
Kasih sayang tiada penghujung buat suami isteri. Jelas kelihatan hubungan erat ini apabila selebriti Abby Abadi memuat naik video ketika suaminya melawatnya di hospital baru-baru ini. Abby Abadi dimasukkan ke wad atas nasihat doktor setelah mengalami cirit birit.
Melalui paparan video itu, suaminya juga turut membawa dua orang anak angkatnya, agar Abbay dapat melepaskan rindu kepada anak-anaknya.
Dalam pada itu netizen memuji sikap suami Abby.
Netizen juga mendoakan Abby kembali sihat.
Semoga Kak Abby cepat sembuh ye!
Sumber: Instagram Abby_abadi112
“Serahkan Pada Allah. Susunan Dia” – Anak-Anak Bercinta, Nourul Depp & Maria Farida Bakal Berbesan

“Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia,” kata penyanyi Nourul Depp selepas berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke -25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.
Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.
“Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik,” tulis Maria di ruangan komen.
Menerusi perkongsian Nourul di Instagram, dia mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur.
“Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya,” tulisnya.
Sumber : @Nouruldepp
“Rezeki Terakhir Arwah Ayah.” Lelaki Ni & Adik-Beradik Urus Sendiri Jenazah Arwah Ayah Dari Awal Hingga Kebumi Buat Netizen Sebak

“Benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh. Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini. Demikian antara komen netizen selepas saudara Muhammad Hamka berkongsi kisah di Facebook selepas kematian arwah ayahnya baru-baru ini.
Di dalam perkongsian tersebut, Hamka yang menggunakan menggunakan akaun Hamka (Kereta Mayat), memaparkan kisah bagaimana ayahnya meninggal dunia di hadapan anak-anak.
Lebih menyentuh hati, pengurusan jenazah sehingga ayahnya dikebumikan diuruskan sendiri kesemua anak-anak, termasuklah mengimamkan solat jenazahnya.
Rezeki terakhir arwah ayah.
Sebotol air masuk ikut tangan. Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.
Rupanya rezeki terakhir arwah ayah bukan air itu sahaja.
Tapi rezeki ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak anak, kiri kanan tangan di gengam anak-anak, kiri kanan kaki di gosok anak anak. Di telinga pula kiri kanan di baca yassin dan bergilir gilir di ajar kalimah Tauhid.
Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikah kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat, meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah, dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah.
Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak anak.
Rezeki ayah bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur talkin oleh anak nombor tiga, dan tiga malam tahlil diketuai oleh anak-anak secara bergilir gilir.
Malam tadi anak saya baca yassin, katanya untuk arwah datuk.
Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.
Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.
Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini.
Ayah, mekar rindu dari jauh. Balik kampung tak akan pernah sama lagi…
Sob..sob..
Ps: Mekar adalah nama manja saya yang arwah ayah berikan waktu kecik dan melekat sampai sekarang. Dan cintaku pada arwah ayah dan ibu, sentiasa mekar. Woha!
#mengetehdikuburayah
“Wanita Perlu Saling Menghormati” Zahirah Macwilson Minta Henti Rosakkan Rumah Tangga Orang Lain!

Kes tular yang melibatkan pasangan selebriti tanah air membuatkan pelakon jelita, Zahirah Macwilson bersuara dengan menyatakan setiap wanita perlu saling menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.
Pelakon cantik, Zahirah Macwilson meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan setiap wanita perlu saling menghormati perkahwinan dan rumah tangga wanita lain.
Malah kata Zahirah dia amat memahami perasaan seorang isteri yang berdepan dengan konflik rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga.
Bahkan kata Zahirah menerusi perkongsiannya di Insta Story, dia yang kini sarat hamil anak kedua itu berkata setiap wanita perlu saling menghormati dan bukannya merampas kebahagiaan dengan melakukan kelakuan tidak bermoral apatah lagi curang dengan pasangan sendiri.
“Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.
“Wanita perlu memghormati wanita lain dan berhenti menormalisasikan kelakuan tidak sopan (rosakkan rumah tangga seseorang),” tulisnya pada hantaran Instagram Story.
Tambahnya lagi, perbuatan memecah belahkan keluarga orang lain dengan melibatkan anak-anak mereka adalah satu perbuatan tidak normal dan tidak patut dijadikan satu perkara biasa dalam masyarakat hari ini.
“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun. Zahirah juga kini sedang hamil cahaya mata keduanya.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Instagram @zahirahmacwilson