Saintis Ni Dedah Cara Terbaik Makan Petai Agar Bermanfaat Untuk Kesihatan. Barulah Sekeluarga Lebih Sihat!

Share

Melalui penerangan yang diberikan oleh Dr Suri Roowi berkenaan petai ini cukup mengujakan dan manfaat ini turut dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di akaun fbnya.

Siapa sangka ‘mutiara’ hijau ini adalah makanan  bersifat anti diabetis (anti kencing manis) dan bahan faitosterol yang ada di dalam petai juga bersifat anti kolesterol.

Ingin mengetahui lebihlanjut, jom kita semak perkongsian bermanfaat ini satu persatu.


PETAI REBUS MEMANG TERBAIK. BERSEDERHANALAH.

Kandungan faitosterol di dalam petai bersifat anti diabetis dan anti kolestrol

Dr Suri Roowi merupakan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Pemakanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan makan kesihatan ini sudi untuk berkongsi dengan kita semua mengenai kebaikkan yang terkandung di dalam petai.

Petai adalah tumbuhan jenis saka atau nama saintifiknya dikenali sebagai Parkia Speciosa yang tumbuh di dalam hutan atau ditanam secara komersial. Buah petai enak di jadikan ulaman dan dimasak sambal tumis bersama udang.

Petai adalah antara makanan bersifat anti diabetis (anti kencing manis) kerana terdapat bahan faitosterol di dalamnya. Kulit petai pula lebih tinggi kandungan faitosterol berbanding bijinya. Selain bersifat (anti kencing manis), bahan faitosterol dalam petai juga bersifat anti kolesterol.

Petai menghasilkan bau yang busuk. Bau petai mungkin dapat dikurangkan dengan meminum susu selepas anda menikmati petai tersebut. Ini disebabkan bahan polisulfide (bahan berbau) pada petai itu akan diikat dengan protein susu tersebut dan akan keluar bersama menjadi najis.

Dalam petai juga terdapat asid djenkolic dan petai tidak boleh dimakan banyak. Salah satu cara yang mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan asid djenkolic adalah dengan merebus petai tersebut terlebih dahulu sebelum dimakan. Wallahua’lam , Selamat mencuba.

Dr Suri Roowi
Timb. Pengarah Perekaan Mkn (Mkn Kesihatan)
Pakar Antioksidan


Tidak dinafikan juga, bagi peminat petai selain dimakan segar petai ini juga sering dibuat jeruk untuk memastikan boleh dimakan pada bila-masa masa.  Katanya, petai ini sebagai pembuka selera.

Untuk itu, disertakan bersama resipi untuk membuat jeruk petai yang dikongsikan oleh Mariana. Semoga bermanfaat.

CARA BUAT PETAI JERUK
1. Petai tu rebus dulu. Rebus sekali dengan kulit-kulitnya.

2. Bila nampak kulit macam sudah kekuningan,  tutup api dan toskan airnya.

3. Bila sudah sejuk, baru picit amik biji petai tu.

4. Sediakan balang dan letakkan petai,air panas suam,garam kasar dan cuka.

5. Siap

Sumber : Mariana Abd Majid Via MAHN