Siapa suka rasa pedas-pedas manis sambal kacang? Pasti bila melihat menu ini dikongsikan di media sosial sudah ada yang kecur liur untuk menjamahnya.
Rasanya pedas-pedas manis dan kacangnya rangup dikunyah, memang leka memakannya. Tahu-tahu sebalang habis dimakan tanpa sedar.
Jadi apa kata, pelajari resipi dan cara penyediaannya sepertimana yang dikongsi oleh Ainn Mustafar. Jom semak.
Sambal kacang ikan bilis
Resipi
500gram kacang (goreng garing)
100gram ikan bilis (goreng garing)
Blend halus
Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 2
Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapat kilat dan manis pedas. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.
sumber : Ainn Mustafar via MAHN
Sambal Kelantan Petua Nenek Turun Temurun, Memang Sedap!
Sambal adalah antara menu yang wajib ada dalam hidangan masakan.
Terdapat pelbagai jenis sambal yang boleh dijadikan pilihan untuk menjadi penyedap rasa.
Menarik dengan perkongsian ini, puan Ruby Suhana Said yang berkongsi resipi sambal kelantan.
Katanya resipinya itu adalah turun temurun arwah nenek di Kelantan.
Jom ikuti resipi ni. Memang penambah selera.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAHAN-BAHAN
4 biji Bawang holland (dibakar/ panggang)
1 labu Bawang putih (dibakar/ panggang)
4 biji Tomato (dibakar/ panggang)
6 biji Cili merah
Segenggam Cili api (ikut level pedas masing2)
8 biji Limau kasturi (blender dengan kulit)
1/2 cawan cuka
2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek)
4 sudu makan gula putih (ikut level manis masing2)
Garam sedikit je
***tak payah tambah air
CARA PENYEDIAAN
Blend semua bahan, biar kejap beberapa jam sebelum masuk dalam balang. Kalau simpan dalam fridge memang boleh tahan lama.
Sambal ni makan dengan apa pun sedap. Buat paste jadi kuah dengan ikan/ ayam/ udang pun sedap. Selamat mencuba gais.
Sumber : Ruby Suhana Said
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Tempoyak Sedap & Tahan Lama, Ada Caranya Yang Ibu Patut Tahu!
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
“Suami Puji Resipi Siakap Tomyam Padu Macam Makan Di Kedai, Simple Tapi Sedap. Lengkap Dengan Protein & Vitamin!
Biasanya ikan siakap dibuat masak tiga rasa, stim dan juga digoreng begitu saja. Mungkin anda dah bosan dengan resipi ini, apa kata tukar sedikit selera kali ini.
Jom cuba resipi Siakap Tom Yam padu ni, hasil perkongsian dari puan Noor Hafiza Mohamad.
Siakap tom yam padu habis macam restoran Thai 💃💃
Incik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.”
Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur.
Dah masak kena kemas pulak. Kan kan ☺️. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Kah kah😂
Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar.
Banyak lauk nanti tak habis pulak. Kalau korang nak try tom yam ikan, baca caption pada gambar ye:
Bahan utama:
Serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.
Cara membuat:
- Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau2. Tutup periuk dalam 5 minit.
2. Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.
3. Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
4. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
5. Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.