Siapa yang pernah merasai keenakan Sambal Hitam Pahang yang original mesti tahu betapa sedap dan enak rasanya bila dimakan bersama nasi atau boleh juga dimakan bersama roti. Rasanya memang buat makan bertambah.
Namun hendak membuat sendiri Sambal Hitam ini diakui bukanlah mudah, memakan masa yang lama lebih-lebih lagi apabila belimbing buluh yang dimasak perlu direbus berjam-jam lamanya. Memang leceh apatah lagi boleh menyebabkan kuali yang digunakan cepat rosak.
Tapi usah merungut, ada rupanya cara memasak Sambal Hitam ini dengan cara yang lebih cepat dan mudah. Tidak sampai 30 minit, Sambal Hitam sudah boleh dinikmati. Memang boleh sangatlah untuk dibuat sendiri.
Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Habib Izzah dan bolehlah dicuba.
Menurutnya, “Masak sambal itam simple 30 minit tapi rasa dia mables..sambal itam ni makan dengan nasi panas memang mables.. mak mertua lalu sebelah pun tak perasan”
Buat anda yang ingin mencuba, ini resipinya :
Ads
Bahan-bahan:
cili api
cili besar
belimbing
bawang besar
ikan bilis
Cara penyediaan:
Panaskan minyak dulu supaya bahan-bahan tidak terlalu lama berenang dalam kuali.
2.Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan ikan bilis yang diblander kasar. Tumis sampai agak kekeringan.
Ads
3.Dalam pada itu, bland cili dan belimbing tadi. Tidak perlu bland halus sangat.
4.Bila bawang dan ikan bilis sudah hampir kering masukkan cili blander tadi.
Ads
5.Kacau lagi. Bila nampak sambal hampir kering tambahkan perisa dan sedikit garam.
Taraaa! Dah siap. Dia punya rasa memang mables.. yang ni tahan lebih lama daripada kita rebus dulu belimbing-belimbing tu.. Lagi satu kenapa mummy buat macam ni je simple.. sebab kalau kita rebus blimbing, biasanya kuali kita akan rosak.. tapi kalau buat ikut resepi mummy ni kuali memang suci murni je.
Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng
Perasan tak biasanya sebelum kita disuntik, doktor akan ambil kapas dan sapukan cecair di kawasan yang akan dicucuk jarum.
Umumnya cecair tersebut berasa sejuk dan sekali gus kita anggap cecair tersebut sebagai ubat bius untuk mengurangkan rasa sakit semasa dicucuk.
Bahkan kita juga sering tenangkan anak-anak, bahawa menerima suntikan tidak sakit sebab doktor akan bagi ubat bius.
Itulah tanggapan kita yang sedikit sebanyak sebenarnya memberi rasa lebih ‘tenang’ bila hendak dicucuk. Lagi-lagi buat yang penakut jarum.
Namun tahukah anda sebenarnya sapuan tersebut bukanlah ubat bius. Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di akaun facebooknya.
Beliau berkongsi kisah apabila ada antara penerima vaksin yang meminta untuk letakkan ubat bius tersebut banyak sedikit agar dia tidak berasa sakit.
Ini perkongsiannya.
“Doktor! Letak ubat bius tu banyak sikit tau!”
Saya sedang sapu alkohol di lengan seorang penerima vaksin, dia minta letak banyak sikit, supaya tak sakit. Ramai juga penerima cakap begini sepanjang program vaksinasi ni. Bermakna masih ada yang keliru.
Saya percaya, ramai yang tahu, tetapi tidak salah rasanya dijelaskan semula. Sapuan yang dibuat sebelum suntikan tu, bukan ubat bius untuk mengurangkan kesakitan semasa suntikan.
Sapuan itu adalah sapuan alkohol. Ia disapu di kawasan suntikan untuk membasmi kuman, agar ketika suntikan nanti, tiada kuman yang akan ikut masuk ke dalam badan.
Pendek kata, ia untuk elakkan jangkitan kuman.
Namun begitu, sapuan alkohol ni agak dingin, dan sesetengah orang akan mengaitkan ia dengan rasa kebas. Justeru, merasakan ia dapat mengurangkan kesakitan semasa suntikan.
Photo by Mat Napo on Unsplash
Ada tak bius jenis sapuan?
Ada!
Krim EMLA (lidocaine + prilocaine) 5%: Ia disapu pada bahagian yang mahu dikebaskan, 30-60 minit sebelum suntikan dilakukan. Namun, bukanlah langsung tak rasa sakit.
Penerima suntikan masih boleh rasa sakit. Kesakitan kerana tusukan jarum akan berkurang, tetapi kesakitan kemasukan ubat ke dalam otot tetap akan sama. Kebasnya hanya pada kulit.
-Gel xylocaine(lidocaine): ia adalah gel yang disapu pada membran mukosa, iaitu permukaan kulit yang menyelaputi rongga tubuh, seperti di dalam mulut serta organ dalaman.
Xylocaine juga terdapat dalam bentuk semburan. Gel dan semburan bius ini biasa digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada ulser dan keradangan di dalam mulut serta tekak.
-Semburan ethylchloride: ia bukan sapuan. Semburan ini menurunkan suhu kawasan semburan akibat penyejatan ethyl chloride secara mendadak, lantas menyebabkan kekebasan sementara.
Semburan ini juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat kecederaan sukan. Rasanya, ramai orang pernah lihat semburan ini digunakan semasa acara-acara sukan.
-Krim proctosedyl: krim sapuan ini mengandungi cinchocaine (bius) dan hydrocortisone (steroid). Ia memberi rasa kebas, tetapi lazimnya digunakan sebagai salah satu rawatan buasir.
Selain dalam bentuk krim, proctosedyl juga ada dalam bentuk suppositori(juga dikenali dikalangan orang awam sebagai “ubat peluru”). Suppositori ini dimasukkan ke dalam dubur.
-dan lain-lain.
—
Kenapa doktor tak gunakan bius sebelum suntikan?
Ada situasi doktor akan gunakan, dan ada masa, tidak. Semuanya bergantung pada penilaian doktor itu sama ada berbaloi atau tidak penggunaannya (dari aspek keberkesanan, kesan, masa dan kos).
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Jika ibu-ibu ketandusan menu apa nak dimasak malam nanti, bolehlah cuba Resipi Mee Kuah ini. Caranya cukup mudah tapi sedap. Resipi ini dikongsikan oleh puan Rossa Maryan.
Selamat mencuba!
Mlm2 masak mee kuah sebab teringin pnyer pasal.. Kat kl ni kalau g kedai mkn klu mintak mee kuah xde yg tau.. Klu kat kelantan mmg popular mee ni mna2 kedai mskan pns mmg ada lah menu ni.. Cme cara dan rasa mgkin berbeza..
Bila makan mee ni mesti akan teringat arwah ayah sebab die org paling ske mkn mee kuah ni.. Dlu2 klu nak mkn mesti suruh die yg msk…siap ckp lg ngn mak biar ayah yg masak sbb ayah masak mee ni mmg org lain xboleh lawan lah..
Tp skrg Sejak2 die dah kembali ke negeri abadi hanya tggal kenangan.. Lps die takde bru usaha nk mkn masak sndiri.. Ni resepi arwah ayah yg ajar cme resepi ni saya tukar sikit je sbb arwah ayah xsuka buh kicap manis..
Semoga dgn share resepi ni pahala mengalir kepadanya kat alam sana..Rindu sgt.. Al-fatihah ayah..
Cara membuat:
Tumbuk bawang merah bawang putih cili api udang kering.
2. Potong kecik2 ayam sotong fishball fishcake.. Kalau ada udang lg sedap
3. Sayur2 ikut suka nak buh sayur ape..mcm sy ske buh pakchoy bunga kobis ngn tomato je..
4. Tumis bahan2 tumbuk tdi smpai garing..buh cili kisar 1sb(ikut ske yg ni klu xnk boleh buh lada hitam)
5. Dah garing masukan ayam goreng masak.
6. Ayam dah masak baru boleh masukan lauk2 yg lain.
7. Lauk da masak masukan sos tiram 2sb sos cili 2sb dan sedikit kicap manis.. Kicap jgn bnyk nt kurang sedap.
8. Lepas tu boleh masukan air. Ikut suka nak kuah banyak mana.. Klu yg ske hirup2 kuah lebihkan air ye..masukan garam bahan perasa sume dan buh sos ikan kalau ada…jgn lpe msukan kiub pati ayam kalau suka.
9. Dah mendidih masukan Sayur2 tadi.
10. Masukan mee. Basuh dulu nanti pahit air kapur turun dalam kuah nanti.
11. Kacau2 bagi sekata.
12. Kuah mendidih masukan telor.. Sy ske separuh masak.. Telur kuning jgn pecah ooo nt kemurungan kejap.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.