Sambal Bilis Hancur, Rasanya Rangup & Enak. Nak Buatnya Mudah Sangat, Petik Jari Je Siap!

Share

Menu sambal bilis memang bermacam-macam dan sering dicari-cari adalah resipi sambal bilis rangup. Keenakan rasa menikmatinya bersama nasi memang diakui mampu membuatkan kita makan bertambah.

Apatah lagi cara membuatnya juga sangat mudah dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang ringkas. Jadi tidak hairanlah sering dijadikan pilihan menu jika tiada punya masa yang lama untuk membuat persiapan menyediakan hidangan untuk keluarga.

Jadi apa kata kali ini anda sediakan menu sambal bilis yang rangup namun berbeza daripada biasa dek kerana bilis tersebut perlu dihancurkan terlebih dahulu. Dikatakan rasa sambal ini cukup enak dan menepati selera ramai yang telah mencubanya.

Jadi tidak salah juga sekiranya dijadikan stok untuk dijadikan pilihan hidangan untuk bulan puasa nanti.

Sambal Bilis Hancur

Bahan-bahan:

Ikan bilis

cili padi merah+hijau

bawang putih

bawang merah

Cara-caranya:

Langkah 1 : Tumbuk kesemua bahan di atas.

Langkah 2 : Panaskan minyak, goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi (saya guna chopper je mudah)

Langkah 3 : Masak dengan api sederhana,sampai kering air…perasakan dengan garam,gula,serbuk perasa (optional,saya tidak letak)

Langkah 4: Kacau lagi sampai sambal kering.

Langakh 5 siap…!!

 

Menu ini sedap dimakan bersama dgn telur dadar.

Estra Tip : Kalau ada tomato lagi sedap,masuk sekali dalam mesin chooper tu…nanti rasanyaa lebih kurang sama macam sambal hitam .

Sumber : Ziela Mazlan Via Masak Apa Hari Ni