
Masalah jerawat dibahagian belakang badan buat kita buntu malah membelenggu kita. Jangan katakan sebagai masalah anak remaja, malah kita yang dewasa ini juga tidak terkecuali.
Kalau sudah bosan mencuba produk yang dibeli di kedai mahupun farmasi, anda boleh mencuba kaedah alami yang jauh lebih murah dan mudah untuk dilakukan.
Salah satu cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan menggunakan putih telur dari ayam kampung dan mentimun segar. Ramuan-ramuan ini mudah didapati di dalam rumah. Buat sahaja dan minta anak atau suami sapukan di belakang badan. Confirm jerawat makin reda.
Skrub Sental Jerawat Di Badan
Ikuti cara-cara di bawah:
Bahan-bahan:
Timun
Putih telur
Caranya:
1. Pukul putih telur sampai berbuih.
2. Kisar timun di dalam mesin pengisar sampai halus.
3. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.
4. Sapu rata pada bahagian belakang badan selepas mandi dan sabun dengan menggunakan sabun anti-bakteria.
5. Biarkan sehingga masker kering selama 30 minit.
6. Setelah kering, bersihkan sisa masker dengan tuala yang dicelup air panas.
7. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil seperti yang dikehendaki.
Selamat mencuba!
“Tenang & Lembut Je Air Muka. Tetap Cantik Macam Dulu. Terubat Rindu.” Penampilan Terkini Cik Puan Julita Aishah Curi Perhatian!

Suatu ketika dahulu, kisah dan namanya mejadi bualan ramai. Ibarat cerita fairytale, mendapat jodoh dengan anak raja, namun kisahnya bukan dongengan sebaliknya realiti.
Bertemu jodoh dengan Yang Amat Mulia, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membawa beliau ke dunia yang alam rumah tangga yang bahagia.
Bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan di Singapura ini cukup manis orangnya. Perwatakannya yang sopan santun sesuai dengan raut wajahnya yang cukup anggun dan lembut.
Membuatkan ramai terpikat memandangnya. Itulah personaliti yang ada pada Cik Puan Julita Aishah yang cukup disayangi ramai.
Barangan murah di SINI
Begitupun kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga dan lama tidak muncul dikhalayak.
Namun, dalam satu perkongsian di laman instagram baru-baru ini, ssuuk tubuh Cik Puan Julita tetap manis dan anggun seperti dulu.
Penampilan berhijab dengan mengenakan busana baju kurung memperlihatkan sisi sopannya tidak pernah berubah. Apatah lagi wajahnya, tetap awet muda dulu dan kini.
Jom cuci mata di SINI
Perkongsian terkini wajah Cik Puan Julita nyata mendapat reaksi ramai. rata-rata memuji wajahnya tetap sama seperti dulu. Lembut, tenang dan cantik.

Guna Tiga Bahan Ni, Kalau Nak Kempis Perut Macam Anak Dara, Umur 30an & 40an Take Note!

Bagi wanita yang telah bersalin dan usia semakin meningkat, tentunya menghadapi masalah perut kempis. Lazimnya masalah ini sering dihadapi oleh wanita yang berusia 30an dan 40an.
Dalam pada itu, bagi yang kurang bersenam juga adalah antara sebab perut menjadi buncit. Tentu ramai yang ingin mencari solusi untuk mengatasi masalah ini. Lebih-lebih lagi, nak tak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Perkongsian oleh Zana Mokhtar boleh jadikan panduan bagi yang mencuba petua untuk kurus dan kempiskan perut.
Ikuti perkongsiannya.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
GUNA TIGA BAHAN INI UNTUK PERUT KEMPIS
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni . Tapi kena konsisten setiap hari la ye.
In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.
Bahan bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan . Janji cukup bahan.
BAHAN-BAHAN
1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.
1 inci halia di slice nipis nipis.
Madu ( ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.
2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.
3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.
4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.
4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah .
Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau. Moga petua ni dapat manfaat kengkawan lain yang nak kurus tu.
Sumber: Zana Mokhtar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Daddy Suruh Salam, Dia Bagi Mini Love.” Gelagat Fatima Bersama Moyangnya Buat Ramai Terhibur. Comelnya!

Kaletah Fatima sentiasa mencuit hati, pelbagai gelagat dipaparkan di media sosial oleh mommy dan daddynya membuatkan ramai geram. Sementelah makin membesar, ada sahaja gelagatnya yang mengundang perhatian.
Kesayangan Fattah Amin dan Nur Fazura ini sememangnya seorang anak kecil yang tidak lokek. Saling tak tumpah dengan daddy dan mommynya. Menjengah ke ruangan Instagram dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat si kecil ini ketika bersama moyangnya.
Fatima yang kelihatan berada di atas ribaan Fazura pantas, nampak comel dan sempat mencuit manja tangan Moyangnya. Dengan muka yang tersenyum-senyum memandang Moyang, Fattah yang turut berada di situ meminta anaknya bersalam dengan Moyang.
Namun, apa yang melucukan si kecil ini memberikan simbol mini love membuatkan ramai terhibur.
Fatima with her Moyang. Comel dengan Mini Love ♥️🥰
Fatima bukan sahaja menjadi kesayangan Fazura dan Fattah Amin malahan peminat-peminat pasangan ini juga menyayangi anak perempuan pasangan sama cantik sama padan ini.
Rata-rata warganet teruja dan memuji akan kecomelan Fatima di samping ibu dan ayahnya.
Pada 2 Oktober tahun lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.
Sumber: jetaime.fattzura
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club