Salah Ker Anak Lahir Bulan 12? Ibu Sebak, Ada Kata Lembab Belajar!

Share

Betul ker anak lahir bulan 12 atau disember dikatakan lembab belajar? Siapa yang tak sedih jika ada tanggapan begitu.

Begitulan sikap manusia ini mempunyai pelbagai peel. Hal keluarga kita sendiri pun kadang kala menjadi bualan orang ramai.

Bukan itu sahaja, bilangan anak atau bila anak lahir pun jadi pertikaian. Siapa sangka wanita ini, Cik Puan Ammy Tulis mendapat pertanyaan yang sinis.

Dia tidak menyangka ketika sedang berniaga didatangi oleh seorang wanita  yang bertanya umur anaknya.

Katanya, anak yang lahir bulan 12 ni lambat perkembangannya, malah pembelajaran pun lambat.

KENA SINDIR ANAK LAHIR BULAN DISEMBER

Salah kah lahir bulan 12…?

Anak saya dilahirkan awal bulan 12… Jadi saya nk tanya para pembaca, salah ke lahir bulan 12..?

Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sedangkan kita sediri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza. Saya pernah di sapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga. Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.

Makcik : Dah berapa bulan ni…?

Sambil tangan memilih selipar baby.

Saya : Dah nak masuk 8 bulan.

Makcik : Dah pandai apa yer…?

Saya : Owh…! Dah boleh duduk dan guling-guling.

Makcik : Lambatnyer… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah… Dah tumbuh gigi pun 2 batang… Orang dah makan nasi nanti awk mkn bubur lagi yer syg..

 

Sambil cuit-cuit pipi ank saya..

Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12… lambat anak nak besor… lembab nanti nak belajar.

Erkkkk…camtu plk… Bisik hati saya.

Makcik : Berapa ringgit selipar ni…

Saya : 10 ringgit jer acik..

Makcik : Haisssh… Tak dapat kurang lagi ke… 8 ringgit dah la… Untuk cucu makcik baru nak ‘dapat kaki’ ni haaa …

Saya : 10 ringgit dah murah acik…

Tak jadi dia beli selipar tu.
Saya tengok mata anak saya… Tak apa lah dik… Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu… Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa… Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu… Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas… Senyuman sentiasa ada bersama kamu… Sayang kamu anak mama…

Sekarang, awal bulan 12 ni dah nk masuk 4 tahun pun dia… Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi… Alhamdulillah ternyata apa yg di katakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata…

Sumber: Cik Puan Ammy Tulis

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club