Perkongsian wanita ini tentang apa yang dilaluinya dalam bab memberi hutang cukup terkesan dalam kehidupannya.
Jadikan pengajaran agar kita dapat hidup lebih tenang tanpa ada rasa sakit hati, dendam dan benci dalam diri seperti apa yang dilaluinya kini.
Jom semak perkongsiannya.
8 tahun lepas, ada seorang kawan saya pinjam duit RM 300. Ini kali pertama dia pinjam dari saya.
Waktu itu, kita di zaman 20-an dan dapat biasiswa JPA pula. Setakat banyak tu, memang tak jadi hal.
Ditambah pula dengan janji manis dan rayuan pakej bersama deraian air mata, maka sepantas kilat saya transfer ke akaunnya.
Selang 2 minggu selepas itu, dia call lagi. Hati saya jadi tak keruan. Tak diangkat, takut dia mahukan nombor akaun, nak diangkat, takut dia mahukan sejumlah wang lagi.
Setelah berdering kali ke 3, saya jawab penggilannya.
“Long, aku stuck kat airport. Nak balik Langkawi tapi aku terlambat sampai. Kereta member rosak tengah jalan. Tolong long. Aku terdesak sangat ni. ”
Saya memang kak long kawasan time tu. Zaman kegemilangan lah katakan.
Sekali lagi, sepantas kilat saya transfer ke akaunnya RM300.
Ads
Tahun demi tahun pun berlalu. Dan saya telah diblock dari semua media sosial miliknya.
Zaman saya mula-mula jadi suri rumah, saya ‘buru’ dia semula. Iya, RM600 bukan lah banyak mana. Tapi sangat cukup untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.
Saya bukan sekadar gagal dapatkan jumlah itu, tapi turut hilang kawan sebagaimana hilangnya sebuah kepercayaan.
Itu terakhir kalinya saya pinjamkan duit pada orang. Selepas itu, saya hanya pinjamkan duit pada adik beradik sahaja. Cukuplah!
Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang kawan yang belum lama saya kenal.
Ads
Terbincang pula tentang bab hutang. Dia kata, dia dah halalkan hutang orang padanya sebanyak 50K.
“awak gila ke? 50K awak. Bukan 50 sen!” kata saya sambil membuntangkan biji mata.
Rupa-rupanya, memang dia gila. Dia gila pahala.
“Lama saya simpan sakit hati, dendam, dan benci pada peminjam tu. Dekat 4 tahun juga saya cuba minta duit saya semula. Dah serupa peminta sedekah. Saya dihalau dari rumahnya tak ubah seperti anjing kurap.
Ustaz kata, sakit hati, dendam, benci boleh jadi penyebab tersekatnya rezeki. Bukan rezeki dia saja yang tersekat, tapi rezeki saya juga. Dalam hati saya ni penuh dengan kemarahan dan dendam pada dia.
Rezeki dia nak tersekat, lantak dia! Tapi, saya tak nak rezeki saya tersekat. Anak-anak pun kerap tak sihat. Saya decide untuk halalkan saja seikhlas hati. Dia nak bayar, silakan. Dia tak nak bayar, terpulang.
Ads
Bila saya tak fikir lagi pasal duit tu, pasal perbuatan si peminjam, saya rasa jauh lebih tenang, selesa, aman dan rasa lebih sihat. Makanya, saya halalkan saja. ”
Allahuakbar.
” Aku ni setakat RM600 je kot. Pun dah sasau macam tu.” kata saya dalam hati kecil yang terkadang mahu mengikhlaskan saja, 1 masa yang lain, rasa marah pula yang meraja.
Kawan,
Bab hutang ni memang sensitif. Pandai tabur janji, pandai pinjam, tapi tak pandai pulang. Iya, manusia seperti ini semakin bertambah kewujudannya.
Kawan,
Kalau kita beri hutang dan dah serupa peminta sedekah, Cukup-cukuplah! Ikhlas kan saja. Allah pasti balas dengan berganda kebaikan di dalamnya.
Kalau kita yang berhutang, berusahalah untuk lunaskannya. Kasihan kawan kita. Duit dia, memang dia berhak minta. Kalau belum mampu jelaskan, beritahu saja secara terbuka.
Bab merangkak di akhirat siapa cari siapa, itu bukan kerja kita.
Yang berhutang, langsaikanlah segera. Yang memberi hutang, insyaAllah ada ganjarannya untuk sebuah ikhlas yang kita beri. Percayalah, makin mencurah-curah rezeki.
Masa terluang ketika berada di rumah sepanjang PKP ini mungkin ada antara kita mula berjinak-jinak dengan bercucuk tanam pokok bunga untuk memperindahkan lagi laman rumah.
Dan di sini, dikongsikan satu cara bagaimana menyediakan pasu bunga daripada paip pvc. Idea unik dan nampak menarik untuk dipraktikkan sebagaimana perkongsian Siti Samsiah.
Meh tengok nenek buat apa pagi ni.
Tanam pokok guna PVC. Laman nnek memang sana sini pvc untuk tanam pokok.
Panduan ringkas ada di setiap gambar.
Step 1
Permulaan gali sikit lubang
Step 2 :
Pacak PVC ikut suka ukuran. Dah pacak ketuk keliling pvc biar kukuh. Ratakan tanah dipangkal pvc tu.
Step 3 :
Lapisan bawah isi pecahan pasu atau batu bata. Untuk jimat tanah.
Step 4
Ketuk bagi tanah turun.
Step 5 :
Akhir sekali tanam pokok yang kita suka dan siram.
Kalau yang suka boleh cuba.Yang tak suka leceh kerja beli pasu jer….
Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan pengguna media sosial mula mengikuti trend viral dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, gula-gula dan kerongsang menggunakan cara ‘cedok-cedok’.
kaedahnya, si penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Viral trend ‘cedok-cedok’
Meskipun trend tersebut mendapat sambutan namun ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan hukum jual beli tersebut sama ada ianya dibenarkan di sisi Islam ataupun tidak. Menerusi satu perkongsian di Facebook Muamalat.my, seorang individu mengajukan soalan tentang hukum jual beli ‘cedok-cedok’ yang menjadi trend masa kini.
Kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. Pembeli pun decide nak beli 1 cedok. jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.
Menjawab pertanyaan itu, kaedah tersebut dikatakan berunsurkan gharar iaitu wujud unsur ketikdakpastian maka hukumnya adalah haram. Bukan itu sahaja, menurut Ibn Hajar al-Asqalani, kaedah tersebut merupakan salah satu bentuk jual beli jahiliah.
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.
Hukum ‘cedok-cedok’ adalah haram
Menurut sumber, gharar terbahagi kepada dua keadaan iaitu gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Cedok-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Oleh hal demikian, orang ramai terutamanya umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak sesekali terjebak dalam melakukan perkara haram seperti ini. Hal ini kerana, amalan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan satu perniagaan mahupun sebagai konten di media sosial.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...