Kesihatan

Sakit Tekak Anak Kecil Jangan Dibiarkan, Ni Mak Ayah Patut Buat!

Share

Sama seperti kita, anak kecil kita juga pernah berdepan dengan masalah sakit tekak yang memeritkan. Apa nak buat bila anak mengadu sakit tekak?

Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, jangan dibiarkan lama-lama kerana anak boleh diserang masalah lain seperti penyakit tonsilitis. Ikuti perkongsian beliau.

Tiga cara untuk legakan sakit tekak anak yang kecil.

1. Antara tanda yang merisaukan bila anak dijangkiti penyakit tonsilitis ialah meleleh air liur yang berlebihan.

2. Selalunya anak ini tak lalu nak makan atau minum. Badan jadi lemah dan demam pun tinggi.

3. Tonsilitis ialah radang pada tonsil yang terletak pada bahagian belakang tekak.

4. Air liur mereka meleleh sebab tekak mereka sakit sangat. Anak ni tak sanggup nak telan air liur sendiri sebab setiap kali menelan, sakitnya Allah saja yang tahu.

5. Akhirnya anak perlu masuk ke wad dan diberikan air garam melalui darah (intravenous drip)

Sebenarnya ada cara lain untuk legakan sakit tekak anak tu. Saya kongsikan.

1. Makanan makanan yang sejuk.
Makanan yang sejuk ni boleh buatkan tekak anak rasa lega dan kurang sakit. Di hospital ada menu khas untuk kanak-kanak ni dipanggil ‘ice cream diet’.

Contohnya, bubur dan ada aiskrim perisa vanila di dalam bekas. Mungkin dapat 1-2 kali sepanjang tinggal di wad.

2. Minum air teh suam bersama lemon.
Ni pun boleh legakan rasa sakit pada tekak.

3. Guna Aloclair Plus Spray
Boleh dibeli di farmasi dan bila disembur pada tekak anak, kuranglah rasa sakit tu.

Tonsil yang bernanah macam dalam gambar ni selalunya dah dijangkiti bakteria. Laju-laju bawa anak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan okay.

Dan tiga cara ni sesuai untuk anak yang kecil. Tips lain seperti air garam, tak sesuai untuk anak yang belum pandai berkumur.

Dalam masa 5-7 hari, selalunya tonsilitas ni akan beransur sembuh dan selera anak pun bertambah elok.

Tolong saya sharekan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu.