Kalau dilihat menu mak-mak kita dulu, biasanya akan memasak menggunakan bahan-bahan asas yang berada di sekeliling mereka sahaja. Oleh sebab itu, orang Melayu yang tinggal di kampung menanam pelbagai tumbuhan seperti lengkuas, serai, halia dan sebagainya.
Apa yang lebih menariknya, walaupun makanan yang dimasak ringkas dan menggunakan bahan-bahan biasa-biasa sahaja, namun bila dimakan memang luar biasa sedapnya. Jika dari awalnya tidak berselera boleh makan bertambah dibuatnya.
Contohnya dengan menu yang satu ini, Sambal Lengkuas. Mungkin tidak semua mengetahui keenakan rasa hidangan ini dan difahamkan hanya orang Kedah yang tahu dan biasa menikmati hidangan tersebut.
Ini sebagaimana dikongsikan olah seorang wanita ini di facebook di dalam group masakan. Nyata ramai orang utara mengakui keenakan rasa sambal tersebut dan membuatkan ramai teruja untuk mencuba rasa.
Untuk anda yang juga teringin merasai sendiri keenakan rasa hidangan ini, bolehlah mencuba untuk membuatnya. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah didapati dan ringkas sahaja penyediaannya.
Sambal Lengkuas
Kebanyakan orang Kedah mesti tau Sambal Lengkuas kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam. Tapi saya suka makan dengan nasi kosong atau ratah pun sedap.
Resipi diajar oleh ibu mertua orang Baling,Kedah.
Bahan-bahan:
Lengkuas muda – 2 penumbuk
Serai – 15 batang
Cili padi – 30 biji (kalau x suka pedas boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh. Ikut selera)
Belacan – besar ibu jari dan kalau nak lebih pun boleh
Kerisik – 4 sudu besar (nak lebih pun lagi sedap)
Garam secukup rasa
Limau kasturi – 5 biji diperah nak airnye je ye. Perah lepas semua sudah tumbuk
Cara-cara:
1.Tumbuk lumat semua bahan kecuali kerisik dan campurkan.
2. Kami simpan dalam fridge. Kalau nak makan baru amik sikit campurkan dengan kerisik.
Tips:
kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Dia jadi macam serunding la.
Meninjau di ruangan komen, nyata ramai mengakui keenakan sambal lengkuas ini dan mereka kongsikan sambil mengimbau kenangan. Antaranya komen Fazida Ida: Klau sy dalam pantang mak akan buat bnyk2…boleh mkn dengan nasi panas.
Keenakan menu ini turut diakui oleh Fadilah Nawawi, tuisnya : sedap..arwah nenek dulu org baling…sambal ni wajib buat kalau bulan puasa..sekarang tok dgn mak boleh buat..lg sedap campur ikn masin yg di bakar…mkn dgn ni saja pun dah sedap
Begitu juga Noreen Ismail melihat menu yang dikongsikan ini terus dia mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya. Tulisnya : Sdapny..Ingt zaman kecik² dlu…ada sambal ni x pa dh la…mkn dgn ikn goreng ja
Saufiah Ismail pula menulis di ruangan komen : Sedap ni…dulu kalau arwah mak kami buat untuk nasi ulam..kami ambil sikit dulu buat makan dengan nasi panas2 lawan dengan ikan gelama masam…fuh cayaq ayaq liuq woo
Sumber : Jona MJ via MAHN
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club