Sakit tekak antara gajala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Umumnya bila sakit tekak sering berkait dengan demam dan selsema dan ketika itulah juga selera makan pun terganggu, dek kerana tekak terasa perit untuk menelan.

Membangkitkan keinginan untuk makan, biasanya orang dulu-dulu menyarankan untuk menikmati hidangan panas seperti bubur nasi, sup dan sebagainya. Pun begitu, sebelum kita cuba membangkitkan selera makan, ada baiknya kurangkan keperitan tekak tersebut dengan mengambil makanan sejuk sebagaimana yang disarankan oleh doktor.

Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh doktor Nik Hisyam ini. Jom semak.

Al-kisah Ais-Krim dan Sakit Tekak

Jika demam, sakit tekak, tak lalu makan..Agak-agak mak-mak kita bagi kita makan apa ye ?

Haaa… sah-sah majoriti jawab: BUBUR nasi panas-panas..(ni memang jawapan classic lah ni.. tak pun drive-thru bubur ayam Mc Donald )

Budak.. demam, sakit tekak.. agak-agak lalu tak dia makan?
Orang dewasa pun tak larat nak makan apatah lagi budak kan?

Okay, pilihan lain.. ?
Ais cream?
Boleh ke tidak sebenarnya?

Ada dua pendapat untuk ais cream dan sakit tekak.

Pendapat 1:
Dibolehkan dan amat digalakkan jika sakit tekak dan merah.
Kerana:
1. Effect sejuk pada tekak yang radang akan mengurangkan kesakitan (sejuk=kurang radang)

Pendapat 2:
Tidak digalakkan jika anda penghidap penyakit Asthma dan anda tak suka ais cream
Kerana:
1. Makanan yang sejuk boleh menyebabkan serangan Asthma

Jadi, jika anda atau anak-anak anda tidak menghidapi asma atau lelah,tak ada masalah untuk memakan ais krim, malah ianya akan dapat melegakan lagi sakit tekak yang dihadapi.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama buat semua pembaca.

Dr Nik Hisyam,
Pakar Resdung, Sinus, Telinga dan Tekak Anda,
SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
Seksyen 19, Shah Alam

03-55434162 / 010-9783839

Sumber : NH ENT Specialist