Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Wanita Ni Buat Tempat Penggantung Periuk Tanpa Keluar Duit. Hasilnya Memang Awesome!
Idea menggantung periuk di ruangan dapur agar terlihat kemas dan teratur, tentunya memerlukan rak atau tempat penggantung yang moden rekaannya.
Pun begitu, semakin canggih rekaannya tentu sahaja ada nilai harga yang tinggi untuk produk tersebut.
Namun jika dihasilkan sendiri dengan menggunakan apa yang ada, tentu sahaja ia cukup unik dan menjimatkan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Norrul Izani dalam menghasilkan rak penyangkut kuali miliknya.
Menurutnya, tempat penyangkut yang dihasilkan itu tiada modal diperlukan. Menarik bunyinya bukan?
Jom semak.
DIY tempat gantung kuali/pan/senduk/sodek/botol susu dan tempat letak botol2 sos masakan tanpa keluar duit. Hanya guna apa yg ada… Saya ni memang suka simpan benda-benda yang saya pikir berguna..sebab saya tahu, nanti mesti akan ada idea untuk dijadikan sesuatu..
Sebelum ni gantung je kat grill tingkap dapur.. asal boleh sangkut je..tapi tu lah..semak jer.. buat rak macam ni, baru la sedap mata memandang..
Gantung atas sinki sebab nanti lepas cuci terus sangkut, air yang menitik tak risau sebab terus jatuh dalam sinki..botol susu pun boleh sangkut situ.. jimat ruang.. pengudaraan
bagus..bersih. Cepat kering..
Bahan-bahan:
Jaring BRC
Bilah buluh
Playar
Cable tie
Cat kayu putih
Drill
Skru cangkuk
Gergaji
Penyangkut S
Cara buat :
1. Lipat BRC ilkut saiz yang anda suka.. yang tajam-tajam tu lipat guna playar. Jangan potong, nanti tajam..luka tangan.
2. Gunakan buluh sebagai tulang untuk menguatkan struktur binaan guna cable tie saja untuk ikat dan kemaskan..
3. Selepas cat, jemur bagi kering dulu..
4. Lepas tu boleh lah drill bahagian mana yang kita nak.. ukur ikut kesesuaian. Biar sesuai dengan tinggi tukang masak, kalau tinggi sangat takut nak kena panjat pulak nak ambik kuali kalau rendah sangat tunduk pula..
Selamat mencuba!
Sumber : Norrul Izani
“Bella Performed Well!” Tampil Bak Puteri Serlahkan Semangat & Keberanian Adik Bella
Seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun yang lebih dikenali sebagai Adik Bella hari ini dilaporkan hadir ke Mahkamah Sesyen untuk memberikan keterangan dalam prosiding tertutup tentang kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Zilfinaz pada prosiding sebelum ini berkata pihaknya memohon supaya seorang perantara dan peneman Bella dilantik mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk berada bersama remaja itu di sebuah bilik lain semasa perbicaraan dijalankan.
“Dua individu ialah pegawai psikologi dari Jabatan Peguam Negara Dr Nor Jumawaton Shahruddin selaku perantara dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Noor Faiidah Mohamed selaku peneman Bella,” katanya kepada Hakim Izralizam Sanusi.
Bagaimanapun, kehadiran adik Bella hari ini mencuri tumpuan khalayak apabila datang dengan ceria senyuman terukir indah, lebih kelihatan sihat berbanding ketika ditemui sebelum ini.
Malah yang paling menjadi perhatian adalah busana gaun berwarna biru yang sinonim dengan watak utama animasi tersebut, iaitu Puteri Elsa. Lebih manis, sebuah mahkota turut terselit rapi di bahagian atas tudung yang dipakainya.
Turut berada di tempat kejadian, seorang individu di laman Facebook miliknya, Mona Din berkongsi momen-momen ketika bertemu dengan gadis remaja itu. Malah dalam perkongsian terbaru, Puan Mona Din berkongsi meskipun tiada orang awam boleh masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung, tetapi adik Bella dikatakan berjaya memberikan kenyataan dengan sangat baik!
Perkongsian yang dibuat oleh Puan Mona Din turut menarik perhatian pengikut di laman facebooknya. Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang terus mendoakan kebaikkan untuk remaja istimewa itu.
Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber : Facebook Mona Din
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Menanam Tepi Rumah Pun Kena Suburkan Tanah Dulu. Ni Tipsnya!
Subur atau tidak tanah akan mempengaruhi kualiti tanaman yang ditanam. Bila mana tanah yang kita ada dilaman rumah tidak subur, pasti akan membantutkan minat untuk bercucuk tanam secara tidak langsung.
Apatah lagi jika setiap kali menanam, belum pun sempat pokok tersebut mengeluarkan hasil didapati tanaman tersebut mati.
Jadi ada baiknya, sebelum memulakan minat bercucuk tanam, perlu lihat dahulu kualiti tanah yang ada.
Digalakkan juga ikuti saranan ini agar tanah yang digunakan berada ditahap kualiti yang sempurna. Jom semak.
Salam 29 Januari 2020. Sambil-sambil tunggu anak depan sekolah ni,meh akak nak cerita sikit cara akak jaga dan rawat tanah akak. Sebab sebelum ni ramai berbunyi kata..alah..tanah sis memang sedia subur. Sebab tu pokok-pokok sis semua menjadi.
Takde maknanya..ada jugak yang kembali kerahmatullah sebelum berhasil..
Ni cara akak suburkan semula tanah sebelum akak tanam pokok-pokok ye..
Campuran tanah yang akak gunakan semuanya agak-agak.Tanah kompos + tanah bakar + tinja haiwan process(bukan yang fresh ye.Nanti pokok korang kiok,korang cakap akak ajar pulak.Kena simpan dulu sebulan 2 baru boleh guna) + cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus tu)+ kapur pertanian(bukan kapur masak or kapur kasut tu ye.Boleh beli di kedai pertanian or nusery).
Kalau ada kulit telor yang dah di tumbuk halus pun boleh je campur sekali.Tapi ni jarang akak campur sebab kena tunggu kulit telor banyak baru buat.
Ok..lepas tu gaul rata.Biarkan dalam seminggu dua.Kalau nampak ada pokok-pokok rumput dah mula tumbuh tu,bermakna dah boleh guna dah.Dah lepas alih tu,lepas seminggu dah boleh baja macam biasa.
Tanah ni pun macam manusia jugak.Kena bagi makan.Manusia pun asalnya pun dari tanah jugak kan.Sama dengan je..✌
Paham-paham sendirilah ye..
Selamat mencuba dan selamat berkebun.
sumber : Aimah Raiyan via Berkebun D Rumah