
Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Anak Darjah Satu Dan Pra Sekolah, Cikgu Ini Ada 10 Pesanan Untuk Ibu Bapa Bila Anak Mula Bersekolah. Barulah Semangat Ke Sekolah!

Setelah sejak tahun lepas murid sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia menikmati ‘cuti panjang’ akhirnya bakal memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan Mac ini.
Merujuk kepada pengumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh negara akan hadir ke sekolah bermula 1 Mac ini.
Bagi murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam, mereka akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac ini.
Sudah pastinya ada anak-anak teruja untuk menghadiri sesi persekolahan untuk berjumpa teman-teman. Namun bagi anak-anak pra sekolah dan tahun satu pastinya ia suatu dunia baru buat mereka. Malah situasi norma baharu mengikuti pembelajaran dengan SOP yang disediakan oleh pihak sekolah.
Sudah pastinya ada segelintir ibu bapa melahirkan rasa bimbang keadaan anak.
Untuk tenang hari pertama pesekolah anak-anak, ibu ayah ikuti perkongsian oleh guru ini. 10 tip boleh jadi panduan.
_______________________________________
Buat ibu bapa yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah. Ini pesanku.
- Anak sulung/tunggal kadang-kadang manja lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.
- Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.
- Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.
- Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.
- Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!
- Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!
Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam!
Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki. Kami tahulah.
- Buka spek hitam kalian bila berurusan dengan guru. Tahulah spek tu spek pasar malam je pun, bukalah. Nampak sombong dan berlagak.
Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.
- Jangan arahkan cikgu untuk ‘jaga’ anak manja kita.
“Cikgu, nanti cikgu pastikan anak saya makan bekal makanan yang ada dalam beg tu ya.”
“Cikgu, nanti cikgu pastikan anak saya solat Asar ya.”
“Cikgu. Semua barang anak saya jenama Smiggle. Botol air pula brand Tupperware. Cikgu pastikan tiada murid lain ambil ya.”
Ha, nampak macam permintaan biasa kan? Ketahui ia satu bebanan besar pada cikgu nak melayan anak kita seorang. Nak cari dia seorang waktu rehat semata-mata nak suruh anak kita makan bekal. Cikgu pun nak rehat dan makan juga.
- Maklumkan pada guru jika anak kita ada penyakit kronik seperti asthma, jantung dan seumpamanya. Ada kes cikgu tak diberitahu penyakit anak, kemudian ada aktiviti kelas yang memerlukan pergerakan yang aktif, tarian ke apa, lagi-lagi waktu PJK.
Anak diam tak cerita. Mereka pula lupa pesan ibubapa supaya tidak terlibah dengan aktiviti yang lasak dan boleh membahayakan mereka, maka mereka bermain dan menjalankan aktiviti dengan excited sehingga rebah, pengsan dan sakit.
- Satu rahsia aku bagitahu kau orang. Ibu bapa yang sangat bekerjasama, bertolak ansur dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Nak Setiap Pagi Tenang, Lakukan Ni Pada Pengakhiran Malam. Ustazah Ni Bagi Pencerahan!

Umumnya kita selalu dengar, apa sahaja emosi yang dizahirkan diawal pagi akan mempengaruhi mood kita untuk sepanjang hari.
Lantaran itu, saranan daripada ustazah Asma Harun ini sebaiknya difahami dan dipraktikkan. Bukan sahaja memastikan untuk memulakan hari dengan emosi yang positif, malah harus dilakukan bermula dari saat penghujung malam.
Bagainana caranya dan apa yang harus dilakukan?
Ayuh hadam perkongsian ini.
Bagaimana kita mengakhirkan malam sangat mempengaruhi bagaimana tenang dan senang kita bermula pagi esok. Selepas Isyak;
1. Solat Taubat
2. Solat witir
3. Surah AlMulk
Panggil semua ahli keluarga berkumpul, ini sangat penting walaupun hanya dalam 5 minit tetapi mempengaruhi ikatan kasih mesra, boleh backup apa yang kurang, kesilapan atau rasa bersalah kita pada anak-anak. Baca sama-sama sambil menadah tangan umpama doa
1. Surah al Ikhlas 3x
2. Surah al Falaq 1x
3. Surah An Nas 1x
4. Ayat Kursi 1x
Tiupkan pada kedua tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh setakat yang mampu dicapai. Zikir dan cara ini adalah sunnah Nabi SAW.
Kemudian, salam dan peluk semua sambil minta maaf dan ucap terima kasih. SubhanAllah.. Memang indah sangat sebuah keluarga mengakhirkan malamnya dengan cara yang mendamaikan. Moga kita semua masuk Syurga sekeluarga, Aamiin.
*Terpulang kepada masing-masing untuk tambahan amalan.
Ustazah Asma Harun
sumber : Asma Harun
Ini 21 Petua Meningkatkan Kasih Sayang Dalam Perhubungan Suami Isteri Setiap Hari

Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati. Tapi, kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa untuk menjaga hubungan itu dengan baik.
Jom semak 21 petua yang boleh bantu eratkan kasih sayang antara suami isteri. Dengan langkah-langkah mudah dan praktikal ini, anda boleh pastikan hubungan kekal mesra dan bahagia, walaupun setelah bertahun-tahun bersama. Jangan biarkan rutin harian menghalang cinta, mari kita buat supaya rumahtangga terus bahagia dan penuh kasih sayang!
21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Sumber: Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna