Pernah makan tak, telur goreng cicah kicap dan hirisan bawang, nak lagi sedap tambah cili potong. Tentu ada yang pernah makan menu ni kan. Sebenarnya, khasiat yang banyak jika kita makan bawang mentah tanpa perlu dimasak. Malah kajian mengatakan ia dapat mengelak daripada serangan jantung dan strok. Untuk lanjut info mengenainya. Baca hurian oleh Saintis Prinsipal MARDI, Dr Suri Roowi berkongsi info kenapa perlu makan bawang mentah.
KHASIAT BAWANG MENTAH YANG TIADA @ KURANG PADA BAWANG MASAK
Ads
Foto: csuraya.blogspot.com
1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid 2. Bahan ini bersifat antiplatelet (cegah pengumpalan darah) dan antikanser terutamanya antikanser usus, perut dan kerongkong. 3. Jika kita makan bawang merah mentah, ia bagus untuk bantu elak sakit jantung dan ‘stroke’ 4. Sebaliknya, bahan antiplatlet akan mudah hilang jika bawang di masak. Kajian ke atas 12 subjek manusia menunjukkan aktiviti antiplatelet akan musnah antara 3 dan 6 minit selepas masak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal). 5. Keupayaan mencegah pengumpalan darah disebabkan oleh bahan organosulfur 6. Bawang kuning tinggi mineral seperti I fosforus, potasium, magnesium dan zat besi. 7. Bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C. 8. Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang dimana bahan antioksidan quercetin akan terhasil dengan lebih banyak lagi Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk bantu cair darah
Ads
Ads
#DrSuriRoowi Principal Scientist Rujukan: Cancer Prev. Res. 2015 8(3): 181-188 Bulgarian Journal of Agric Sci. 21 (4): 736-741 Hansen et al. Nutrition Journal 2012, 11:76
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat kelibatnya di dalam kereta pasti menimbulkan rasa kurang senang. Semuanya gara-gara kotoran daripada sisa makanan, serdak biskut atau kek yang dimakan oleh anak anda di dalam kereta.
Keadaan sebegini memang tidak dapat dielakkan dan sudah tentu ia menarik perhatian makhluk yang tidak diundang iaitu lipas. Kalau sudah melihat kehadiran dalam kereta kena pantas mencari cara untuk menghapuskannya kerana binatang ini cukup cepat membiak. Sedari tak sedar dari seekor mungkin sudah ada satu koloni di dalam kereta anda.
Kalau cara semburan masih tidak berkesan untuk membasmi lipas, Jom cuba petua daripada seorang pengguna Facebook Cik Zati ini. Mana tahu boleh membantu mengatasi masalah anda.
Bahan-bahan
Bekas kosong
Minyak masak terpakai
Marjerin.
Susu pekat
Caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas kosong.
2. Letakkan di bahagian tempat letak kaki atau mana-mana ruang dalam kereta.
3. Tinggalkan semalaman dan lihatlah hasilnya keesokan harinya.
4. Susu dan marjerin akan menarik lipas datang sekali gus terperangkap dalam minyak.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sakit tumit mungkin bukan masalah bagi wanita muda tetapi bagi yang sedikit berusia, sakit tumit adalah penyakit utama yang buat kita tidak rasa selesa.
Tak terlepas juga mereka yang mempunyai masalah berat badan. Memang terasa sakit bila hendak berjalan, lebih-lebih lagi ketika baru bangun tidur.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sakit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan.
Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari. Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sakit makin reda.
Caranya:
1. Panaskan tungku di atas api selama 15 hingga 20 minit.
2. Letakkan atas kain alas.
3. Balut kemas tungku panas tadi.
4. Panaskan kaki atau lebih senang letak sahaja kaki di atas tungku.
5. Buat hingga tungku sejuk.
Buat setiap hari hingga sakit makin reda. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentunya ramai antara kita memang suka makan mi segera, dari usia kanak-kanak hingga dewasa sekali pun merasakan betapa enaknya makan mi segera. Apatah lagi murah harganya dan mudah pula untuk disediakan. Jadi bila-bila masa boleh sahaja menikmati mi segera untuk mengalas perut yang lapar.
Pun begitu, tahukah anda bahaya mi segera kalau dimakan selalu dek kerana mi segera tersebut mengandungi garam yang tinggi. Diharapkan selepas membaca artikel ini, kita sebagai ibu dapat mengawal pengambilan mi segera oleh anak-anak kita demi menjaga kesihatan mereka juga. Jom semak laporan yang dimaksudkan itu.
Lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi, manakala bakinya pula mengandungi kandungan garam sederhana.
Itu hasil kajian bertajuk ‘Kandungan garam mi segera di Malaysia: Satu kajian keratan lintang’, membabitkan 707 produk mi segera pelbagai perisa, yang dijual di enam pasar raya dan rantaian peruncit, serta di laman sesawang produk berkenaan.
Kajian yang dilakukan oleh tujuh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London itu mendapati tiada satu pun mi segera di pasaran Malaysia, boleh dikategorikan sebagai makanan rendah gram, sangat rendah garam atau bebas garam.
Kajian yang diterbitkan pada Mei lalu itu juga mendapati kira-kira 40 peratus atau lebih 250 produk mi segera yang dikaji, tidak mempamerkan kandungan garam atau nutrisi pada produk masing-masing.
“Purata kandungan garam dalam mi segera di Malaysia adalah sekitar 4.5 gram (g) per 100g, iaitu empat kali lebih tinggi daripada tahap makanan yang dikategorikan sebagai tinggi kandungan garam iaitu kurang 1.2g per 100g, seperti digariskan kerajaan.
“Memakan sebungkus mi segera hampir sama dengan kadar pengambilan garam harian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kurang 5g sehari.
“Lebih teruk, kandungan garam pada 10 peratus mi segera, melebihi saranan WHO itu, dengan mi segera yang memiliki kandungan tertinggi adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada saranan WHO, iaitu 8.5g dalam satu sajian.
“Disebabkan kandungan garam tinggi serta populariti mi segera berdasarkan jualan tinggi setiap hari, pengurangan kandungan garam dalam mi segera akan memberi impak ketara dalam mengurangkan pengambilan garam harian oleh rakyat Malaysia,” kata kajian itu yang boleh diakses menerusi portal BMJ Open.
Ahad lalu, pelatih pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi laporan kajian itu menerusi Twitter peribadinya.
Dr Nur Amalina yang turut memetik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menggesa kerajaan bertindak segera mengatasi isu pengambilan garam tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Malaysia Salt Action menyarankan pengurangan pengambilan garam kurang 6g sehari bagi rakyat Malaysia dewasa. Kadar garam tinggi dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.
“Saya sendiri sudah tidak memakan mi segera sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.
Jangan jadikan menu harian, amal diet sihat
Kandungan garam yang tinggi dalam mi segera tidak menghalang sebilangan besar rakyat Malaysia daripada terus menikmati makanan segera itu.
Biarpun tahu kesan buruk pengambilan garam berlebihan, mereka terus memakan produk berasaskan tepung gandum itu kerana ia mudah disediakan dan murah berbanding hidangan lain.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa, berkata umum tahu mengenai kandungan garam yang tinggi di dalam mi segera, tetapi hampir mustahil untuk berhenti daripada memakannya.
Katanya, sifat mi segera yang murah, sedap dan mudah disediakan menjadi tarikan utama masyarakat untuk menjadikannya sebagai menu harian, khususnya pelajar.
“Pelbagai kempen dan nasihat sudah diberikan kepada umum, tetapi ia tidak memberi kesan.
“Walaupun setakat ini belum ada kes kronik berhubung individu yang mengamalkannya, tetapi pengambilan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan penyakit buah pinggang.
“Galakan untuk makan mi segera ini lebih hebat dengan lantikan selebriti sebagai duta serta pengenalan pelbagai perisa baharu yang kelihatan menarik, selain cabaran untuk memakannya.
“Saya nasihatkan umum untuk kurangkan pengambilan mi segera itu kerana itu adalah sebaik-baiknya. Jika sukar, maka pelbagaikan ramuan nutrisi didalamnya seperti udang atau sayur,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Navin Kumar Devaraj, yang terbabit dalam kajian kandungan garam dalam mi segera di Malaysia itu, berharap orang ramai mengamalkan pemakanan yang sihat.
“Kajian ini hanya dijalankan sekali sahaja dan pada akhirnya kami mahu masyarakat mengamalkan diet yang sihat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, berikutan kandungan garam yangtinggi, mi segera tidak seharusnya dijadikan hidangan setiap hari.
“Mi segera masih boleh diambil, tetapi jangan jadikan ia satu-satunya hidangan anda dalam sehari. Amalkan diet sihat,” katanya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...