
Sering kali kita dengar orang sebut tentang sakit lutut, kadang bukan sahaja orang yang berusia tetapi yang muda juga turut mengalami masalah ini. Ada yang mengalami masalah sakit lutut ini apabila kerap berjalan dan ada juga mengalaminya selepas melakukan kerja-kerja berat.
Terlalu berlebihan atau tekanan berulang pada lutut mungkin menyebabkan kesakitan, tetapi juga mungkin pesakit mempunyai penyakit seperti gout atau arthritis.
Ada banyak jenis rawatan yang boleh digunakan termasuklah cara perubatan menggunakan bahan semulajadi. Salah satu perkongsian kesihatan tentang cara untuk menghilangkan sakit lutut adalah menggunakan buah lemon. Ternyata banyak manfaat yang ada dalam buah lemon ini ya!
PETUA HILANGKAN SAKIT LUTUT GUNA LEMON
Ramai kan sekarang ni yang ada sakit lutut. Hari tu Kak Ya ade share untuk minum. Hari nie Kak Ya share petua paling simple. Korang tak perlu minum tau, cuma letak je kat lutut yang sakit tu.
Bahan utamanya Lemon. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis. Jom tengok bahan bahannya.
Bahan-bahannya:-
-1 biji lemon
-Kain kapas
-Minyak bijan
Cara-caranya:-
1.Memula korang potong 1 biji lemon kepada potongan kecil.
2.Lepas tu bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas.
3.Celupkan kain ke dalam minyak bijan. Tak perlu banyak sangat ye. Agak agak basah je.
4.Lepas tu korang letak kan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Boleh buat 2 kali sehari hingga hilang sakitnya tu.
Mudah sahaja kan? Boleh cuba nanti!
Sumber: Leha Yusuf
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Rupanya Nak Semai Pokok Halia Kena Ambil Tunas Ajer Dan Guna Bawang Merah Jadi Ejen Penggalak Akar. Ikuti Cara Wanita Ini

Jika anda suka bercucuk tanam memang banyak manfaatnya. Bukan dari segi kos untuk ke kedai, tetapi masa pun jimat. Hanya petik ajer bahan masakan di halaman rumah.
Namun, nak tanam kena tahu cara yang betul jika tidak ada yang kecewa bila tanaman tak menjadi.
Antaranya cara tanam halia yang sering digunakan dalam masakan.
Halia atau nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan.
Sifat halia yang bagus buat kesihatan
Selalu kita dengar atau lihat mengenai mitos halia itu adalah bagus buat kesihatan manusia, bukan? Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sifat halia itu sendiri, berikut adalah sifat-sifatnya:
Antiradang
Keradangan merupakan satu fungsi semula jadi untuk melindungi tubuh. Kuman, bahan kimia dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan berlakunya terlalu banyak keradangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri.
Pengambilan halia boleh membantu menghalang dan menyembuhkan keradangan. Terdapat kajian yang mengatakan halia juga boleh mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan keradangan.
Antioksidan
Halia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung, penyakit neurodegeneratif seperti Parkinson, Alzheimer, dan Huntington, kanser dan simptom penuaan. Antioksida melawan spesis oksigen reaktif (ROS) yang dihasilkan tubuh secara semula jadi.
Pemilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti pengambilan alkohol terlalu banyak, merokok atau alami masalah tekanan kronik membuatkan tubuh menghasilakn ROS dengan lebih banyak.
Pengambilan makanan dan minuman dengan antioksidan seperti halia, boleh membantu mencegah dan melawan kesan sampingan negatif ROS – tekanan oksidatif dan merosakkan sel-sel tubuh.
Menguatkan imunisasi tubuh badan
Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.
Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol. Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
IKUTI CARA SEMAI HALIA , RUJUK GAMBAR.
Selamat mencuba. Menjadi cara ni.
Kredit: Nur Nurul
Lelaki Ni Kongsi Surah Mudahkan Isteri Bersalin. Rupanya Itu Juga Amalan Ilmuan Islam Yang Dijangkiti Covid-19!

Momen paling indah dalam hidup seorang wanita adalah apabila diri disahkan mengandung dan bakal melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Lengkap sudah fitrah hidup bagi seorang wanita apabila lahirnya si kecil tanda kasih dan sayang, sekali gus melengkapkan syurga kecil suami isteri.
Dalam menantikan si kecil ini, pasti isteri paling berdebar menantikan saat-saat untuk melahirkan. Pelbagai persediaan dilakukan. Namun, bukan hanya isteri, sang suami juga kena sama-sama memberi semangat dan berada di sisi suami kerana waktu inilah isteri amat memerlukan anda.
Sementara menantikan isteri melahirkan zuriat anda, suami mestilah mengamalkan bacaan doa untuk isteri yang sedang bertarung nyawa di wad bersalin. Ini sedeikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan. Saudara Haris Darus berkongsi beberapa surah yang boleh para suami amalkan untuk memudahkan isteri bersalin.
10 April adalah ulangtahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke karma bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan wabak-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar karma bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri.
Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.
Wanita Ni Kongsi Kisah Di Sebalik Talam Lauk Ayahbonda. Deep Perkongsiannya!

Lumrah kehidupan bila usia semakin tua, ingatan juga tidak setajam usia muda remaja. Pendengaran tidak berapa nyata, pandangan juga semakin kabur.
Ini sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang anak ini yang menjaga orang tuanya yang uzur.
Walau apa dugaannya, tetap sabar menjaga dan melayan orang tuanya dengan baik sekali.
Semoga apa yang tersurat dan tersirat dalam perkongsian ini akan menjadi tauladan buat semua dalam menyantuni orang tua dengan sebaiknya.
Talam Lauk Ayahbonda
Kisah 1:
Tengah hari semalam seorang kakak saya singgah di rumah ayahbonda ketika dalam perjalanan ke kedai.
Tanya kakak saya:
Ada apa2 yang nak dikirim tak?
Lalu jawab ayahanda:
Kalau ada sotong yang elok tolong beli sikit.
Berkerut juga dahi saya mendengar pesanan ayahanda itu. Terfikir juga saya di dalam hati. Sotong? Nak buat apa? Dalam peti ais pun banyak lagi sotong. Lagipun sejak PKP ni sudah beberapa kali saya masak lauk sotong. Saya lihat ayahanda tidak makan sangat pun.
Selepas kakak saya berlalu pergi,
saya pun bertanya Kepada ayahanda,
Sotong tu nak masak apa?
Jawab ayahanda saya dari atas kerusi rodanya, Sotong masak gulai (kari) sedap. Dah lama tak makan.
Lama juga teringin nak makan gulai sotong tapi tak ada siapa buat.
Saya terpinga2..
Baru 3 hari lepas saya masak kari sotong. Saya potong bulat2 sotong tu. Saya lihat ayahanda makan tapi ayahanda asyik mencedok kuahnya sahaja.
Ketika saya mencuci pinggan mangkuk pada malam tersebut, saya juga hairan mengapa kuah kari sahaja yang kering sedangkan sotongnya masih bergelimpangan di dalam mangkuk?
Tapi saya biarkan soalan itu mati di situ sahaja.
Namun persoalan itu terjawab sendiri tatkala saya berkata: kan 3 hari lepas saya baru masak kari sotong?
Jawab ayahanda..
Mana ada kari sotong???
Bapa tak nampak pun…..
Allahhu..
Hati saya meraung….
Kisah 2:
Kisah ini terjadi lebih kurang seminggu lebih yang lalu.
Seorang sahabat saya datang menghantar sebekas kari itik. Kari itik ni boleh dianggap makanan rare di langkawi. Memang susah nak jumpa di sini.
Kebetulan pada hari tersebut bonda berpuasa sunat rejab walaupun keadaan diri sangat uzur. Puas saya menghalang namun bonda tetap berkeras.
Ketika saya menyusun hidangan lauk di dalam talam untuk makan tengah hari, berkali2 bonda memesan kari itik itu simpan sikit untuk mak.
Walaupun saya sudah cakap ya,
bonda masih lagi memesan.
Teringin sungguh agaknya.
Sehinggalah sampai waktu berbuka,
saya gubah talam lauk bonda macam biasa. Biar semua tersusun rapi dalam mangkuk yang serba bersih. Memang itu style saya.
Semua lauk ada termasuk kari itik. kuih-muih pun ada. Air kosong, air manis dan nasi siap saya hidangkan.
Lalu saya minta diri pada bonda untuk bersolat maghrib awal kerana anak2 menanti untuk membaca quran. Maksudnya saya tidak menemani bonda berbuka puasa seperti 2-3 hari yang lalu.
Selepas solat isyak, big boss, ayahanda dan anak2 makan nasi berlaukkan hidangan yang saya sediakan untuk bonda berbuka puasa sebentar tadi.
Setelah selesai saya lihat semua hidangan hampir licin jadi mudahlah untuk saya mengemas.
Namun,
tatkala saya melangkah keluar dari bilik sekitar jam 5 pagi keesokan harinya, saya lihat bonda yang dalam keadaan lemah sedang bertahajjud di tempat solatnya.
Sebaik menyedari kelibat saya lalu bonda berhenti daripada membaca alQuran dan bertanya:
Mana gulai itik yang mak suruh simpan semalam?
Allah..
Terkedu saya seketika..
Mak, saya hidang gulai tu dalam talam. Saya letak betul2 di hadapan pinggan mak.
Mak tak makan ke?
Soal saya dalam nada terkejut!
Jawab bonda sayu….
Mak tak nampak pun gulai tu…….
Allahhuakbar..
Air mata saya berderai di hening subuh itu…
Konklusinya:
Daripada dua kisah ini,
maka ada satu perkara yang saya faham.
Tatkala ayahanda dan bonda sudah berusia maka banyak deria yang mereka miliki Allah telah ambil kembali satu persatu.Pandangan semakin kabur, ingatan semakin kurang, tenaga semakin lemah,
dan deria rasa juga kian terhakis.
Maka tanggungjawab kita bukan sekadar memasak dan bukan juga sekadar menghidangkan cantik2.
Namun kita harus duduk bersama, bercerita tentang setiap hidangan, mencedok, mengupas makanan, membuang tulang atau apa sahaja yang perlu sepertimana apa yang mereka lakukan ketika kita masih kecil.
Maka hari ini,
saya memasak kari sotong lagi. Saya tidak potong sotong itu. Biar besar2 supaya senang ayahanda saya nampak.
Sebelum ini banyak kali saya lihat ayahanda mencedok kuah, namun yang masuk ke pinggan sedikit sahaja.Yang lain semua tumpah ke meja.
Saya terlupa bahawa mata ayahanda sudah kelabu.Aim ayahanda sudah tersasar.Bersalahnya saya..
Jadi..
Hari ini saya cedok banyak2 kari sotong itu ke pinggan ayahanda walaupun ayahanda menolak.
Untuk bonda juga begitu.
Isi ketam saya keluarkan dan saya susun di tepi pinggan ayahanda.
Bonda mahu makan ketam sendiri. Saya biarkan.
Kesimpulannya
kita selalu berusaha untuk berbuat baik kepada ayahbobda. Kita sedih apabila kebaikan itu ada kalanya seolah2 tidak dihargai oleh mereka.
Hakikatnya kita yang terlupa bahawa kebaikan yang kita tabur itu harus seiring dengan usia ayahbonda kita yang kian terhakis ditelan masa.
Hargai Selagi Masih Ada.
Stayathome.
Hikmah dalam duka.
sumber : Busseroa Abd Jalil