Sahur Terlajak Sedap Kalau Makan Ikan Goreng Panas-Panas, Jangan Lupa Buat 5 Petua Confirm Sedap!

Share

Apa menu sahur ibu-ibu malam ni? Jangan lupa selitkan satu menu wajib buat anak-anak kita. Hadiah untuk bangun pagi buta. Bagi semangat sikit untuk mereka makan dan tahan perut keesokkan harinya.

Selain telur goreng atau ayam goreng, ikan goreng juga boleh anda gantikan untuk juadah bersahur pagi nanti. Ikan kalau dimasak dengan cukup garing dan rasanya, apa lagi makan ketika masih panas, memang bangkit seleranya.

Selain hanya goreng dengan garam dan kunyit seperti biasa, menambah beberapa bahan juga buat ikan jadi lebih mantap dan terlajak sedap. Bagaimana?

Cuba 5 Cara Ni
Tak hanya sedap malah ikan gerenti lebih rangup!

Kisar Bawang
Ini resipi istimewa untuk anak-anak. Kisarkan sedikit bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam ikan yang sudah di ratakan garam dan kunyit. Gaulkan rata dan biarkan diperap seketika. Gorengkan ikan hingga garing dan makanlah ketika panas. Kena cuba! Ikan yang sangat disyorkan untuk teknik ini adalah ikan selayang.

Guna Bawang Putih
Bawang putih memang hebat rasanya. Tumbuk sedikit bawang putih dan lumurkan bersama garam dan kunyit. Gorenglah hingga masak. Hasilnya rasa ikan bukan hanya lebih sedap tetapi enak.

Minyak Banyak
Untuk menjadikan ikan lebih rangup, minyak hendaklah betul-betul panas dan kuantitinya jugalah haruslah banyak. Jangan hanya cukup-cukup ikan sahaja. Biarkan digoreng lama dan hasilnya pasti lebih rangup.

Guna Kunyit Hidup
Untuk mendapatkan ikan goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan sedikit kunyit hidup kemudian digaulkan bersama sedikit garam. Kunyit hidup sememangnya buat ikan lebih rangup dan rasanya juga lebih enak.

Ikan Yang Sesuai
Tahukah anda bahawa bukan semua ikan sedap untuk digoreng. Ikan besar seperti siakap, tenggiri dan sebagainya sebenarnya kurang enak apabila hanya digoreng sahaja. Untuk mendapatkan ikan yang lebih rangup dan enak, pilihlah jenis ikan kecil seperti ikan
selayang, ikan kembung, ikan selar mahupun ikan bawal kecil. Fuhh sedap!