Menu yang mampu membuka selera ramai antara kita, tidak semestinya terdiri daripada hidangan mewah semata-mata.
Bahkan jika sekadar sambal ikan bilis yang dicampur dengan kentang yang dimasak ringkas sekali pun sudah mampu membuatkan kita makan bertambah.
Apatah lagi bila dimasak pedas berapi, memang makan tak pandang kiri kanan. Senang cakap, mak mertua lalu pun tak perasanlah!
Begitulah menunjukkan betapa khusuknya melayan selera.
Jika tak percaya, di sini dikongsikan resipi untuk yang ingin mencuba dan rasailah sendiri keenakannya yang luar biasa.
Sambal bilis kentang berapi
resepi
– ikan bilis segenggam
– 3biji kentang
(goreng dahulu)
-sebijik bawang besar -3 ulas bawang putih
– 10 biji cili hijau dan merah
(blend kasar )
cara – cara
– tumis bahan blend sehingga pecah minyak.. perasakan.. masukkan kentang dan ikan bilis goreng.. gaul .. siap
Resipi lain wajib cuba : Kuih Gunting Homemade
Resipi ini juga jadi kegemaran ramai : Wadey