan dlm kuali..jgn buka api dulu ye..masuk tepung beras secawan
Step 4 :Gula pasir 3/4 ke secawan (nanti kita nk letak gula custor kt dasar bekas tau utk dpt melt2 sensasi gula tu,so kt sini xmo manis sgt2..agak2 ye ikut citarasa masing2)
Step 5: Buka api dan kacau sampai likat.
Step 6 :Ini teksture yg kita nk..xnak likat sgt mcm seri muka n xnk cair sgt mcm bubur..faham kan..dh menggelembung2 kecil tu,tutup api
Step 7: bekas2 kecik,tabur dgn gula custor stgh sudu,buat lapisan nipis je bawah tu supaya bila kita letak lapisan hijau yg panas tu nti gula tu melt..klau xde gula custor,blend gula bg halus..klau xhalus,nti makan,tergigit2 gula xbest
Step 9 : ok jom buat lapisan putih pulak..santan kara kotak kecik tu bancuh dgn 3cawan air @ klau guna santan fresh,amik santan dlm 4cawan..jgn bukak api dulu
Step 10 : 3/4 cawan tepung beras @ bersamaan +- 4sudu besar..agak2 la sendiri ye tgk tepung uolls tu..sbb tepung kita mungkin cap lain,cawan lain size..masak ni kene ikut kesesuaian masing2..
Step 11 :Satu camca garam halus, kacau sebati dulu baru buka api. Masak atas api sambil kacau je sampai likat.
Step 13 :Curah atas lapisan hijau. Siapp..bg rest 5minit camtu, blh tutup n masuk peti sejuk..klau nk mkn terus pon boleh tp mkn sejuk2 lagi nikmatt..nyumm3