
Kini ramai yang sibuk menyediakan kuih raya. Namun dalam kesibukan membuat kuih raya pasti ada kejadiah kuih raya tak jadi.
Buat amatur tentunya ia perkara biasa misalnya kuih tak rangup, biskut tak jadi atau kek tak naik serta pelbagai lagi.
Begitu juga yang dialami oleh Sarifah Arieta apabila coklat yang hendak dicairkan tak menjadi cair dengan baik. Sebalikny berketul-ketul.
Namun mujur warganet membantu dengan memberi banyak tip yang diperolehi untuk memastikan coklat cair dengan sempurna.
Ikuti perkongsiannya.
Asalamualaikum…boleh tolong tak cam ne coklat sy ni dah jadi cam dodol tak boleh mencair ..padahal guna cara doble boiler..dah kukus pon macam tu jugak…cam ne nak buat ni..dah 30 mnt tak mencair jugak..
INI TIPNYA
TIP 1
TIP 2
TIP 3
TIP 4
TIP 5
TIP 6
TIP 7
TIP 8
TIP 9
Semoga 9 teknik ini dapat membantu membuat kuih raya dengan sempurn. Selamat mencuba!
Sumber: Sharifah Arieta
Kisah Inspirasi
Kisah Inspirasi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my
3 Resipi ‘Rare’ Kulit Rambai, Menu Tradisi Yang Tak Pernah Terjangka, Kena Cuba!

Siapa pernah makan menu berasaskan kulit rambai? Bagi masyarakat di Pantai Timur pastinya menu berasaskan kulit rambai ini menjadi satu kebiasaan.
Kalau berkunjung ke kedai makan di sekitar Pantai Timur pasti menu yang satu ini sentiasa ada. Malah jadi makanan tradisional yang cukup digemari.
Tahu tak selain menu Masak Lemak, ada banyak lagi resipi yang boleh diolah daripada kulit rambai ini. Perkongsian tiga blogger ini di blog masing-masing buat kita rasa terliur. Nak cuba? Jom ikut resipi yang diberikan oleh mereka.

1. nedlinatalisz.blogspot.my
Perkongsian blog nedlinatalisz.blogspot.my agak menarik dengan menu Masak Lemak Cili Padi.
“Pernah makan tak? Nie lauk kampung. Tok yang ajar masak lauk nie.. dan kami start suka makan pun sebab dulu-dulu tok selalu masakkan.
KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
Semangkuk kulit buah rambai
Secekak pucuk puding mangkuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula
1. Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.
2. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk supaya nanti gulai kita tak terlalu masam.
3. Kisar cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat kemudian masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.
4. Renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
5. Garam dan gulakan dan biar dalam 5 minit. Kalau rasa kurang masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tu dah cukup buat kuah rasa masam.
6. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!

2. nooriahnaim.blogspot.my.
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh blog nooriahnaim.blogspot.my. Kulit rambai yang dijadikan sambal ini nampak hebat.
Ada tak yang tak pernah makan kulit rambai ni? Rasanya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah letak tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok. Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha…
SAMBAL BILIS GORENG KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis -dibersihkan
10 biji cili padi -dihiris kasar
1 biji bawang bombay -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 kuntum bunga kantan -dihiris kasar
1/2 cawan kulit rambai -dihiris kecil
Minyak secukupnya
Sedikit garam dan gula
1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup. Angkat
2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu kemudian masukan cili hiris dan kacau rata.
3. Masukkan kulit rambai dan kacau sehingga kulit rambai lembut.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang digoreng. Gaul rata dan angkat.

3. www.secubitgaramnor67.com
Resipi asli daripada Pantai Timur. Ini yang dikongsikan oleh www.secubitgaramnor67.com.
Bagi warga Pantai Timur terutamanya Terengganu pasti ramai yang tau dengan masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung selalunya buat masakan ni dan selalu juga dibuat time kenduri kecilan seperti kenduri arwah. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dengan partnernya.
SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
Buah rambai -ambil kulitnya sahaja
Petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula
1. Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
2. Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya untuk membuang rasa masam.
3. Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai ke dalam periuk.
4. Masak hingga mendidih dan masukkan santan pekat.
5. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Selamat mencuba!
Menu Wajib Bulan Puasa. Resipi Karipap Pusing Rangup Jadi Kegilaan Ramai

Kuih tradisional Melayu sememangnya antara makanan harian yang sangat popular terutamanya karipap. Karipap yang berasaskan tepung dan berintikan kentang, ayam, daging atau sardin itu sangat diminati oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia. Tak kira tua atau muda, karipap juga antara menu wajib ada di bulan puasa.
Salah satu jenis karipap yang menjadi kegilaan orang ramai adalah karipap pusing kerana tekstur kulitnya yang rangup dan seperti pastri. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan kulit karipap pusing yang cantik dan rapuh kan?
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini. Katanya resipi ini resipi turun temurun daripada ibunya. Jadi, kepada anda yang sudah lama berhasrat nak buat karipap pusing yang mudah dan sedap bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Karipap Pusing Rangup
Bahan-bahan:
Bahagian karipap:
Adunan Pertama :
- 1kg tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 450 gram air
- 1 setengah sudu kecil garam
- 1 biji telur gred B
- 2 sudu besar tepung jagung
Adunan Kedua:
- 500 gram tepung gandum
- 300 gram marjerin
- 1 sudu besar lemak sayur
Inti:
- 3 ulas bawang besar dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dicincang
- Segengam daging atau ayam dipotong dadu (lagi banyak lagi sedap)
- Satu paket rempah kari
- 3 sudu besar lada kering kisar
- Setangkai daun kari atau daun bawang
- 1 kilogram ubi kentang dipotong dadu
Cara Penyediaan:
Bahagian Karipap:
– Campurkan bahan-bahan adunan pertama. Uli sampai jadi doh.
– Campurkan semua bahan – bahan adunan kedua . Uli sampai doh.
– Bahagikan dan bulatkan kedua2 doh ni menjadi 12 biji. Means adunan pertama – 12 biji. Adunan kedua – 12 biji.
– Leperkan doh adunan pertama.
– Masukkan doh adunan kedua. Adunan kedua ni tak perlu dileperkan.
– Bulatkan dan canaikan. Gulung. Gelekkan sekali lagi & gulung sekali lagi.
– Potong ikut dalam gambar.
– Leperkan, masukkan isi inti, kelimkan bahagian tepi.
– Kalau nak buat frozen bakar sekejap dalam 10 minit dalam oven.
Inti: ( buat awal sebelum buat bahagian karipap)
– Masakkan kesemua bahan inti dan masak sampai empuk ( dalam 30+ minit). Satu adunan dapat dalam 50 biji atau lebih.
Sumber: Muhammad Ali
Serbuk Colek Dari Air Tangan Sendiri, Boleh Sesuaikan Ikut Citarasa. Memang Puas Hati!

Membayangkan sedang menikmati mangga muda sahaja sudah boleh buat kita kecur liur jadinya. Apatah lagi bila ada di depan mata, boleh buat tidak sabar untuk menikmatinya.
Lagi sempurna jika mangga yang ingin dimakan turut tersedia bersama colek yang dibuat daripada air tangan sendiri. Oleh itu, di sini turut dikongsikan bersama resipi untuk menyediakan serbuk colek untuk anda nikmati.
Selamat mencuba.
Serbuk colek
Bahan-bahan:
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
3 inci belacan
2 cawan gula pasir
Cara Buat:
1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.
2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.
3. Sedia untuk dimakan.
sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN