Salah Ukur Bacaan Jadi Tidak Tepat, Dr Ini Tunjukan Cara Yang Betul Guna Pulse Oximeter. Take Note Semua!

Share

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Pulse Oximeter adalah alat yang digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung dan paras oksigen dalam darah. Paras oksigen normal adalah di antara 95%- 99% dan kadar denyutan jantung normal adalah di antara 50 – 90 seminit.

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Apa yang pasti, peranti itu adalah alat bacaan kadar oksigen dalam darah bagi memantau tahap oksigen pesakit Covid-19. 

Individu yang mencatatkan bacaan bawah kadar normal perlu dibawa ke hospital.

Seterusnya untuk lebih lanjut ikuti perkongsian oleh Dr Zubadi Hj Ahmad mengenai penggunaan Pulse Oximeter dengan betul. 

KETAHUI BACAAN PULSE OXIMETER

Tahukah anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda? Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:

1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.

2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran

3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.

4.Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.

5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.

6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.

Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.

Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad  KKMalaysia

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520