Memasuki 32 minggu, pastinya pasangan ini berdebar menantikan saat si kembar yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, mereka mengharapkan anak kembar ini bakal disambut secara normal.
Begitu pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.
“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg.
“Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah.
Ads
“Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya.
Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.
Ads
Dalam pada itu, Angkasawan pertama negara ini turut berkongsi keadaan Dr. Halina yang kini sedang sarat. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, isteri kesayangannya itu kini sering mengalami sakit belakang.
“Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.
Ads
“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Bergelar suami isteri kena saling memahami dan bertolak ansur, menghargai segala pengorbanan pasangan yang berpenat lelah menguruskan rumah tangga. Jadi tak salah andai suami laburkan sedikit wang untuk membeli barang keperluan ini yang juga amat berguna untuk anda sekeluarga.
Itu yang dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif menerusi laman facebooknya. Beliau mencadangkan supaya para suami menghadiahkan isteri barangan seperti ‘dryer’ yang sangat bermanfaat dan boleh membantu isteri.
“Mak letih tak sidai kain tiap hari?”
Bila je saya tanya soalan ni dekat mak masa call mak kelmarin terus keluar segala keluhan mak di kampung.
Baju bertimbun. Kena sidai setiap hari. Buat kerja berat tak berhenti. Rutin yang nampak simple tapi memeras kudrat dan keringat.
Semua keluhan tu mak saya pendam di lubuk hati paling dalam rupanya. Bila saya tanya, baru la mak mula cerita. Kenapa? Sebab sebolehnya mak kita tu tak nak susahkan kita.
Ya Allah. Berdosanya saya. Kenapa dah hampir umur 30 tahun ni saya baru sedar?
“Mak, saya belikan Mak dryer ye?”
“Apa tu dryer?”
“Alah, yang macam kat dobi tu. Mesin pengering baju. Dah spin baju terus je masukkan dalam dryer ni mak. Kejap je dah kering. Mak tak perlu fikir dah nak sidai baju lepas ni.”
Daripada nada suara mak di handphone. Saya dapat rasakan mak saya tengah sebak. Rupanya ni la ‘most painful point’ mak saya. Saya lupa, kalau kita nak bahagiakan orang lain tak semestinya kena tabur kemewahan. Cukup cari kat mana titik yang mana membuatkan si dia paling menderita dan kita angkat derita si dia tu.
Derita isteri dan mak saya sama. Mereka tak larat nak sidai baju yang bertambun. Kedua masalah mereka ni saya angkat dan selesaikan dengan dryer ni. Punya la sebak dan terharu mak dan isteri saya dapat benda ni. Dah macam dapat banglo sebijik dah! Ikut kajian wanita lebih bahagia dengan komitmen kita yang kecil tetapi berterusan daripada kita bagi dia hadiah mahal-mahal dan mewah tapi tapi kadang-kadang je.
p/s : Harga dryer ni RM1k lebih je. Jom join Telegram saya untuk belajar ilmu parenting. Install Telegram dan klik link ni : t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa pernah makan menu berasaskan kulit rambai? Bagi masyarakat di Pantai Timur pastinya menu berasaskan kulit rambai ini menjadi satu kebiasaan.
Kalau berkunjung ke kedai makan di sekitar Pantai Timur pasti menu yang satu ini sentiasa ada. Malah jadi makanan tradisional yang cukup digemari.
Tahu tak selain menu Masak Lemak, ada banyak lagi resipi yang boleh diolah daripada kulit rambai ini. Perkongsian tiga blogger ini di blog masing-masing buat kita rasa terliur. Nak cuba? Jom ikut resipi yang diberikan oleh mereka.
Kredit Foto: nedlinatalisz.blogspot.my
1. nedlinatalisz.blogspot.my
Perkongsian blog nedlinatalisz.blogspot.my agak menarik dengan menu Masak Lemak Cili Padi.
“Pernah makan tak? Nie lauk kampung. Tok yang ajar masak lauk nie.. dan kami start suka makan pun sebab dulu-dulu tok selalu masakkan.
KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
Semangkuk kulit buah rambai
Secekak pucuk puding mangkuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula
1. Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.
2. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk supaya nanti gulai kita tak terlalu masam.
3. Kisar cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat kemudian masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.
4. Renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
5. Garam dan gulakan dan biar dalam 5 minit. Kalau rasa kurang masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tu dah cukup buat kuah rasa masam.
6. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit Foto: nooriahnaim.blogspot.my.
2. nooriahnaim.blogspot.my.
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh blog nooriahnaim.blogspot.my. Kulit rambai yang dijadikan sambal ini nampak hebat.
Ada tak yang tak pernah makan kulit rambai ni? Rasanya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah letak tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok. Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha…
SAMBAL BILIS GORENG KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis -dibersihkan
10 biji cili padi -dihiris kasar
1 biji bawang bombay -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 kuntum bunga kantan -dihiris kasar
1/2 cawan kulit rambai -dihiris kecil
Minyak secukupnya
Sedikit garam dan gula
1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup. Angkat
2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu kemudian masukan cili hiris dan kacau rata.
3. Masukkan kulit rambai dan kacau sehingga kulit rambai lembut.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang digoreng. Gaul rata dan angkat.
kredit Foto: secubitgaramnor67.com
3. www.secubitgaramnor67.com
Resipi asli daripada Pantai Timur. Ini yang dikongsikan oleh www.secubitgaramnor67.com.
Bagi warga Pantai Timur terutamanya Terengganu pasti ramai yang tau dengan masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung selalunya buat masakan ni dan selalu juga dibuat time kenduri kecilan seperti kenduri arwah. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dengan partnernya.
SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
Buah rambai -ambil kulitnya sahaja
Petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula
1. Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
2. Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya untuk membuang rasa masam.
3. Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai ke dalam periuk.
4. Masak hingga mendidih dan masukkan santan pekat.
5. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Petua mudah ni dikongsikan buat ibu-ibu yang ingin memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi. Sebelum itu, mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.
Mencuci lantai juga adalah satu senaman yang baik untuk ibu-ibu. Terutama bagi mereka yang tak punya masa untuk keluar bersenam. Penat juga tau nak mop lantai, keluar jugalah peluh dengan aktiviti sebegini.
Untuk anda yang membela haiwan seperti kucing, pasti mengalami masalah tapak kaki melekat di lantai kan. Perkongsian puan Normah Md Dinpasti dapat mengatasi masalah tersebut. Menurut Normah, petua itu dikongsikan oleh pihak lain dan apabila dicuba ternyata menjadi.
Ikuti langkah mudah ini dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..😊😊😊😍😍😍
Terima kasih pada yg kongsi tips mengemop rumah menggunakan air panas.
Rumah kak Nor ni ada 13 ekor kucing. Jadi mmg hari2 sapu dan mop. Selalu mop pakai air biasa dan pencuci tangan beli kat kedai Eco je (murah dan wangi) serta tambah softner sbb nak lantai wangi..
Mmg lantai berkilat..tapi bila anak2 bulus pijak lantai atau kaki kita pijak lantai..lantai akan terdapat kesan tapak kaki.
Alhamdulillah hari ni try mop pakai air panas dan letak bbrp titik pencuci tangan Eco tu. (seperti dlm gbar) lepas mop dan lap lantai..walaupun anak2 bulus pijak atau anak2 pijak..lantai x berbekas dgn tapak kaki.
Terima kasih pada yg sudi share idea aritu..Semoga anda di murahkan rezeki ..Allahuma Amin.🌹🌹🌹
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.