Salji Turun Di Gunung Kinabalu Pertama Kali? Ini Penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia.

Share

Trending di media sosial semalam (28 Februari 2022) apabila viral sebuah video memaparkan kegembiraan sekumpulan pendaki Gunung Kinabalu melihat keindahan alam apabila secara tiba-tiba salji turun.

Anugerah istimewa yang dirasai oleh para pendaki itu telah membuatkan ramai warga net teruja. Lebih lagi Malaysia merupakan sebuah negara beriklim khatulistiwa.

Sudah tentu kejadian itu meraih perhatian warganet. Sementara itu, dari sudut perubahan cuaca ini, menerusi Facebook  Majlis Keselamatan Negara WP Labuan  Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah memberikan penjelasan mengenai kejadian berkenaan.

Video Salji turun di Gunung Kinabalu

 

 

@nazhavoc30 Salji TURUN di Gunung Kinabalu #mountkinabalu#salji ♬ original sound – NAZHAVOC30

FENOMENA SALJI DI GUNUNG KINABALU SELEPAS 29 TAHUN

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan salji turun bukanlah suatu perkara mustahil di kawasan tanah tinggi seperti Gunung Kinabalu.

Menurutnya, keadaan berkenaan boleh berlaku apabila suhu udara mencecah kosong darjah Celsius selain terdapat kelembapan yang mencukupi.

“Kebiasaannya kita boleh melihat proses pembekuan dan hal ini adalah menghasilkan ketulan ais di permukaan batu-batu yang sejuk.

“Tetapi dalam keadaan tertentu salji boleh terbentuk apabila suhu sejuk di bawah takat beku dan kelembapan mencukupi selain keadaan angin yang agak perlahan di sesuatu kawasan.

“Suatu fenomena yang jarang kita lihat tapi boleh berlaku,” katanya menerusi video kenyataan media berkaitan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, pendaki dan malim Gunung Kinabalu terkejut selepas merasai pengalaman luar biasa melihat ketulan putih dipercayai salji jatuh dari langit ketika berada di kawasan Sayat-Sayat, dekat puncak Gunung Kinabalu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, cuaca difahamkan sangat sejuk dan secara tiba-tiba kelihatan ketulan putih menyamai salji dilaporkan jatuh dari langit berhampiran puncak gunung berkenaan selama kira-kira dua minit.

Bacaan lanjut: 

Seakan Memberi Tahu Tidur Tak Cukup Setelah Bergelar Ibu, Neelofa Kongsi Kapsyen Ringkas, Tapi Ini Komen Netizen.

Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!

Nak Kos Murah Bila Nak Ubah Suai Rumah, Perunding Kewangan Ini Bagi Trik Mudah Kena Tahu, Baru Boleh Jimat!

Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/