Ada antara kita memang diakui perlu ada sambal balado setiap kali ingin menjamu hidangan tengah hari. Tak kiralah makan dengan apa pun, baik dimakan bersama nasi putih hatta menjadi pelengkap untuk dinikmati bersama menu nasi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Berkongsi tentang sambal balado ini, Dr Mazliana Mazlan juga punya ceritanya yang tersendiri. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini dipelajari cara membuatnya daripada kawan adiknya yang berasal dari Indonesia.
“Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
“Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
“Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah,” ceritanya ringkas berkenaan resipi sambal berlado yang dikongsikan di salah satu group masakan di facebook tidak lama dahulu.
Jadi buat anda peminat sambal, anda wajib cuba resepi sambal berlado yang satu ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
Ads
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Cara penyediaan :
Ads
Langkah 1 :
Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
Langkah 2 :
Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
Langkah 3 :
Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
Langkah 4 :
Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
Ads
Langkah 5 :
Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
Langkah 6:
Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
Langkah 7 :
Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
Teh apabila dicampur susu akan menjadi minuman yang cukup digemari ramai, sama ada diminum sejuk sebagai Teh Ais atau pun diminum panas menjadi minuman Teh Tarik. Minuman ini sering menjadi pilihan khususnya bagi gulungan dewasa tiap kali menikmati hidangan di restoran, gerai malah di hotel lima bintang sekali pun.
Namun apa yang paling pasti, keenakan rasa minuman ini terletak pada lemak manisnya. Jika tidak pakar mengadun rasa, kenikmatan meneguk secawan teh tarik tidak dapat dinikmati. Dan percayalah, setiap antara kita punya cara dan petua untuk memastikan minuman teh susu ini kaw rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian Miya Aira berkongsi petua bagaimana toknya menyediakan minuman ini dengan cara yang tersendiri. Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsiannya itu.
“Sapa peminat teh ais kaw2..Petua tok kami Kalau nak teh ais rasa lemak kaw2,sedap berkrim, tak payah bancuh tapi masak atas dapur”
Dan ini langkah demi lamngkah untuk menyediakannya.
1.Masukkan air kosong dalm periuk dan masak hingga mendidih (kuantiti air agak2 banyak mana awk nak)
2. Selepas itu masukkan teh ( 3 uncang) dan renihkan sehingga 5 minit.
3. Buang uncang teh tersebut.
4. Kemudian barulah tambah susu cair dan susu pekat,masak hingga berbuih dan mendidih.
5. Sesuaikan rasa dan sentiasa kacau.
6. Akhir sekali wajib tambah garam untuk rasa lemak-lemak berkrim.
sumber : Miya Aira Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kek marble antara kek yang popular yang mudah dibuat. Malah rasanya pun sedap dengan kelembutan keknya. Jika dihidangkan ketika panas untuk minum petang memang menyelerakan.
Pastinya sudah ramai yang tahu cara sukatan untuk membuat kek marble ini melalui posting yang dipaparkan di media sosial. Ada yang telah berjaya memasak kek dengan sempurna dengan tahap gebu dan kelembutan. Namun ada juga yang tidak jadi masakannya seperti kek menjadi bantat, tidak naik, tidak gebu dan lembut.
Lazimnya jika kek tidak menjadi ia berkaitan dengan cara penyediaannya.
Nak tahu petua nak jadikan kek marble mengebu dan lembut, ikuti lapan panduan ini.
8 tips hasilkan resipi kek butter marble lembut :
1- Paling utama ialah pemilihan butter.Jangan tertipu dengan nama. Ada sekadar jenama dan bukannya butter. Pilih pure unsalt butter seperti jenama Anchor.
2- Untuk elakkan lapisan atas permukaan kek butter hangit, selepas 30 minit kek dibakar, tukar daripada api atas bawah ke api bawah sahaja dan teruskan bakar kek sehingga masak. Tujuan kita tukar api adalah untuk pastikan lapisan atas tidak terlalu garing hingga perang.
3.Pukul butter hingga betul-betul kembang.Tanda ianya kembang ialah warna bertukar menjadi warna putih dan barulah masukkan gula castor. Pukul sebati menggunakan mixer atau hand mixer.
4.Masukkan telur 1 persatu.Pukul hingga telur kembang berbuih dan tambah essen vanilla,susu pekat serta susu cair.Kacau sekadar sebati dan masukkan tepung yang siap diayak sedikti demi sedikit sambil kacau sebati.
5.Bahagikan adunan kek marble ini kepada dua bahagian. 1 bahagian asal dan 1 bahagian di masukkan serbuk koko serta emulco coklat. Cara kacau ialah dengan gunakan kaedah kaup balik.
6.Ambil loyang bulat 8 inci yg telah dilapik baking paper dan disapu dinding loyang dengan marjerin untuk kek mudah tanggal.Masukkan adunan secara berselang seli.Untuk dapatkan corak zebra, gunakan lidi sate dan masukkan di hujung penjuru loyang. Tarik lidi sate ke tengah loyang. Buat untuk 4 penjuru dah cukup.
7.Sambil itu panaskan oven pada suhu 170’C selama 10 minit.
8.Bakar kek butter marble ini pada suhu 160’C selama 45 minit menggunakan api atas bawah. Bila dah capai masa, nak tahu masak ke tak kek anda, celup lidi sate. Kalau tiada melekat, tanda dah masak. Andai tepung masih melekat, bakar lagi dalam 10 minit.
Untuk tips , gunakan cawan penyukat 250 ml standard. Mudah anda sukat. Ayak bersama tepung superfine dan tepung jagung terlebih dahulu. Serbuk koko pula kalau nak sedap, gunakan brand Delfi atau Van Houten
Selamat mencuba!
Kredit: Puan Umi CT Sha Abdullah via daridapur.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.