Pernah makan tak, telur goreng cicah kicap dan hirisan bawang, nak lagi sedap tambah cili potong. Tentu ada yang pernah makan menu ni kan. Sebenarnya, khasiat yang banyak jika kita makan bawang mentah tanpa perlu dimasak. Malah kajian mengatakan ia dapat mengelak daripada serangan jantung dan strok. Untuk lanjut info mengenainya. Baca hurian oleh Saintis Prinsipal MARDI, Dr Suri Roowi
berkongsi info kenapa perlu makan bawang mentah.KHASIAT BAWANG MENTAH YANG TIADA @ KURANG PADA BAWANG MASAK
1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid
2. Bahan ini bersifat antiplatelet (cegah pengumpalan darah) dan antikanser terutamanya antikanser usus, perut dan kerongkong.
3. Jika kita makan bawang merah mentah, ia bagus untuk bantu elak sakit jantung dan ‘stroke’
4. Sebaliknya, bahan antiplatlet akan mudah hilang jika bawang di masak. Kajian ke atas 12 subjek manusia menunjukkan aktiviti antiplatelet akan musnah antara 3 dan 6 minit selepas masak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal).
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Rujukan:
Cancer Prev. Res. 2015 8(3): 181-188
Bulgarian Journal of Agric Sci. 21 (4): 736-741
Hansen et al. Nutrition Journal 2012, 11:76