Teh tarik antara minuman kegemaran ramai. Rasa teh bersusu yang manis dan lemak berkrim memang padu. Bagi penggemar teh tarik, restoran mamak antara port terbaik nak layan teh tyarik kan.
Apa kata belajar buat sendiri sahaja. Tetapi resipi yang dikongsikan ini lain sedikit dari teh tarik biasa. Nak tahu caranya jom tengok perkongsian resipi dari Afy AL Habibi
Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu. Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.
Ada cikgu pecahkan rahsianya.
Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu.
Bahan-bahan:
Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu guna teh wangi.
– 7 uncang teh wangi ros : koyakkan setiap uncang.
( kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
– Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
– 50 ml susu segar (tiada dalam gambar)
*nak sedap guna susu full cream goodday*
– Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut kuantiti air)
– Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua gara
Rahsia seterusnya :
Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
Kacau sesekali.
*boleh adjust rasa susunya*
Selamat mencuba.
#resepicikguafy
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club