Sambal ‘Kurang Ajar’ Nama Pelik Tapi Resipi Kegemaran Ahli Keluarga Yang ‘Rare’, Makan Dengan Nasi Aje Pun Dah Sedap!

Share

Masakan pedas sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Jadi tidak hairanlah sejenis masakan yang berasaskan cili kering iaitu ibu sambal atau sambal tumis wajib ada dalam hidangan.

Namun selain masakan begitu, sambal yang digoreng garing dengan ikan bilis yang dihancurkan adalah antara pelengkap yang selalu ada dalam menu hidangan seisi keluarga.

Bagi perkongsian ini, sambal berkenaan digelar sebagai ‘sambal kurang ajar’ disebabkan rasanya enak sehingga membuatkan jika makan sekali confirm akan bertambah.

Nak tahu cara membuatnya, ikuti resipi ini.

‘SAMBAL KURANG AJAR’


(Edit: kenapa kami panggil sambal kurang ajar? Sbb bila menu ni muncul masa makan, bertambah2 nasi kami Makan!!. Yg berdiet pun blh terbabas. Sbb tu kami sekeluarga panggil kurang ajar. Xde niat pun nk sangkal rezeki Allah bg (makanan). Jgn serius sgt ye)

Mana yg dah rasa tu tau laa kenapa nama dia mcm tu. Sambal fav arwah atok. Sambal fav family

Resepi:

Cili kering : gunting dulu utk buang biji & digoreng garing. Jaga2 jgn sampai hangus!
Bawang merah : a handful. Jgn kedekut. potong 4 cukup. Digoreng hingga layu
Bawang putih : sama mcm bawang merah
Ikan bilis : goreng garing

Semua diatas digoreng berasingan tp guna minyak yg sama. Nak mudah goreng : ikan bilis lebih, bwg merah & bwg putih lebih, cili kering.

Kak jona guna chopper sbb dia kena kasar2. Chop kan semua secara berasingan : cili kering (masukkan gula & garam sekali) > ikan bilis > bwg merah & bawang putih (masukkan minyak masak anggaran dlm 3/4 cawan)

Campurkan semua bahan yg di chop. X perlu masak atas dapur semula tau.
Kalau xde chopper blh tumbuk pkai lesung batu (mmg resipi asal. Tp jgn guna blender tau!)

Gula bergantung pada kepedasan cili. Kalau cili kering jenis pedas mmg kak jona letak sgt byk ye.

Letak dlm balang kedap udara. Blh simpan kt luar je xya masuk fridge. Blh tahan sampai sebulan. Selalu mmg x tahan lama la sbb dh habis dulu hahaha.
Makan dgn telur goyang & kicap. Perhhh sedap. Cicah dgn cekodok pun sodap.


Selamat mencoba!

Sumber: Jona MJ

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club