Musim perayaan ini pastinya kita akan banyak berjalan sepanjang hari. Selesai sahaja beraya ada juga yang menyambung pula bercutian kerana masih lagi bercuti. Hal ini membuatkan kita terpaksa banyak berjalan dan masalah sakit kaki atau tumit adalah perkara biasa.
Pun begitu bila malam hari ada baiknya anda melakukan sesuatu untuk meredakan masalah ini. Maklumlah esok harinya pasti akan kembali menyambung ziarah raya.
Oleh itu, segera atasi masalah ini dengan amalkan minuman ini yang dikongsi oleh Asfalela Jazuli di dalam Fbnya.
Sekadar mencuba, mana tahu ia sesuai dengan tubuh anda. Jom cuba.
Bahan-Bahan:
3 batang serai- diketuk
Halia sebesar Ibu jari- dihiris
Suku biji lemon-dihiris
Caranya.
1. Rebus kesemua bahan tersebut di dalam periuk.
2. Biarkan sejuk seketika.
3. Kemudian sedia untuk diminum.
4. Jika ingin rasa lebih enak, tambahkan 1 sudu madu semasa ingin menikmatinya.
2 Cara Lain
Cara lain yang anda boleh lakukan adalah.
Rendam Kaki Dengan Garam
Ambil garam kasar atau garam bukit dan kemudian rendamkan di dalam air suam. Biarkan sedikit panas supaya garam boleh mencair. Rendamkan kaki anda hingga paras buku lali hingga air sejuk. Biarkan tubuh relaks.
Tungku Kaki
Jika ada masa lebih, panaskan tungku elektronik atau tungku asli kemudian kenakan pada tapak kaki dan kawasan sekitarnya. Tubuh lebih rasa relaks malah kaki juga dapat dilonggarkan ketegangannya.
Wajib cuba ya!