Penyanyi Shila Amzah, 33, selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.
Tepat jam 10.27 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Pasangan terbabit dinikahkan bapa Shila, Datuk Amir Amzah atau ND Lala di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor, Ustaz Mohamad Khairi Hussein.
Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan.
Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis.
Pasangan ini saling mengenali sejak 2011. Hubungan mereka akrab sekitar 2014 dan menjadi semakin rapat sejak tahun lalu serta mengambil keputusan bertunang pada 27 Mei lalu.
Shila berkata, dia merasa bersyukur dan gembira apabila mereka kini bergelar pasangan suami isteri.
Ads
“Alhamdulillah ..syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT, insya Allah.
“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah-mudahan.
“Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak (Seth Uwais) dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Ubai pula mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Ads
“InsyaAllah saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.
“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Pasangan mempelai yang cantik mengenakan pakaian rekaan Zaimi Zulkafli ini belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu memandangkan kedua-duanya sibuk bekerja.
Ads
“Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu. Namun mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” kata mereka.
Pasangan ini akan mengadakan dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan-rakan artis, rakan kongsi dari pelbagai negara.
Terdahulu, Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Tular beberapa kisah pasangan yang berkesempatan untuk melangsungkan majlis akad nikah sebelum lockdown yang bakal diadakan esok (1 Jun).
Menurut SOP yang ditetapkan, tiada sebarang majlis pernikahaan dibenarkan sepanjang Lockdown sehingga tarikh yang diberikan kelak.
Antara pasangan ‘bertuah’ tersebut adalah anak kepada selebriti terkenal Datin Seri Normala Samsuddin.
Dalam satu perkongsian, Puan Sri Normala memuat naik beberapa keping gambar pernikahan anak lelakinya, Ashraf Roslan bersama pasangannya, Hilyati dalam satu majlis kecil dan sederhana. Untuk rekod, Ashraf dan Hilyati mengikat tali pertunangan pada April yang lalu.
Disebalik majlis pernikahan yang serba sederhana itu, rupa-rupanya, ada kisah disebaliknya yang pasti akan diingati sebagai momen indah dan cukup bermakna buat pasangan ini.
Sederhana itu adalah sangat berkat dalam segala hal. Alhamdulillah selesai akad nikah @alamace21 @hilyati Mama mendoakan yang terbaik buat kalian. Kamu pasangan bertuah kata ustaz jurunikah, kerana hantar borang pagi ini melalui temujanji yang beberapa kali tertunda, tetiba ada kosong slot nikah jam 2 petang.
Menurut Puan Sri Nomala, disebabkan majlis tersebut diadakan secara tergesa-gesa, mereka tidak sempat membuats ebarang persiapan, Bahkan, pasangan tersebut hanya menjadikan baju raya sebagai baju pengantin.
Selepas ini tidak ada urusan nikah semasa Lockdown. Tunggu hingga diberitahu bila boleh. Bergegaslah balik bersiap, tak sempat semuanya beli on the spot, baju raya jadi baju pengantin.
Begitu pun, Puan Sri Normal memanjatkan kesyukuran kerana majlis akad nikah anaknya berlangsung lancar dan gembira kerana apa yang wajib sudah dilaksanakan.
Begitulah pengantin di musim pendamik ini, menerima seadanya tentang pasangan masing-masing yang penting redha dengan ketentuan Allah. Sebagai emak aku sujud syukur kerana yang wajib sudah didahulukan. Alhamdulillah.
Kesan hangus pada bahagian belakang seterika buat pandangan jadi kurang menyenangkan. Adakalanya kesan hangus ini turut memberi kesan kepada baju yang digosok terutama pada baju putih.
Jangan bimbang atau jangan sekali-kali terus membeli seterika baru hanya disebabkan ini. Ada baiknya anda mencuba tiga petua mudah ini bagi menyelamatkan seterika anda.
Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap anak punya karekter tersendiri, sebab tu ada ibu bapa yang pening nak melayan. Lagi-lagi bagi pasangan anak ramai. Tetapi itulah momen yang cukup indah bila dikenang kembali.
Demikian juga yang ingin dikongsikan Fadzil Zahari yang merupakan suami kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsuddin. Menerusi laman Instagramnya, dia berkongsi gelagat anak keduanya, Aura Aisy Sofea.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, awalnya dia menyangka anak perempuannya pasti lemah lembut. Namun ternyata meleset sama sekali.
“Dulu masa memula dapat anak pompuan abang dah bayangkan Aura Sofea ni mesti penuh dengan kesopanan dan kesusilaan kalau nak di bandingkan dengan abangnya Mateen.
Tambah Fadzil lagi, anak keduanya itu seorang yang cukup berani dan lasak. Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya setiap hari tanpa serik. Termasuklah memanjat dan bergayut adalah perkara biasa buat puterinya itu.
“Dia sejenis paling berani panjat sofa, meja makan, bergayut kat tangga sejak umur 11 bulan.
“Baru baru ni, hulur jari masuk kipas.. treettttt!!! Bunyinya pastu nangis, ingatkan insaf. Rupanya dia buat lagi 2 3 kali,” tulisnya berkongsi si anak perempuannya.
Begitupun akui Fadzil, adakalanya sifat kedegilan ini amat diperlukan untuk membentuk kekentalan diri, lebih-lebih lagi untuk menjadi seorang usahawan berjaya kelak.
“Memang dalam diri usahawan perlu ada sikap degil, jatuh sekali bangun semula, tersepit lagi keluaq balik,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.