
Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.

Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.

Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.

Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Rupanya Ada Cara Mudah Keluarkan Sos Dari Botol Ni, Gosok-gosok Manja Je!

Melayan selera anak-anak dan keluarga di restoran tertentu dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan menjadi antara aktiviti menarik yang biasa dilakukan bagi memanfaatkan waktu hujung minggu bersama keluarga.
Pun begitu, berkongsi pengalaman ketika menikmati hidangan di Restoran Nando’s bersama keluarga, mungkin ramai antara kita turut mengalami kesukaran setiap kali untuk menuang sos ke dalam pinggan.
Almaklumlah botol sos yang digunakan berbeza dan kesukaran ini menyebabkan anak-anak tidak dapat lakukan proses menuang sos dengan mudah untuk dimakan bersama ayam kegemaran mereka.
Bukan sahaja anak-anak, bahkan kita orang dewasa juga memerlukan tenaga untuk menuang sos tersebut hingga pelbagai aksi perlu dilakukan. Antaranya seperti menepuk, menggoncang dan pelbagai teknik dilakukan untuk pastikan sos dapat dikeluarkan.
Pun begitu, siapa sangka rupa-rupanya ada teknik atau cara yang sangat mudah boleh dilakukan untuk membuatkan sos tersebut keluar lancar. Ini sebagaimana perkongsian seorang individu di akaun tiktok Nando’s Malaysia, sekali gus menjawab persoalan yang cukup popular ditanyakan mengenai botol sos yang digunakan di restoran tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan ini, pihak Nando’s Malaysia telah menunjukkan cara-cara untuk menuang sos dengan mudah dengan hanya perlu menggosok bahagian bawah botol semasa menuangkan sos.
Cara ini jauh lebih mudah dan selamat kerana pelanggan tidak perlu mengoncang botol sos dengan bersungguh-sungguh seperti yang selalu dibuat.
@nandosmy Replying to @amiiiiin93 ♬ original sound – Calimpitan Twins
Dengan video yang dikongsikan ini, semoga ianya memberi manfaat dan apabila meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen tidak menyangka sebenarnya ada cara mudah untuk menuang sos seperti yang dikongsikan. Malah tidak kurang juga ada yang berseloroh terhibur melihat tips yang ditunjukkan ini.
“Botol sos pun nak kasih sayang haih,” komen nasha.
“Lahhh kena usap dia rupanya takut jin pulak yang keluar nanti 🤣”, seloroh Sarah Airunara seakan tidak percaya.
“Dah satu kerja nak kene usap botol sos before makan haha,” tulis Nabila Ismail pula.
“OH BARU TAUUUUU MACAM TU HAHAHAH kk esok nak pergi,” komen Average Dude yang teruja mencuba tip yang dikongsikan.
ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Siapa Kata Susah Bawak Anak Autisme Naik Pesawat? Mereka Dapat Layanan VIP KLIA Terminal 1 dan 2, Siap Ada Bilik Terapi Sensori

Menjaga anak yang menghidap autisme bukanlah suatu tugas yang mudah lebih-lebih lagi anak-anak ini perlukan pengawasan rapi dari penjaga. Keselamatan mereka juga merupakan faktor yang sangat diutamakan memandangkan kanak-kanak ini mungkin akan bertindak di luar kawal dan agak sukar mengawal pergerakan dan emosi mereka.
Bagi penjaga pula, anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga serta mengawal pergerakan mereka lebih-lebih jika ada yang bertindak agresif.
Oleh sebab itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini, jarang membawa anak-anak mereka menaiki pesawat. Bimbang akan mengganggu penumpang lain dan mungkin kesabaran teruji jika kerenah mereka berlebihan.
Ini adalah kerana anak-anak autisme ini sukar untuk melalui sesuatu yang berbeza daripada rutin harian mereka dan akan cepat meragam jika berlaku perubahan dalam kehidupan mereka lebih-lebih lagi jika ianya drastik dan sangat asing bagi mereka.
Namun kini anda tidak perlu lagi risau, seorang wanita bernama Zinnirah Ajman yang kerap berkongsi ilmu keibubapaan di TikTok mendedahkan satu tip berguna untuk membantu membawa anak autisme berjalan-jalan.
Ternyata ketika di KLIA Terminal 2, ada disediakan satu program yang dinamakan sebagai Butterfly Lanyard.
Dalam program ini, ketika mendaftar di kaunter khidmat pelanggan di tingkat lima KLIA 2, anak-anak autisme akan diberikan satu tali tag nama yang membenarkan mereka menerima layanan istimewa di lapangan terbang.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Waktu saya nak naik penerbangan ke Sabah, saya cadang nak guna Butterfly Lanyard ni untuk anak saya yang autisme. Tiada bayaran dan free of charge. Ada available di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
“Program ini sangat membantu dan memang function sebab kanak-kanak autisme ni mereka tak boleh menunggu lama, nanti mereka akan mula meragam.
“Butterfly Lanyard ini akan berikan VIP access kepada anak kita, macam fast lane untuk mereka naik flight, express je rasa semuanya.
“Program Butterfly Lanyard bukan di bawah kendalian mana-mana syarikat penerbangan, ia adalah satu inisiatif di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Berikut adalah beberapa kemudahan dan kelebihan yang diperoleh melalui program Butterfly Lanyard.
1) Daftar masuk bagasi anda di kaunter dengan lebih pantas
Ketika beratur di barisan untuk mendaftar masuk bagasi ke dalam pesawat, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard akan diberikan keutamaan.
Masa akan banyak dijimatkan dan keluarga yang mempunyai anak autisme akan dapat ke kaunter dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.
2) Akses ke Bilik Terapi Sensori
Sementera menunggu untuk menaiki kapal terbang, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard boleh mengakses Bilik Terapi Sensori (sensory room).
Di sini mereka boleh bermain-main untuk mengisi masa lapang, Bilik Terapi Sensori boleh membantu kanak-kanak untuk menenangkan diri sebelum menaiki pesawat.
3) Penyediaan kereta buggy untuk ke pintu pelepasan
Sesiapa yang mempunyai Butterfly Lanyard tidak perlu risau untuk berjalan jauh ke dewan pelepasan kerana mereka sekeluarga boleh menaiki kereta buggy.
Satu kemudahan yang sangat membantu untuk mengelakkan si kecil dari tiba-tiba meragam kerana kepenatan.
Selepas ini jika anda hendak menaiki pesawat di KLIA atau KLIA 2 bersama anak-anak autisme, jangan lupa untuk memohon Butterfly Lanyard.
Semoga perjalanan anda akan lebih mudah dengan menggunakan kemudahan ini dan anak-anak gembira menikmatinya.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Ini Hadiah Kepada Ibu Bapa Yang Banyak Berkorban.” Anak Penebar Roti Canai Terima Anugerah Pelajaran Diraja

Kemiskinan keluarga dan melihat pengorbanan ayahnya, menyara keluarga sebagai penebar roti canai manakala ibunya hanya suri rumah menjadi pendorong kejayaannya hari ini.
Anak penebar roti canai ini juga mencatat kejayaan tersendiri apabila dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.
Lebih manis, Siti Madihah Situah, 24, turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).
“Sebaik diterima masuk di UMK sesi September 2016/2017, saya tekad belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah yang banyak berkorban bekerja sebagai penebar roti canai untuk membesarkan saya dan adik beradik lain.
“Ketika belajar saya turut membuat beberapa pekerjaan sambilan antaranya berniaga nasi bungkus dan air mineral di balkoni asrama memandangkan tidak mahu menyusahkan ibu bapa sepanjang pengajian.
“Alhamdulillah segala usaha selama ini berbaloi apabila dapat buktikan mampu capai kejayaan biarpun serba kekurangan,” katanya ketika ditemui dalam majlis konvokesyen itu di UMK Kampus Bachok.
Majlis disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan yang juga Canselor UMK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail dan mantan Ahli Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang turut menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) UMK.
Dalam majlis itu, Madihah menerima sijil dan pingat Pelajaran Diraja serta hadiah wang tunai RM5,000 dalam konvokesyen itu.
Seramai 2,062 penuntut UMK menerima sijil masing-masing membabitkan 17 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 38 graduan Ijazah Sarjana, 27 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 1,980 graduan menerima sijil Ijazah Sarjana Muda.
Menurutnya, dia bagaimanapun berasa sedikit ralat apabila kejayaannya tidak dapat dikongsi dengan ayahnya yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
“Ibu dan adik juga menumpang kereta bapa saudara dari Tanjung Karang, Selangor untuk meraikan hari konvokesyen.
“Kejayaan hari ini adalah hadiah kepada ibu bapa yang banyak berkorban untuk saya,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online