Anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Selain menjadi penyambung keturunan, zuriat adalah amanah buat ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak mengikut landasan-Nya.
Bagi usahawan fotografi Mohamad Saiful bin Haji Nang atau lebih dikenali sebagai Saiful Nang, dia dan isteri Dr Intan Salwani Ahamad mempunyai cara tersendiri mendidik empat orang puterinya.
Bagi Saiful dan isteri, mereka berusaha untuk menerapkan didikan berteraskan Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Malah, mereka memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai roll call sebagai salah satu cara untuk mendekatkan anak-anak dengan ajaran Islam dan pencipta-Nya. Kata Saiful, sistem ini diadaptasi daripada disiplin solat yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebanyak lima kali dalam sehari.
“Setiap hari Allah mewajibkan kita melakukan roll call ini sebanyak lima kali sehari. Ada yang datang roll call secara sendirian dan ada juga melakukannya secara berjemaah yang mana umum mengetahui, ia punya lebih kebaikan.
Jadi, saya terapkan disiplin yang sama terhadap anak-anak. Setiap hari mereka akan roll call sebanyak dua kali iaitu sebelah pagi dan malam. Biasanya, saya sempat bersama mereka pada waktu pagi untuk memberi pesanan dan harapan yang perlu mereka pegang sebagai iktibar,” ujar bapa kepada Orked, 9 tahun, Seri, 7 tahun, Lela, 5 tahun dan Wafa , 3 tahun.
Berjiwa prihatin & penyayang
Ads
Saiful Nang bukan sahaja sangat mengambil berat perihal keluarga dan anak-anaknya, malah dia sekeluarga berusaha menyebarkan nilai kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Dengan sokongan sahabat handal seramai 20 orang, mereka telah menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) pada tahun 2005 lalu yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Malah, Dr Intan Salwani turut bertindak sebagai pendidik di Akademi Insan Prihatin.
“Selain praktik bersama anak-anak, saya juga menggunakan kaedah yang sama di RPWP. Malah, saya dan isteri tidak pernah mengasingkan pendidikan anak-anak sama seperti anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Mereka tidur di tempat yang sama dan makan di tempat yang sama. Hatta, saya dan isteri juga berkongsi tempat tinggal bersama 45 orang anak yatim dan asnaf di sebuah rumah sewa sementara di Bangi. Kami berada di situ kerana ruang di induk sudah tidak mencukupi sehingga kami terpaksa menyewa rumah lain. Bayangkan setiap pagi roll call, memang meriah dan kami gembira,” ujar Saiful apabila ditanya mengenai sistem yang memberi manfaat terhadap perkembangan sahsiah anak-anak.
Ads
Tambah Saiful lagi, kaedah perhimpunan ini dijalankan dalam suasana syura yang indah apabila anak-anak ini mengakui istighfar harian mereka atas apa kesalahan yang mereka sendiri lakukan sepanjang hari. Sebagai pengatur, saya memberi pesanan yang berulang-ulang tanpa jemu,” ujar Saiful yang tertarik dengan kaedah yang dijalankan oleh Ibu kepada Sultan Mehmet Alfateh yang sentiasa mengulangi visi Sultan Murat (bapa Alfateh) untuk anaknya meroboh tembok Constantinople secara ulangan yang banyak.
Teknik ulangan
“Sistem ini bukan saya yang pilih sebaliknya sistem yang Allah ajarkan. Inilah amalan nabi yang makin dilupakan dan tidak popular dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Dalam roll call pagi juga, anak-anak mengangkat baiah (ikrar) harian mereka sebagai anak kepada ibu bapanya. Bukankah itu menarik dan menjadi ritual ulangan sehingga ia boleh dilaksanakan?”
Ads
“Saya mengguna pakai kaedah ini sejak anak saya yang pertama mula pandai bercakap walaupun pelat,” ujar Saiful panjang lebar yang yakin konsep tersebut mampu membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.
Tip Ibu Bapa Untuk Menjadi Tauladan Anak-Anak:
Jadi ibu bapa yang sensitif dan kasyaf memerhatikan gerak geri anak.
Tajamkan pertimbangan kita dengan Al-Quran dan Sunnahnya.
Pada zaman ini “It takes a community to raise a child”.Jadi, kami biasakan anak-anak bergaul dengan anak yatim dan asnaf di RPWP.
Tiada yang lebih baik selain dari apa yang telah ditunjukkan uswahnya dari rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.
Berhenti melihat kepada corak keibubapaan cara barat kerana sebahagian yang baik yang mereka lakukan juga adalah cedokan sistem Islam yang telah lama dipraktik oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.
Secanggih manapun teknologi, pendidikan rohani anak tidak mungkin berlaku dengan sentuhan teknologi tetapi melalui sentuhan seorang ibu dan ketegasan seorang bapa.
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia.
Golongan muda yang membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan patut dipuji. Mana tidaknya ketika usia masih muda dan masih lagi ligat dengan hal-hal duniawi, mereka sudah memegang amanah yang dijanjikan dengan Allah. Ia bukan satu keputusan mudah.
Demi menjaga keutuhan rumah tangga, apa lagi mengekalkan hubungan suami isteri hingga syurga, ada banyak perkara yang harus kita jaga. Bukan semuanya dipandang mudah. Apa perkara yang tidak harus kita lakukan dan dilarang dalam hubungan suami isteri? Pesanan Ustaz Kazim Elias ini patut kita dengar.
1. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
2. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
3. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
4. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
5. Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi khabar duka apabila dirinya disahkan positif Covid-19.
Memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan rekod pemeriksaaan kesihatannya sebagai bukti. Lebih mengejutkan, pada awal pemeriksaaan dikatakan menghidap demam denggi.
Menerusi kapsyennya, Achey telah membuatkan ujian RTK sebanyak 5 kali dengan keputusan negatif. Namun simptom demam melampau, membuatkan dia segera membuatkan ujian PCR dan disahkan positif Covid-19.
Ekoran itu, keputusan ujian saringan Covid-19 yang diterima hari ini sekali gus perlu menjalani proses kuarantin.
Pada masa yang sama meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anak tidak dijangkiti wabak itu.
Achey juga berpesan kepada pihak yang menjumpainya dalam tempon itu untuk membuat pemeriksaan. Dia juga memohon maaf menyusahkan ramai pihak dengan situasi yang dialaminya itu.
Test 5 Kali RTK Negatif, Sekali Buat PCR Positif
Assalamualaikum ramai tanya, ramai mendoakan, tapi saya mmg tak larat 2hari lepas…harini semakin baik🤲… terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramaiii orang… termasuk kerja2 yang dah di lock tarikhnya…
..suspect denggi..
…
Covid test:
5 kali test RTK (NEGATIVE)❌
..
Sekali PCR (POSITIF )✅
..
PCR sbb dah ada simptom demam melampau…Entah laa mcm2 sekarang… redha dan ikhtiar je… bismillah … tiara dan @anne_achey Alhamdulillah takda simptom dan negative…
🤲🤲🤲
P/s : kepada yang rasa2 ada jumpa dengan saya tu dah boleh check jugak yea… maaf saya susahkan semua orang
Melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan di akaun media sosial, para warganet memberi komen dengan mendoakan agar segera sembuh. Ada juga berkongsi melalui situasi yang sama menggunakan ujian RTK.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya, nak masak tak susah pun. Tapi yang susahnya, nak sediakan prepnya, atau bahan masakannya. Betul tak?
Lagi-lagi kalau melibatkan cili kering. Nak potong dia tu, alahai sabar jela nak kena hadap satu-satu nak memotongnya! Dari rajin nak masak, terus terbantut dek nak menghadapnya.
Nak beli kat luar, tak sesedap buat sendiri. Dah tu, terpaksalah buat juga ye!
Tapi…. Sekarang tak payah dah! Ikut je cara mudah dari Mohd Ahzad Bin Nadirun ni. Siapa yang ada chopper kat rumah, boleh tiru!
Saya nak share cara mudah & cepat untuk buang biji cili kering sempena PKPB yang bermula esok.. 😁😁😁
Senang je tak payah potong/gunting satu2.. Jimat masa, tangan pon tak pijar..
Cara-caranya :-
1. Masukkan je semua ke dalam chopper gini.. Isi la banyak mana korang nak..
2. Penuhkan pon xde masalah.. Pastu tekan je jangan lama2 sgt.. Nanti hancur jadi cili flakes pulak..
3. Nampak.. Terkeluar semua biji dia…
4. Pastu tapis gini.. Tak tapis pon xpe.. Blh terus rebus je..
5. Tadaaa!! Banyak kan biji dia.. Sekejapan je kerja.. Sonang..
6. Masuk periuk, rebus untuk lembutkan dia… Nak rendam dgn air panas je pon blh, tapi lambat sikit la nak lembut..
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.