Jika dapat makan nasi lemak dengan sambal sotong kembang memang kelazatannya begitu sedap hingga tak terkata. Pun begitu, bukan semua biasa menyediakan hidangan sotong kembang ini. Apatah lagi bimbang jika sotong kembang yang dimasak terasa liat pula bila dimakan.
Jadi sebenarnya ada teknik memasaknya sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Har Ryea. Jadi jom lihat langklah demi langkah untuk menyediakan menu Sambal Sotong Kembang ini.
Sambal Sotong Kembang
Bahan-bahan:
3 ekor sotong, bersihkan.
(ikut petua, rebus sekejap sahaja. Air sudah mendidih terus padam api biarkan seminit dua selepas itu toskan dan potong-potong kecil)
6 -7 sdb cili kering kisar
2-3 sdb bawang besar kisar
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb halia kisar
1-2 biji bawang besar- hiris kasar
Seketul kecik gula Melaka
1 sdk pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
Sedikit gula pasir
Semangkuk kecil kacang tanah (goreng dan kisar sedikit kasar)
Cara Masak:
1.Bersihkan sotong kemudian rebus sekejap sahaja. Air sudah mendidih terus padam api biarkan seminit dua selepas itu toskan dan potong-potong kecil. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar. Goreng sampai sedikit garing.
3.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.
4.Masukkn cili kering kisar, ratakan. Masukkan juga gula Melaka dan teruskan menumis.
5.Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (agak-agak yer), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.
6.Boleh masukkan sotong, gaul rata. Masukkan juga kacang tanah goreng yang sudah dikisar kasar.
7.Masukkan sedikit air, gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika nak.
8.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Selalu kacau supaya sambal tidak hangit.
9.Siap