“Sama Cantik Sama Padan…” Anak lelaki Habib Jewels bertemu jodoh dengan pelakon terkenal Indonesia.
Nyata jodoh itu memang rahsia Tuhan. Kita tak pernah tahu siapa yang akan menjadi pelengkap hidup kita, tetapi bila tiba masanya, segalanya akan terasa begitu indah.
Siapa sangka pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce kini sahkan sebagai isteri kepada Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin. Ini membuktikan bahawa takdir cinta boleh hadir dari seberang sempadan.
Muat naik turun gambar perkahwinan di Ingstagram (IG), pelakon jelita itu yang dikuti oleh lebih 18 juta pengikut menyaksikan majlis dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Ads
“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan.”
Kapsyen penuh makna Pevita dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 18.2 juta pengikut itu.
Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib.
Pevita, 32, sebelum ini sangat masyhur menerusi lakonannya sebagai Hayati dalam filem mega Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013)
Ads
NETIZEN UCAP TAHNIAH
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata memberikan ucapan tahniah dan menitip doa buat pasangan berkenaan.
Ads
“Congratulation kakak” “Cantiknyaaa.” “Semoga bahagia selalu.” “Congratulationss kak Pevita! Wishing you lots of love and a lifetime of happiness.”
Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang penuh bahagia dan diberkati, serta cinta yang kekal abadi. Tuhan memang susun pertemuan ini dengan cantik sekali, tepat pada waktunya.
Ibu hamil 8 bulan yang dilaporkan hilang bersama anak 4 tahun ditemui di KLIA. Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Ibu Hamil 8 Bulan Yang Dilaporkan Hilang Bersama Anak 4 Tahun Ditemui Di KLIA
Kakaknya, Adlin Mohd Zakaria, 36, melahirkan rasa bersyukur adiknya, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dan anak saudaranya, Aydan Noah Mohd Shahmi ditemukan dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah, adik dan anak selamat dijumpai. Terima kasih banyak kepada pihak polis dan semua yang telah membantu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Khamis.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kehilangan wanita terbabit bersama anaknya selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan pada Rabu.
Nur Nadia kali terakhir meninggalkan rumah dengan memandu Perodua Axia berwarna biru gelap pada jam 12 tengah hari, namun tidak pulang ke rumah di Kampung Chendering sehingga lewat petang itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan mengesahkan dua beranak itu telah dijumpai di KLIA oleh pihak polis pada kira-kira jam 2 petang.
“Wanita itu bersama anak lelaki dalam keadaan selamat dan sekarang mereka berada di Balai Polis KLIA,” katanya ringkas.
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.
Tangguh SPM, Gadis 17 Tahun Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari
Nur Auni Qistina Zahari merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok. Gadis berusia 17 tahun itu terpaksa melupakan sementara cita-citanya menjadi seorang anggota polis kerana tidak dapat ke sekolah sejak setahun lalu.
“SAYA SUDAH JANJI DENGAN KAWAN-KAWAN NAK AMBIL SPM SAMA-SAMA TETAPI APABILA ALLAH SWT UJI SAYA DENGAN PENYAKIT INI, SAYA REDA DAN TERPAKSA TANGGUHKAN SPM KE HUJUNG TAHUN INI.
“Apabila melihat rakan-rakan lain menghantar gambar bersama cikgu di sekolah dalam kumpulan WhatsApp kelas, saya sedih kerana rindu selepas setahun tidak dapat ke sekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Teja 2, di sini hari ini.
Menurutnya, dia terpaksa menerima hakikat dia tidak seperti remaja normal apabila kedua-dua ovarinya terpaksa dibuang.
Nur Auni Qistina tetap mengulangkaji pelajaran walaupun terpaksa bercuti setahun untuk menjalani rawatan kanser ovari.
Katanya, dia menyedari penyakitnya itu selepas mendapati dia tidak didatangi haid walaupun sudah berusia 16 tahun pada 2022.
“Saya mengajak emak (Norhesreyzah Rejab, 46) melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Changlun pada hujung 2022 dan doktor meminta saya merujuknya ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar di Perlis.
“SELEPAS MELAKUKAN UJIAN IMBASAN TOMOGRAFI BERKOMPUTER (CT SCAN), DOKTOR MEMAKLUMKAN ADA KETUMBUHAN PADA OVARI KIRI DAN PERLU DIBUANG SEGERA PADA 2 FEBRUARI 2023.
“Ketika itu saya belum disahkan menghidap kanser dan doktor beritahu saya mempunyai sindrom swyer iaitu mempunyai kromosom lelaki iaitu 46XY yang diketahui selepas bertemu doktor berikutan masalah ketiadaan haid dialami,” katanya.
Nur Auni Qistina berkata, dia kemudian menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan doktor mengesahkan dia menghidap kanser ovari pada 2 Mei tahun lalu.
Katanya, doktor memaklumkan yang dia perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam pusingan untuk mematikan sel kanser.
“OVARI KANAN SAYA BUKAN SEPERTI BIASA TETAPI IA MEMANJANG DAN DOKTOR AKAN BUANG MELALUI PEMBEDAHAN TERMASUK RAHIM PADA 22 JANUARI INI DAN PERLU MASUK WAD DI HSB, ISNIN INI.
“Alhamdulillah pengetua dan cikgu datang beri semangat pada saya untuk fokuskan rawatan dulu,” katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.
Katanya, bapanya, Zahari Hashim, 46, bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala ibunya, Norhesreyzah pula bekerja mengambil upah mengasuh kanak-kanak.
Menurutnya setiap kali hendak ke hospital, mereka terpaksa meminjam kereta nenek disebabkan kereta mereka kerap rosak.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi Nur Auni Qistina menghulurkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan dapur.
Demam virus tak kebah-kebah lebih seminggu, lelaki ini kongsi penawarnya. Demam virus atau dikenali sebagai viral fever adalah sejenis keadaan kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Demam Virus Tak Kebah-kebah Lebih Seminggu, Lelaki Ini Kongsi Penawarnya
Penyakit ini sering berlaku apabila tubuh diserang oleh pelbagai jenis virus yang menjejaskan sistem imun. Walaupun ia bukan penyakit yang jarang berlaku, gejalanya boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.
Punca Demam Virus
Demam virus biasanya disebabkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan atau organ lain dalam badan. Penyebaran virus boleh berlaku melalui:
*Sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti.
*Udara, seperti melalui batuk atau bersin.
*Kontaminasi permukaan atau objek.
Gejala Demam Virus
Beberapa gejala biasa demam virus termasuk:
*Demam tinggi: Suhu badan yang meningkat mendadak.
*Sakit kepala: Rasa berdenyut atau sakit di kepala.
*Sakit badan: Ketidakselesaan dan keletihan di seluruh tubuh.
*Sensasi terbakar di mata: Rasa pedih atau panas di mata.
*Loya dan muntah: Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan perut.
Gejala-gejala ini mungkin berbeza bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti tubuh.
Rawatan Dan Ikhtiar Alternatif
Walaupun rawatan perubatan adalah kaedah utama untuk mengawal demam virus, beberapa kaedah alternatif boleh dijadikan ikhtiar tambahan. Salah satu petua tradisional yang popular adalah menggunakan bahan semula jadi seperti garam kasar, lada hitam, dan limau nipis.
Garam kasar – secukupnya untuk merendam kaki.
Lada hitam – tiga genggam (sebaiknya gunakan yang berkualiti).
Limau nipis – tujuh atau sembilan biji.
Cara-cara penyediaan dan penggunaan:
Campurkan semua bahan tanpa menambah air.
2. Perah limau nipis dan masukkan kulitnya sekali ke dalam campuran tersebut.
3. Rendam kaki ke dalam campuran ini.
4. Gosokkan kaki sehingga garam hancur dan sebati dengan air perahan limau.
5. Baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ayat Kursi sebanyak sembilan atau sebelas kali.
Dengan izin Allah, perubahan ketara boleh dirasai selepas mencuba kaedah ini. Sekiranya anda merasakan sensasi seperti kaki melecur akibat terkena api, segera dapatkan bantuan daripada perawat rawatan Islam. Jika tiada masalah, Alhamdulillah, ia dipercayai mampu membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh badan.
Amalan Tambahan
Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan meminum air kelapa muda tanpa gula dan ais selama tiga hari berturut-turut. Minumlah sebanyak dua hingga tiga biji air kelapa muda sehari.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar, manakala penyembuhan sebenar datangnya daripada Allah SWT. Semoga petua ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang mengalami demam virus. Sama-samalah kita berkongsi kebaikan ini untuk manfaat bersama.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.