Sambal Belacan, Makin Pedas Tu Yang Terasa Sedap. Ni Cara Buatnya!

Share

Menyentuh tentang sambal belacan, memang ada beberapa jenis dan berbeza juga resepi dan cara penyediaannya. Tapi apa yang pasti, bila makan ada sambal belacan barulah sempurna,  enak dan berselera untuk dimakan. Lebih-lebih buat penggemar rasa pedas.

Jadi apa kata kali ini kita cuba sediakan sambal tomato dan rasai keenakan rasanya.

Sambal Tomato
Saya suka sebab rasa yang pedas meleleh juga air idung.

Bahan
5 batang cili merah
10 batang cili padi hijau
5 ulas bawang merah
1 tomato merah ranum saya guna tomato ceri 6 biji
1 ruas jari belacan
1sudu kecil gula saya guna brown sugar tak letak pun bole sebab orang sana memang tak letak.
Sedikit garam

Cara buat :
Semua bahan di potong-potong kemudian ditumis dalam kuali sehingga agak layu
Angkat dan dilenyek dalam lesung.
Akhir tambah jus limau nipis sebiji.

Sambal Tomato Jawa
Selalunya sambal ini tidak ditumbuk tetapi dilenyek di dlm lesung khas tapi disebabkan saya tiada, saya telah menumbuk atau melenyek perlahan-lahan di dalam lesung batu.

Awas ya disebabkan texture agak berair tumbuk atau lenyek dengan lemah gemalai supaya tak merecik ke mata atau muka.

Sumber : Makcik Ratu via MAHN