Sambal Ikan Bilis Garing memang enak dimakan tanpa mengira waktu. Sama ada dimakan bersama nasi panas mahu pun sekadar dibuat cicah dengan roti pun sudah terasa keenakannya hingga membuatkan makan berselera.
Ini tidak dinafikan oleh Puan Syarah Amanina, bila mana suaminya sendiri memang sangat suka makan sambal garing ikan bilis. Setiap kali masak 1kg ikan bilis, tak sampai seminggu habis licin dimakan. Laku keras katanya!
Untuk itu, dia turut berkongsi resipi dan tip untuk sediakan sambal bilis garing yang menjadi kegemaran mereka sekeluarga untuk anda cuba sendiri.
Jelasnya, “Resepi nya ada saya share pada gambar di bawah! Sangat mudah tau cuma nak blend tu je renyah yihhh. Tapi bila dapat makan dengan nasi pepanas Ya Allah tak pandang sekeliling dah.”
SAMBAL GARING IKAN BILIS
Bahan-bahan :
Cara Buat :
Langkah 1 : First goreng sampai garing ye ikan bilis ampaa. Tak kisah lah apa apa bilis pon. Nak cepat rangup guna yang dah siap kopek especially Bilis Mata Biru.
Tip elak ikan bilis liat : Orang Lumut ajar, basuh 1 kali je then tos airnya. Baru goreng. Minyak pepanas tau. Then kacau-kacau. Tinggal kejap je jangan lelama sebab kena kacau-kacau. Dah garing terus angkat tapis. Ratakan semua jangan selonggok.
Langkah ke 2 : Lepas goreng ikan bilis, buang minyaknya. Tinggalkan sikit jer. Then goreng pulak cili kering ni. Goreng sampai bunyi garing jugak tau !
Tips :
Cili kering basuh ye. Sebab nak hilangkan debu. Lepstu cepat-cepat tos kan dia sebab tak nak basah waktu goreng. Nanti tak garing tak best. Dah basuh gunting buang biji. Tak nak biji bebanyak nanti apendix.Langkah ke 3 : Dah siap goreng cili kering, bolehla pindahkan masuk dalam blender. Blend kering ye.
Ya Allahhh ni lah paling mencabar. Kena kejap-kejap bukak dan godak godak nak bagi semua hancur, sakit hidung! Oh yaa. Jangan lupa sebelum blend tu taburkan kiub ikan bilis. Saya guna maggi kiub pati ikan bilis.
Langkah ke 4 : Dah siap blend, masukkan balik dalam kuali. Make sure dah TAKDE MINYAK dalam kuali ye. Guna jer kuali sama tapi minyaknya tuang la ke lain. Kalau ada sikit-sikit minyak tu, halalkan je. Sedap jugak nanti gaul dengan nasi.
Campurkan sekali ikan bilis tadi. Gaul gaul gaul sampai sekata. Jangan lupa masukkan garam sikit dan gula secukup rasa ye.
Langkah ke 5 : Nak lagi sedap ? Tabur bawang goreng. Bau dia Yaaa Allahhhhh semerbakkkk bau. Terus rasa nak bukak periuk nasi cedok nasi ngapp !
Taraaa dah siapp. So simple so sedap. Lagi lagi jika malas masak, nasi panas panas makan dengan sambal garing ni perghhhhh wa kata luuuuu terangkat. No wonder la tak sampai seminggu habis.
Sumber : Syarah Amanina
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club