Sebagai seorang bertekak Melayu, tak lari kalau makan benda-benda pedas kan? semakin pedas, semakin menggiurkan. Sambal totok petai rangup yang begitu sinonim dengan bangsa Jawa ini menjadi piliihan ramai kerana mempunyai rasa yang tersendiri, pedas-pedas masin dan sangup. fuh makan dengan nasi panas begitu saja pun memang boleh buat tambah nasi lah!

Amaran : Sebelum anda teruskan membaca arikel ini pastikan anda telah membatalkan niat anda untuk diet, kerana apabila melihat gambar dibawah, anda akan terus mencari dan makanan ini boleh jadi ejen penambah nasik! Bahaya untuk diet anda

Sambal ‘Jahat’ Tetap Menjadi Pilihan, Jangan Harap Dapat ‘Diet’ Dengan Aman
Dah batalkan niat diet? okay mati kita mulakan!

Proses pembuatan dia sangat lah senang, bahan dia pun memang senang nak dapat.

Bahan-bahan

1 biji bawang besar

15 biji cili hijau (kalau nak pedas lagi boleh lebihkan)

1 ulas cili merah besar

1 inci belacan

semangkuk petai segar

segenggam ikan bilis

Ads

Sambal ‘Jahat’ Tetap Menjadi Pilihan, Jangan Harap Dapat ‘Diet’ Dengan Amankredit gambar Facebook @Rafiza Idayu

Cara-cara

  1. Gorengkan bawang besar, cili merah besar, belacan dan cili hijau. jangan terlalu garing. Asalkan kecut saja bahan tadi dan toskan.

Sambal ‘Jahat’ Tetap Menjadi Pilihan, Jangan Harap Dapat ‘Diet’ Dengan Aman kredit gambar Facebook @Rafiza Idayu

2. Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama sehingga garing

3. Tumbuk bahan semua tadi sehingga lumat.

Tips : Nak lagi sedap, ikan bilis tu masukkan selepas bahan tadi dan tumbuk kasar saja. Bila makan dia akan rasa rangup-rangup tau

Ads

Sambal ‘Jahat’ Tetap Menjadi Pilihan, Jangan Harap Dapat ‘Diet’ Dengan Amankredit gambar Facebook @Rafiza Idayu

4. Terakhir sekali, masukkan petai segar dan gaul dan siap!

Sambal ‘Jahat’ Tetap Menjadi Pilihan, Jangan Harap Dapat ‘Diet’ Dengan Amankredit gambar Facebook @Rafiza Idayu

p/s ; kalau nak masukkan garam sikit pun boleh. Tapi jangan banyak sangat sebab belacan  dan ikan bilis tadi sudah masin. boleh rasa-rasa dulu.

Sambal ‘Jahat’ Tetap Menjadi Pilihan, Jangan Harap Dapat ‘Diet’ Dengan AmanSambal ‘Jahat’ Tetap Menjadi Pilihan, Jangan Harap Dapat ‘Diet’ Dengan Aman 

 

Ads

 

 

 

kredit gambar Facebook @Rafiza Idayu

Boleh dihidangkan dengan nasi panas, tambah dengan telur goyang, campur dengan sambal totok ni. fuh! memang ‘terangkat’ beb!

Bagi yang nak makan tapi tak ada idea nak masak lauk apa, boleh cuba ini dekat rumah ya. simple, cepat dan mudah saja nak buat. selamat mencuba…

sumber : Facebook @Rafiza Idayu

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI