Bisnes

Salah Pakai Produk Buat Kulit Breakout, Ikut Tip Dr. ANA Terus Muka Glowing Semula

Share

Ramai tidak menyedari bila usia semakin meningkat, kulit wajah akan bertukar kasar dan kusam jika tidak dijaga dengan baik. Namun bagai tiada solusi, ada yang membiarkan ianya berlaku tanpa ada sebarang tindakan mahupun rawatan.

Tindakan ini menjadikan kulit wajah kita tua sebelum waktunya dan wajah menjadi lebih berusia. Lebih membimbangkan apabila tompokan-tompokan hitam jelas kelihatan dan sukar disembunyikan.

Berkongsi solusi bagi masalah yang sering di hadapi oleh masyarakat terutamanya yang berusia 30 tahun keatas ini, Dr. Sharifah Najwa yang merupakan salah seorang doktor utama di Klinik Dr. Ana mengatakan bahawa pentingnya seseorang untuk mengetahui jenis kulit yang dimiliki bagi mendapatkan produk yang sesuai dan jenis rawatan yang diperlukan.

Penggunaan sunscreen dan pelembap haruslah dimulakan pada usia yang muda kerana ianya dapat mencegah jeragat dari timbul.

“Pemakaian sunscreen pada usia 35 tahun ke atas, berkemungkinan hanyalah untuk merawat sahaja kerana apabila jeragat sudah timbul, ianya sukar untuk dihilangkan kerana perlu menjalani treatment yang sesuai dengan masalah kulit yang dihadapi.

“Selain itu, kita kena tahu jenis kulit, salah pilih produk yang sesuai dengan kulit akan membuatkan kulit rosak.’

Disebabkan itu, terdapat pelbagai rawatan kulit disediakan apabila anda mengunjungi Klinik Dr Ana yang terdapat hampir 11 cawangan di seluruh negara.

Terbaharu, Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia.

Pembukaan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan dan rawatan moden dan inovatif. Klinik Dr Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.


Menurut Dr. Fatin Amira yang merupakan salah seorang pengasas Klinik Dr. Ana, klinik ini mempunyai visi yang besar untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia. Mereka merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan ke kawasan strategik lain seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang kerana cawangan sebelum ini lebih di tekankan di utara Malaysia.

“Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.