Sambal Bilis Garing & Kering. Ada Je Dihidang, Memang Makan Berselera!

Share

Antara menu yang boleh dikatakan wajib bawa jika seisi keluarga melancong keluar negara, lain tak bukan adalah sambal bilis. Keenakan rasanya boleh membuka selera dan apa yang lebih penting tidak mudah basi.

Apatah lagi jika digoreng sempurna, keranggupannya boleh berkekalan.

Ini sebagai mana resipi ini. Ikan bilisnya rangup malah sambalnya juga kering. Bagaimana untuk hasilkannya, ikuti perkongsian ini.

Assalamualaikum. hari ni nak share resepi sambal bilis garing/kerig. ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering yang jual kat petronas tu tak?

Ni ade resepi sambal kering tu insyaallah sedap. boleh buat stock makan dengan nasi and nak jual pon boleh. ni buat untuk bekalan mak mertua untuk mengerjakan haji. Boleh tambah tempe goreng atau tahu goreng kalau suka.


.

Resepi sambal bilis garing/kering

bahan-bahan

1. cili kering 500g
(goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang dalam 10saat atau pun sehingga cili kering rangup. Jangan sampai hangit nanti cili jadi pahit. kemudian tumbuk/blander kering cili yang telah
digoreng)

.

2. ikan bilis halus 500g digoreng garing (boleh lebih jika suka)
3. bawang goreng 2 bungkus (tak letak takpa)
4. kiub ayam 2 ketul
5. gula halus secukup rasa
6. garam/serbuk perasa secukup rasa

cara-cara:

– panas kan dalam 3 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Jangan sampai hangit. ( api paling kecil)
– Masuk kan cili kering tumbuk, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
– Gaul semua bahan tadi lebih kurang 2 minit dan tutup api.
Siap.

.

sumber : Aien Alaam via MAHN