Sambal Hitam Legend Homemade Tanpa Belimbing, Tetap Sedap! Ini Rahsia Resipi Kena Tahu.

Share

Sambal adalah salah satu masakan yang menjadi pembuka selera ketika kita menjamah hidangan. Terdapat pelbagai jenis sambal termasuk sambal tempoyak, sambal belacan dan juga sambal hitam.

Sambal hitam adalah sambal yang terkenal di negeri Pahang. Cara membuatnya antaranya menggunakan belimbing. Namun resipi sambal ini telah diviarasikan pelbagai cara buat sambal popular ini tanpa menggunakan belimbing.

Terdapat resipi yang tanpa menggunakan belimbing, sebaliknya menggunakan ikan bilis. Rasapun lebih kurang sama dengan sambal hitam Pahang.

Apa lagi, jom kita cuba resipi sambal hitam tanpa belimbing ini yang disedikan oleh ustazah Aminah Mat Yusoff Yusoff. Memang sedap!

Ikuti perkongsian ini.

TAK GUNA BELIMBING TAPI IKAN BILIS JER

Sambal Hitam legend homemade.. Simple, cepat dan sedap.. Jom masak!

Sambal hitam nie saya adaptasi dari sambal hitam Pahang tapi bezanya saya tak pakai belimbing buluh. Kata orang belimbing buluh ni boleh buat kuali atau periuk berlubang kerana menghakis besi dan masa untuk menyiapkan 

berjam-jam lamanya.

Rasa sambal hitam legend homemade ni sebijik macam sambal hitam Pahang. Nanti saya share resepinya. Makan nasi panas-panas letak sambal ni plus sup sayur, memang terangkat ..
Resepinya simple sangat:

Bahan-bahan 

1/2 kg ikan bilis siap belah ( pilih yang kualiti sederhana)
7 biji bawang merah besar
200 gm cili padi
1 cawan Air Asam jawa
Gula perang
Garam

Cara masak:
1. Basuh ikan bilis dan kisar halus
2. Bland bawang dan cili padi bersama.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan bland, tumis sampai naik bau.


4. Masukkan ikan bilis kisar dan air asam jawa.
5. Kecilkan api, kacau hingga warna berubah menjadi gelap dan hitam. Saya ambil masa 1 jam 30 minit untuk jadikan sambal betul-betul kering dan tahan lama.
6. Siappp.. Selamat mencuba sahabat semua

Selamat mencuba!

Sumber: Aminah Mat Yusoff Yusoff