
Beli karpet letak kat rumah untuk selesa duduk dan nampak kemas pada rumah. Tapi yang tak bestnya, bila dah lama guna mulalah hujungnya terkepak! Bila lalu lalang, salah jalan boleh tersadung dah tak pasal-pasal luka sana sini jadinya.
Dah cuba untuk kepak balik, tapi masih lagi tak jadi elok seperti asal. Sampai buntu jadinya! Kalau nak tukar karpet, karpetnya masih ok. Rugi pula nak tukar!
Tak payah fikir banyak, ikut je cara yang diajar oleh seorang pengguna laman Tiktok ini, @julespitch mengenai cara untuk luruskan balik karpet yang terlipat.
CARA UNTUK LURUSKAN KARPET
1. Ambil kain basah atau lembab. Letakkan ke atas karpet yang terlipat tadi.
2. Kemudian, ambil iron baju dan on kan macam biasa. Tak kisah iron jenis apa sekali pun janji panas. Lalu gosokan ke atas karpet yang telah diletakkan kain yang basah tadi. Gosok macam biasa sahaja. Macam iron baju. Lama-lama bahagian kepak akan terus lurus balik.
Kenapa tak boleh terus iron ke atas karpet tanpa perlu alas? Ini kerana akan menyebabkan kesan pada permukaan iron tersebut.
Dah siap! Karpet dah lurus.
ARTIKEL LAIN :
Nak Kawin Sebab Apa? Ustaz Ini Kongsikan 3 Perkara Yang Harus Anda Buat Sebelum Kahwin – KELUARGA
Mengadu Sakit Perut, Anak 6 Tahun Meninggal Dunia Dalam Pangkuan Ibu – KELUARGA
Sumber: Tiktok @julespitch
Pertama Kali Buat Pun Menjadi, Wanita Ni Share Cara Buat Bunga Sabun!

Rumah kalau tidak dihias dengan bunga hiasan tentu nampak kaku dan kurang berseri, betul bukan?
Apatah lagi menyambut Syawal yang tidak lama lagi akan dirai. Kalau boleh, kita semua mahukan rumah terhias indah.
Walau sedia maklum tiada tetamu yang bertandang ke rumah kita, namun bila dihias cantik dan kemas boleh buatkan kita sekeluarga merasai kemeriahan beraya dengan mood dekorasi baharu.
Oleh itu, memberi keserian pada ruang kediaman, apa kata kali ini mencuba menyuntik keindahan ruang dengan sentuhan DIY gubahan bunga sabun.
Bunga sabun ini nampak sangat cantik dan bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah sukar.
Nak tahu lanjut, ini bahan yang perlu ada. Jom semak.
Memang tak pandai nak buat bunga sabun.. Tapi bila dah tengok kat group ni ramai yang buat.. Dan lawa² semuanya.. Terus rasa nak buat jugak².. Sentuhan pertama.. Boleh laa… Hehe
bahan-bahan:
Tepung jagung-tak sampai setengah cawan.. Saya tabur² je..
Gam-1 sudu besar
Sabun-seketoi
Air panas-hanya sedikit sahaja.. Haaa ramas² dengan tangan..
Tepung jagung tak yah banyak.. Ada yang guna sampai 1cawan.. Air pun sikit sahaja.. Masa tuang tu ramas2.. Kalau macam tak cukup air ramas jugak.. Sebab air sikit pun dah cukup..
Tapi kalau macam terlampau sikit nak tambah air hanya sedikit je ye sis..
Ekstra tip
Lagi 1 masa nak bentuk, sambil-sambil celup jari kat minyak.. Minyak Jonhson pn boleh.. Baru nampk licin dan senang bentuk..
Kekal berkilat
Bunga warna peach tu sabun jenama harmoni lepas buat saya sapu minyak rambut..haha.. Tp tak kekal pun kilatnya..
Yang bunga merah saya guna sabun fruitale lepas buat tak sapu minyak cuma masa nak buat je sy celup kat jari sebab senang nak bentuk.. Tapi masih berkilat..
Campur semua bahan uli sampai jadi doh, lepas tu simpan dalam bekas kedap udara biar semalaman.. Esok uli lagi dan boleh bentukkan bunga dah ye…
sumber : Izz SyilaZaini via Gubahan Bunga Cantik
‘Suami Ingat Saya Kena Covid.’ Dynas Mokhtar Kongsi Reaksi Suami Bila Dapat Tahu Hamil Anak Ke-4. Kini Miliki Syampu Sendiri Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil

Siapa tak kenal dengan pelakon, pengacara dan ahli perniagaan terkenal, Dynas Mokhtar yang sememangnya seorang yang aktif dalam bidang seni dan juga perniagaan.
Mengenali wanita ini, dia sememangnya seorang yang amat menitik berat soal kesihatan luaran dan juga dalaman.
Walaupun kini sedang hamil anak ke-4, Dynas masih lagi aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang telah pun dirancangkan sejak sekian lama.
Berkongsi detik bagaimana tahu dirinya hamil, pelakon, pengacara dan juga ahli perniagaan ini berkata;
‘Its an accident guys. Kalau tengok instagram saya, saya work out a lot. Tapi tiba-tiba tengok perut buncit. Perut nak period lain, dia kebawah.”
Saya cakap dengan suami..
“Eh .. You buat i pregnant yeh? “
“Jadi bila i check, bila birthday suami, saya letak dalam box (pregnancy test).”
Bila suami bukak kotak tersebut, dia ingatkan saya kena covid.
Kata Dynas lagi, oleh kerana mengandung secara tidak langsung telah mengurangkan aktivitinya.
“Saya boleh pergi ke spa, saya boleh uruskan restoran dan saya boleh buat macam-macam.’
“Alhamdullilah.. Its a girl. “ Kongsi Dynas mengenai jantina kandungannya itu.
Kata Dynas lagi, sepanjang kehamilan ini dia lebih berhati-hati memandangkan usianya sudah mencecah 40 tahun. Setiap kali scan, dia akan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik memandangkan dia mempunyai pengalaman trauma sewaktu kehamilan pertama dulu.
Baru-baru ini, Dynas telah melancarkan Syampu Wellsen x Dynas yang berlangsung di Wanra Cafe, Bukit Jelutong.
Setiap kali tampil dengan produk, ramai yang ternanti-nantikannya kerana yakin setiap yang dikeluarkan oleh Dynas pasti sesuatu yang bermutu memandangkan Dynas sememangnya seorang yang menitik beratkan banyak faktor terutamanya menganai kesihatan.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Apa yang menariknya mengenai syampu ini adalah ia akan membuatkan rambut, kulit kepala kekal segar, lembap selama 48 jam, dan kurangkan rambut gugur kerana formula yang digunakan tidak ada bahan seperti paraben, silikon, SLS dan SLES (Sodium Lauryl Sulfate) dan (Sodium Lauryl Ether Sulfate).
“Selain daripada tiada bahan kimia, produk ini juga ‘vegan friendly’ sebab kita tak guna ‘animal derived ingredients. So don’t worry!’,” kata ibu hamil yang kini usia kandungan mencecah enam bulan itu.
Jelas Dynas, beliau berhadapan isu kelumumur dan keguguran rambut setiap kali hamil.
“Perubahan hormon, stres dan salah produk antara punca masalah keguguran rambut, tambah lagi jika rambut sering diwarnakan akan menyebabkan ia rosak dan kering.
“Jadi saya tercari-cari produk penjagaan rambut yang sesuai sehinggalah menemui salun rambut terkenal, Wellsen.
“Pelbagai ilmu mengenai penjagaan rambut saya belajar termasuklah pentingnya bahan Aqua Cell yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala daripada kering.
“Saya juga mementingkan bahan organik dan mesra vegan atau tidak mengandungi bahan atau ujian pada haiwan dalam kandungan dalam produk penjagaan rambut.
“Jadi akhirnya saya dan Wellsen setuju untuk menghasilkan syampu Wellsen X Dynas yang berasaskan Aqua Cell serta bahan organik untuk menyelesaikan masalah rambut rosak dan gugur.
“Saya sudah gunakan syampu ini lebih setahun sebelum setuju untuk melancarkannya kepada umum kerana sebelum beri orang guna, kita perlu melihat sendiri hasil pada tubuh kita,” katanya yang memiliki rambut panjang dan lebat.
Ini kerana, katanya, terdapat kandungan berbahaya dalam sesetengah produk syampu yang membolehkan rambut tampak cantik dengan cepat tetapi akan merosakkan jika digunakan dalam jangka panjang.
“Produk ini 100 peratus buatan Malaysia, dimiliki pengusaha anak Malaysia, jadi, mereka mahu berikan terbaik dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut mesra vegan dan organik,” katanya.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Berita Gembira, Tahun Ni Gaji Pekerja Dijangka Naik 20% Mengikut Industri!

Siapa sahaja yang tidak gembira bila membaca laporan berita yang mengatakan akan ada penyelarasan gaji baharu buat kita semua sebagai pekerja.
Difahamkan pekerja di negara ini dijangka menerima pelarasan gaji antara tiga hingga 20 peratus bergantung kepada industri, dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.
Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang diterbitkan oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia terbesar dunia, Randstad dalam laman webnya memberitahu bahawa kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di Malaysia memberikan kesan terhadap kemampuan rakyat untuk membiayai barangan keperluan serta gaya hidup.
Laporan itu memaklumkan, gaji dan kerjaya juga tidak berkembang sepanjang pandemik Covid-19 apabila syarikat-syarikat membekukan pengambilan pekerja, kenaikan gaji dan pembayaran bonus pada 2020.
“Bagi bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah, syarikat sedang menyemak semula penanda aras gaji masing-masing bagi mengekal dan menarik bakat baharu,” kata Randstad dalam laporan berkenaan.
Selain itu, laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 mendedahkan terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri iaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.
“Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih cermat, dengan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.
“Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalam industri pembuatan pula berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi, pendigitalan serta pengalaman,”kata laporan berkenaan.
Sementara itu, pembangunan hartanah dan infrastruktur dalam industri pembinaan akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk pekerja tempatan, namun boleh menimbulkan masalah dengan jurang kemahiran yang berterusan.
Sumber : Sinar Harian