Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi perkongsian di facebook miliknya, masalah berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan perminit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit dengan drama yang sekata. Ia masih dianggap normal jika iramanya atau rentak degupan jantung sekata, walaupun kadarnya bertambah. Degupan jantung melebihi 100 degupan perminit kita namakan tachycardia.
Jika irama degupan jantung kita tidak sekata, kita namakan masalah ini sebagai “arrhythmia”. Ia berlaku apabila irama degupan jantung tidak sekata, ibarat sebuah lagu yang rosak. Sama ada ia tidak berdegup pada masanya (missing beats) atau pun degupan ini berlaku terlalu cepat dan kemudian menjadi perlahan dan kemudian laju semula (atau kita namakan irregular beats).
Berdebar-debar ini kadang-kala menyebabkan kita risau dan rasa takut. Degupan jantung yang laju akan menyebabkan otak memberitahu kita “Ada sesuatu yang tidak kena”. Selalunya kita akan duduk diam atau berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan.
.
Berdebar-debar ini kadang kala akan hilang dengan sendiri. Ia bukanlah suatu yang berbahaya. Selalunya kita tahu puncanya seperti emosi kita seperti kita rasa tertekan (stress) bila berhadapan dengan orang ramai, rasa risau bila hutang-hutang kita tidak tidak dapat dibayar da nada orang yang dataing mencari kita. Kadang kala akibat kita minum banyak caffeine terutamanya kopi, menghisap tembakau yang mengandungi nicotine dan juga minum-minuman yang mengandungi alcohol.
.
Wanita yang hamil juga mempunyai degupan jantung yang laju. Ini kerana pergerakan darah yang membawa oksigen dan nutrient harus dicepatkan untuk ibu dan anak.
BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR?
Ads
Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan.
.
Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitif pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan.
.
Duduk atau di bilik yang tenang dan selesa. Cuba lupakan dulu rasa risau, stress dan takut ini. Cuba tarik nafas perlahan-lahan, tahan seberapa lama yang boleh dan kemudian hembus perlahan-lahan melalui mulut sehingga habis nafas. Ia membantu hormone kita lebih stabil dan mengurangkan degupan jantung laju.
Ads
.
Selain itu boleh guna teknik vasalva dengan cara memicit hidung hidung dan menutup mulut kita. Hembuskan nafas kita perlahan-lahan sehingga ada rasa tekanan pada telinga kita.
.
Berfikiran positif juga membantu kita rasa tenang dan tidak rasa berdebar-debar. Selalu fikirkan setiap musibah yang berlaku sebenarnya ada kebaikan yang ALLAH mahu berikan.
.
Ads
Selain itu teknik aromaterapi seperti mendapatkan bau-bauan yang natural seperti lemon, lavender, serai dan pandan membantu kita rasa lebih tenang.
.
Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, minuman yang mempunyai kandungan caffeine yang tinggi seperti expresso, atau menghisap tembakau dan mengambil minuman beralkohol.
.
Ubat-ubat tertentu mungkin akan menyebabkan rasa berdebar-debar terutamanya ubat selsema dan batuk yang mengandungi pseudoephidrine. Penggunaan ubat kurus yang mengandungi silbuteramine juga menyebabkan rasa berdebar-debar.
.
Jika masih keliru dan tidak pasti berkaitan dengan berdebar-debar yang dialami, boleh hubungi doctor yang merawat bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai sering sakit-sakit kepala dan runsing dengan berat badan yang bagai dipam-pam, dan masih tercari-cari petua yang sesuai untuk diamalkan.
Oleh itu, mungkin perkongsian daripada Sahiza Mohd ini boleh dijadikan panduan.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Saja nak share hasil amal minum air ASAM KEPING sebab selalu sakit kepala sebab doktor kata aku ada darah tinggi, migrin, resdung tapi tak sangka setelah 2 minggu tak ada dah sakit kepala tuh pastu amalan setiap pagi berat badan pun makin turun.
Jadi makin slim dan perut kempis dari berat 65 kini 60 kg mana tidakmya habis lemak lemak perut keluar tapi bukanlah cirit ye .
So bagi yang nak kurus tu boleh amal benda ni.
Patut ah orang dulu dulu selalu amal benda ni sebab bagus untuk yang kerja bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis badan pun rasa segar je.
Cara dia mudah je rendam 1/2 keping asam gelugur/keping dengan air panas sebelum tidur malam.
Bangun pagi minum air rendaman ni sebelum makan pagi.
Sumber : Sahiza Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga. Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
.
Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius. Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya ada pemeriksaan seseorang doktor.
. PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH
Ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori am iaitu:
.
1. Gaya hidup
2. Masalah kesihatan
3. Masalah mental
.
1. Gaya hidup
Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, ia boleh disebabkan oleh senaman yang berlebihan atau tidak melakukan senaman, kurang tidur, lebih berat badan, sedang dalam keadaan stress, sedang mengalami kehilangan seseorang ataupun sesuatu, pengambilan alkohol/dadah yang kerap, pengambilan kafein yang banyak dan tidak mengamalkan diet yang sihat.
.
2. Masalah kesihatan
Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menyebabkan simptom. Ia adalah disebabkan Anemia (kurang sel darah merah), sakit sendi, jangkitan kuman (ketika demam dan selsema), Hipotiroid, masalah tidur (Insomnia), Penyakit Autoimune (Contoh : SLE, Rheumatoid arthritis, Psoriasis), lemah jantung, kanser, kencing manis, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi hati.
.
3. Masalah mental
Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya. Rawatan masalah ini berkait rapat dengan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Doktor akan memeriksa pesakit terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada pesakit. Jika pesakit disyaki mempunyai masalah kesihatan, pesakit mungkin akan diminta untuk menjalani beberapa jenis pengambilan sampel darah untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.
.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk merubah gaya hidup dan mengelakkan rasa badan lemah. Ia adalah :
.
1. Sentiasa mengambil air yang mencukupi
2. Melakukan senaman secara rutin dan tidak berlebihan
3. Dapatkan tidur yang secukupnya
4. Elakkan perkara yang menyebabkan anda stress
5. Elakkan pekerjaan yang menyebabkan beban yang banyak kepada anda
6. Elakkan pengambilan alkohol, rokok dan penggunaan dadah
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kelibat suami kepada pelakon Faezah Elai yang juga pengarah terkenal iaitu Heykal Hanifah meraih perhatian ramai apabila tampil kurus.
Memetik Harian Metro, Heykal menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia membuat pembedahan bariatrik atau potong usus, sebaliknya hanya mengamalkan pemakanan sihat.
“Potong usus? Tidak ada masa nak buat. Buang duit saja. Kalau boleh buat cara yang mampu iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, buat saja. Tapi kalau mampu dengan cara pembedahan, terpulang. Masing-masing punya selera dan pilihan,” katanya.
Menurut Hekyal, beratnya kini mencapai 75 kilogram, dia mengamalkan diet pemakanan dengan memakan 10 hingga 12 biji telur sehari serta tidak menyentuh nasi sejak tiga tahun lalu.
Selepas itu ambil keputusan, lagi pula anak-anak kecil lagi dan masih sekolah, takutlah kalau jadi apa-apa masalah atau sakit.
“Dengan kesedaran itu, saya dan isteri ambil langkah amalkan gaya hidup sihat iaitu diet. Macam-macam diet saya buat dari segi pemakanan. Isteri yang banyak uruskan pemakanan saya sampai sekarang. Saya tahu kalau lapar, dia buatlah apa yang patut. Cuma, tahap kelaparan tak macam dulu.
“Sepanjang diet hingga sekarang, teruk juga menu saya. Ada sampai tiga bulan makan telur saja setiap hari iaitu 10 hingga 12 biji sehari dengan pelbagai jenis masakan. Hinggakan saya terkena penyakit Gerd disebabkan diet teruk.
“Tapi sekarang alhamdulillah okay dah selepas jumpa doktor dan diberikan ubat. Doktor juga menyarankan menu yang boleh dimakan. Dalam masa sama, saya juga tak makan nasi dari 2019 sampai sekarang,” katanya.
Kalau dulu berat badannya lebih 100 kilogram sering membuatkan dia mengalami masalah sakit pinggang dan sukar ketika menunaikan solat.
“Ketika berat masih lebih 100kg nak solat dan duduk antara dua sujud pun susah. Saya juga sakit pinggang sebab terlalu berat.
“Nak tengok perkembangan badan saya semua ada di Intagram. Siapa ‘follow’ saya memang nampak perkembangan. Tidak adalah mendadak turun. Mungkin lepas ni kalau tak jaga naik balik, tapi tak nak lah.
Katanya lagi, dia juga berharap dapat meneruskan gaya hidup sihat yang diamalkannya kini.
“Tahap kolestrol, kencing manis, dan lain-lain semua dah normal. Sebelum ni semua di tahap ‘border’. Alhamdulillah sekarang dah okay dan semoga dapat teruskan gaya hidup sihat ini,” katanya.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.