Sambal Belacan Di Blender Kalau Nak Rasa Ori Macam Ditumbuk, Buat Cara Ni!

Share

Menikmati hidangan nasi bila ada sambal belacan memang membangkit selera, tapi bila bab menyediakan menu sambal belacan ini mungkin ada yang berkira-kira. Apa tidaknya,  perlu menumbuk bahan-bahan sambal belacan tersebut untuk mendapatkan rasa yang original.

Tidak dengan itu, jika ada yang pernah mengalami sedang asyik menumbuk sambal tiba-tiba terpercik ke mata, pedihnya hanya Allah yang tahu.  Ternyata bertapa leceh dan peritnya untuk menghasilkan sambal belacan tersebut. Apatah lagi jika ingin menyediakan menu sambal belacan setiap hari. Pasti buat kita berfikir panjang.

Namun tahukah anda, sambal belacan juga jika dikisar dengan cara yang betul bersama pilihan ramuan yang enak, keenakan dan keaslian rasa masih dapat dinikmati. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Mariana dan paling bestnya, dengan  cara ini boleh buat stok sambal belacan. Jadi bila-bila masa boleh makan sambal belacan dengan mudah!

Ikuti perkongsian tersebut.

“Cukup 2 minggu restok lagi sambal belacan.Nni cara saya, saya tak guna tomato,bawang dalam sambal belacan saya buat ni. Rasanya sama macam sambal belacan tumbuk. Cuma bila nak blend tu on off kejap ja. Jangan terlalu lama blend nanti sambal jadi halus dan lumat”Mariana

bahan-bahan:

6 biji cili merah
Cili padi secukup rasa-buang biji jika suka
9 biji limau kasturi
2 1/2 potongan belacan
Air asam jawa secukup rasa
1 sudu gula
1/2 sudu
garam kasar

 

Cara Buat : 

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali limau kasturi ke dalam blender.
  2. Kemudian ambil limau kasturi dan perahkan airnya ke dalam blender. Manakala hanya 2 biji limau kasturi dihiris dan di campur ke dalam bahan tadi.
  3. Tekan blender on off on off (sekejap-sekjap). Kisar jangan terlalu lama.
  4. Dan hasilnya..seperti ni.